Font size
WorksheetsKUIZ MORFOLOGI
Total questions: 50
Worksheet time: 24mins
Pilih ejaan yang betul
bandaraya
olah raga
analisa
profesion
Tandakan ejaan yang salah
mi
mihun
martabak
kuetiaw
ambulan, ambulans atau ambulance?
ambulan
ambulans
ambulance
maksima atau maksimum?
maksima
maksimum
berseta, beserta atau berserta?
berseta
beserta
berserta
Teladan atau tauladan?
Teladan
tauladan
sekali gus atau sekaligus? Pilih ejaan yang betul...
sekali gus
sekaligus
Pasar raya
Pasaraya
Murtabak
Martabak
Losen
Losyen
Lotion
Keriting
Kerinting
Kerintin
Pizza
Piza
Atlet
Atlit
Kenal pasti tiga kata sendi nama.
daripada
kepada
sambil
di
tetapi
Kek itu dibuat ____________ pisang.
dari
daripada
Kenal pasti dan taipkan satu kata nama yang terdapat dalam ayat ini.
Seniman itu pernah memenangi banyak anugerah dalam dunia lakonannya.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat ini.
Daging mentah dibekukan untuk melambatkan pertumbuhan mikroorganisma supaya dapat disimpan lama.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat ini.
Ibu mengasingkan kain yang sudah tidak boleh dipakai untuk dijadikan kain buruk.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata adjektif yang terdapat dalam ayat ini.
Murid yang lebih tinggi sepatutnya duduk di belakang.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata tanya yang terdapat dalam ayat ini.
Awak tinggal di kampung ini sejak bila?
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata perintah yang terdapat dalam ayat ini.
"Adik, usahlah menangis lagi," pujuk kakaknya.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata seru yang terdapat dalam ayat ini.
"Cis, rasakan tumbukan saya ini!" kata peninju itu kepada lawannya.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata pembenar yang terdapat dalam ayat ini.
Betul, abang tidak menipu kamu. Ular sawa itu memaang berada di situ tadi.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata bantu yang terdapat dalam ayat ini.
Murid - murid itu tidak dapat masuk ke dalam kelas kerana pintu berkunci.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata arah yang terdapat dalam ayat ini.
Haikal berdiri di depan cermin sambil menyikat rambutnya.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata ganti nama yang terdapat dalam ayat ini.
Penjenayah itu berjaya diberkas oleh penduduk kampung ketika dia cuba menceroboh sebuah rumah.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat ini.
Kerja-kerja mencari gali minyak di perairan negara dilakukan oleh Syarikat Petroleum Nasional Berhad.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata ganda yang terdapat dalam ayat ini.
Layang-layang milik Pak Abu terbang tinggi di awan.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata penguat yang terdapat dalam ayat ini.
Buku teks Matematik yang baharu itu paling tebal.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata bilangan yang terdapat dalam ayat ini.
Kelima-lima ekor anak ikan itu ditemui mati pagi ini di dalam akuariumnya.
(a)
Yang manakah merupakan kata sendi?
Di
Muar
Yang manakah merupakan kata kerja?
Merangkak
Kepada
Yang manakah merupakan kata adjektif?
Biru
Bahasa
Yang manakah merupakan kata sendi?
dari
diari
Yang manakah merupakan kata nama khas?
Jalan Ali
jalan raya
Yang manakah merupakan kata ganda?
Pepatung
pepohon
Yang manakah merupakan kata majmuk mantap?
air mata
olahraga
Kenal pasti kata nama terbitan dalam petikan berikut.
Sukan menjadi penyumbang utama ekonomi dan pembangunan sosial sesebuah negara. Realiti ini tidak boleh disangkal oleh mana-mana kerajaan kerana sukan diikrarkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
sukan, ekonomi, matlamat
penyumbang, pembangunan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
kerajaan, negara
Kenal pasti kata kerja terbitan dalam petikan berikut.
Bagi memastikan tahap kesihatan atlet terjamin dan selamat, semua kejohanan sukan antarabangsa, benua dan kebangsaan ditangguhkan atau dibatalkan.
bagi, tahap, dan, atau
kesihatan, kejohanan, antarabangsa
memastikan, ditangguhkan, dibatalkan
selamat, terjamin
Cabaran paling perit ditanggung kelab atau persatuan sukan masa kini ialah tiada sumber pendapatan daripada penjualan tiket perlawanan dan sewaan ruang hospitaliti.
Kata adjektif yang terdapat dalam ayat tersebut ialah ...
perit
tiada
ialah
ruang
Kenal pasti ejaan kata majmuk yang betul
antarabangsa
antara bangsa
Kenal pasti ejaan kata majmuk yang betul
pilihan raya
pilihanraya
Kenal pasti ejaan kata majmuk yang betul
alat-alat tulis
alat tulis-alat tulis
alat tulis-tulis
Kenal pasti ejaan kata majmuk yang betul
orang tua-orang tua
orang-orang tua
orang tua-tua
Makan angin ialah kata majmuk..........
yang telah mantap
rangkai kata bebas
simpulan bahasa
Reka bentuk ialah kata majmuk..........
yang telah mantap
rangkai kata bebas
simpulan bahasa
