Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Unit 7 8 (Tahun 5 )

Total questions: 42

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

造成

(a)  

2.

遵守规则

(a)  

3.

确保安全

(a)  

4.

捐日常用品

(a)  

5.

告诉

(a)  

6.

Alif tidak mengenang jasa ibu dan bapa angkatnya yang telah membesarkannya. Sikapnya _________________.

a)

bagai kerbau dicucuk hidung

b)

bagai menatang minyak yang penuh

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

bagai telur di hujung tanduk

7.

Pasukan pengakap sekolah bekerjasama ______________ semasa mengadakan aktiviti perkhemahan di sekolah.

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai aur dengan tebing

c)

bagai telur di hujung tanduk

d)

bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

8.

Keadaan televisyen yang rosak itu menjadi lebih teruk apabila dibaiki oleh Tan Choong. Bak kata orang ___________.

a)

bagai anjing dengan kucing

b)

bagai tikus membaiki labu

c)

bagai melepaskan batuk di tangga

d)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

9.

Walaupun mereka dua beradik, namun Ahmad dan kakaknya _________________ kerana mereka selalu bergaduh.

a)

bagai menatang minyak yang penuh

b)

sedikit-dikit, lama-lama menjadi bukit

c)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

d)

bagai anjing dengan kucing

10.

Pak Meon berpesan kepada anaknya, Karim supaya sentiasa berwaspada ketika menunggang motosikal kerana ________________.

a)

malang tidak berbau

b)

senang hati

c)

sediakan payung sebelum hujan

d)

bagai bulan jatuh ke riba

11.

Puan Lily menasihati anaknya supaya menyimpan wang untuk kegunaan pada masa hadapan. Bak kata pepatah ___________________.

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

c)

bagai cacing kepanasan

d)

sediakan payung sebelum hujan

12.

Sampah sarap itu mesti akan busuk dan berulat jika tidak dibuang.

a)

betul

b)

salah

13.

Kerja-kerja membangunkan kawasan taman sains itu ____________ siap sebulan yang lalu.

a)

telah

b)

mesti

c)

masih

d)

akan

14.

Ayah __________ ke Kuala Lumpuer pada bulan hadapan.

a)

telah

b)

akan

c)

sedang

d)

sudah

15.

Sekiranya kita ________________ berjaya, kita mestilah meningkatkan usaha dengan banyak mengulang kaji pelajaran.

a)

hendak

b)

masih

c)

belum

d)

harus

16.

Ranjit yang berotak cair ______________ menjawab kesemua soalan ujian yang mencabar itu dengan mudah.

a)

akan

b)

telah

c)

pernah

d)

dapat

17.

Jangan salahkan Almy kerana dia ____________ kanak-kanak.

a)

harus

b)

mahu

c)

pernah

d)

masih

18.

Pasukan sekolah Syafiq ______________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.

a)

harus

b)

akan

c)

telah

d)

mesti

19.

Puan Marina ____________ meninggalkan rumah ketika telefon berdering.

a)

akan dapat

b)

masih belum

c)

sudah dapat

d)

sedang hendak

20.

Sebelum memulakan perjalanan jauh, kita ___________ memeriksa kenderaan bagi mengelakkan sebarang masalah ketika memandu.

a)

boleh

b)

belum

c)

masih

d)

harus

21.

Setelah menghuni rumah tersebut selama sebulan kami _______________ mengenali jiran tetangga.

a)

tidak akan

b)

masih belum

c)

sedang akan

d)

sudah pernah

22.

Siapakah yang ___________ membayar yuran lagi ?

a)

masih belum

b)

akan dapat

c)

masih sedang

d)

belum boleh

23.

Murid yang _____________ nakal di sekolah itu dikenalkan tindakan disiplin.

a)

nian

b)

benar

c)

agak

d)

sekali

24.

Pemandangan di kawasan taman bunga itu memang indah __________ terutama landskapnya yang dihiasi air terjun.

a)

agak

b)

nian

c)

terlalu

d)

paling

25.

Jia Hao __________ anak kandung Encik Siah.

a)

bukan

b)

tidak

26.

Ayah ___________ tahu apa-apa tentang hal itu.

a)

bukan

b)

tidak

27.

Pilih ayat yang betul.

I. Wang ini bukan untuk kamu.

II. Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berasal dari negeri Perlis tetapi Kedah.

III. Pencapaiannya dalam peperiksaan kali ini tidak memuaskan.

IV. Basikal yang dijumpai di semak itu tidak kepunyaan adiknya.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

III dan IV

28.

Pilih ayat yang betul.

I. Siva paling aktif sekali mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum di pelbagai peringkat.

II. Lukisan yang dihasilkan oleh beberapa orang bekas murid itu cantik sungguh.

III. Suasana persekitaran sekolah inin nian bersih dan tenang.

IV. Lukisan tang dilukis olehnya sangat cantik sekali.

a)

I dan III

b)

II dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

29.

Pilih ayat yang betul.

I. Semua orang murid sedang beratur di kantin.

II. Semua murid-murid sedang beratur di kantin.

III. Semua murid sedang beratur di kantin.

IV. Para murid sedang beratur di kantin.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I dan IV

d)

II dan IV

30.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kasut bertumit tinggi itu bukan sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung.

b)

Telefon antic di kedai itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja.

c)

Daerah Besut bukan di negeri Kelantan tetapi di negeri Terengganu.

d)

Budak lelaki yang bertahi lalat itu tidak adik Sulaiman

31.

Pilih ayat yang sama maksud.

Cikgu Salim memberi kebenaran kepada Anis untuk ke kedai buku.

a)

Anis meminta kebenaran untuk pergi ke kedai buku.

b)

Anis mendapat kebenaran daripada Cikgu Salim untuk pergi ke kedai buku.

c)

Anis dan Cikgu Salim mendapat kebenaran untuk ke kedai buku.

d)

Cikgu Salim mendapat kebenaran daripada Anis untuk ke kedai buku.

32.

Pilih ayat yang sama maksud.

"Nani, tolong saya edarkan buku latihan ini kepada rakan-rakan sekelas kamu," kata Cikgu Raziah.

a)

Cikgu Raziah menolong Nani mengedarkan buku latihan kepada rakan-rakan sekelasnya.

b)

Cikgu Raziah meminta pertolongan Nani untuk mengedarkan buku latihan kepada rakan-rakan sekelasnya.

c)

Cikgu Raziah mengedarkan buku latihan kepada rakan-rakan sekelasnya dengan bantuan Nani.

d)

Cikgu Raziah menerangkan kepada Nani bahawa buku latihan itu akan diedarkan kepada rakan-rakan sekelasnya.

33.

Pilih ayat yang sama maksud.

Guru kelas telah memberitahu murid-murid supaya berhati-hati apabila menjawab soalan-soalan peperiksaan.

a)

Kata guru kelas," Murid-murid, berhati-hati apabila menjawab soalan-soalan peperiksaan."

b)

Kata guru kelas," Supaya murid-murid berhati-hati apabila menjawab soalan-soalan peperiksaan."

c)

Kata guru kelas, " Menjawablah peperiksaan berhati-hati apabila disoal."

d)

Kata guru kelas," Kamu hendaklah menjawab soalan dengan berhati-hati di dalam peperiksaan."

34.

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang bergaris.

Abang akan melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun depan.

a)

Di manakah abang akan melanjutkan pelajaran ?

b)

Siapakah yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara ?

c)

Mengapakah abang melanjutkan pelajaran di luar negara ?

d)

Bilakah abang akan melanjutkan pelajaran di luar negara ?

35.

Nyatakan dua langkah menjaga keselamatan diri di jalan raya.

(a)  

36.

Nyatakan dua faedah melakukan aktiviti gotong-royong.

(a)  

37.

Nyatakan dua cara menjaga kesihatan diri.

(a)  

38.

Nyatakan dua kebaikan bersukan.

(a)  

39.

学生们集合后,校长在舞台上致辞。

(a)  

40.

我们应该要运动前热身以避免受伤。

(a)  

41.

上个星期六,我的学校已经在礼堂举办了儿童节。

(a)  

42.

弟弟洗澡后享用妈妈准备的食物。

(a)