Font size
Worksheetsrespirasi
Total questions: 22
Worksheet time: 1hrs 6mins
Respirasi sel ialah proses....
menggunakan cahaya matahari untuk mensintesis nutrisi daripada karbon dioksida dan air.
Proses pengoksidaan molekul organik bagi membebaskan tenaga.
proses metabolik yang menghasilkan perubahan kimia dalam bahan organik melalui tindakan enzim.
proses pertukaran gas yang berlaku dalam paru-paru.
Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR mengenai respirasi luar?
Proses biokimia
Pengoksidaan glukosa untuk membebaskan tenaga.
juga dikenali sebagai respirasi sel.
Proses menarik nafas udara yang mengandungi oksigen ke dalam peparu dan menghembus udara yang mengandungi karbon dioksida daripada peparu.
Berdasarkan pernyataan di atas, jenis respirasi apakah yang dirujuk?
Respirasi aerob
Respirasi luar
Respirasi anaerob
Respirasi dalam
Substrat utama yang digunakan untuk menghasilkan tenaga dalam manusia, haiwan dan tumbuhan ialah...
Glukosa
selulosa
sukrosa
fruktosa
Tenaga diperlukan untuk semua aktiviti sel di bawah KECUALI..
Pengecutan otot
Osmosis
Mengekalkan suhu badan
Penghantaran impuls saraf
Tumbuhan menghasilkan glukosa melalui _______________ manakala manusia dan haiwan menghasilkan glukosa melalui_________
respirasi, pencernaan karbohidrat
fotosintesis, pencernaan karbohidrat
pencernaan protein, fotosintesis
respirasi, pencernaan protein
Dimanakah respirasi aerob berlaku?
Sitoplasma dan nukleus
Nukleus dan plasma membran
Mitokondria dan sitoplasma
Mitokondria dan plasma membran
Berapakah jumlah tenaga yang akan dibebaskan pada akhir respirasi aerobik?
2898kJ / 38ATP
150kJ / 2ATP
210kJ / 38ATP
2898kJ / 2ATP
Antara berikut, yang manakah BUKAN hasil respirasi aerob?
Air
Asid laktik
Karbon dioksida
Molekul ATP
Antara berikut, persamaan yang manakah mewakili pembentukan molekul ATP yang betul?
ATP ---> ADP + P
ADP + P ---> ATP
ADP + Oksigen ---> ATP
ATP ---> ADP +Oksigen
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merupakan definisi respirasi anaerobik?
Berlaku semasa kehadiran oksigen di mana glukosa dioksidakan secara sepenuhnya untuk menghasilkan tenaga.
Berlaku semasa ketiadaan oksigen di mana glukosa dioksidakan secara separuh untuk menghasilkan tenaga.
Berlaku semasa kehadiran oksigen di mana glukosa dioksidakan secara separuh untuk menghasilkan tenaga.
Berlaku semasa ketiadaan oksigen di mana glukosa dioksidakan secara sepenuhnya untuk menghasilkan tenaga.
Pilih pernyataan tepat mengenai perbezaan antara respirasi aerob dan fermentasi asid laktik?
Aerob: bermula di sitoplasma
Fermentasi : bermula di mitokondria
Aerob: menghasilkan tenaga
Fermentasi : tidak menghasilkan tenaga
Aerob: menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga
Fermentasi : menghasilkan laktik, tenaga
Aerob: menghasilkan 2ATP
Fermentasi : menghasilkan 38ATP
Apakah yang dimaksudkan dengan hutang oksigen?
Situasi dimana kadar pengambilan oksigen melebihi kadar penggunaan oksigen.
Situasi di mana penggunaan oksigen adalah lebih cepat daripada pengambilan oksigen.
Situasi di mana terdapat karbon dioksida secara berlebihan dalam badan berbanding oksigen.
Situasi kekurangan hemoglobin yang menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah.
Apakah kesan pengumpulan asid laktik?
Kesesakan nafas
Loya
Pening
Kesakitan otot dan letih
Kenal pasti sebab seorang individu bernafas secara mendalam dan cepat selepas melakukan senaman kuat?
untuk menyingkirkan pengumpalan asid laktik yang merupakan toksik dalam badan.
Individu tersebut mengalami kesesakan nafas sebelum bersenam.
untuk menyingkirkan karbon dioksida yang berlebihan dalam badan.
individu tersebut mempunyai anemia.
Enzim manakah memangkinkan proses fermentasi?
Lipase
Amilase
Zimase
Protease
Bakteria manakah yang digunakan dalam fermentasi susu untuk menghasilkan yogurt?
Aquificae
Paramecium
Acidobacteria
Lactobacillus
Apakah persamaan antara respirasi aerob dan anaerob?
Kedua-dua menggunakan oksigen.
Kedua-dua menghasilkan tenaga
Mengambil tempat dalam organisma hidup
Menghasilkan 38ATP.
Berapakah tenaga yang dihasilkan dalam fermentasi alkohol?
2898kJ
210kJ
150kJ
38kJ
Antara pernyataan berikut, yang manakah PALSU mengenai respirasi aerobik dan anaerobik?
Respirasi aerobik memerlukan oksigen, manakala respirasi anaerobik tidak memerlukannya.
Respirasi aerobik mengoksidakan glukosa secara sepenuhnya, manakala respirasi anaerobik mengoksidakan glukosa secara separuh.
Respirasi anaerobik menghasilkan karbon dioksida,air dan tenaga, manakala respirasi aerobik tidak menghasilkannya.
Respirasi anaerobik menyebabkan hutang oksigen, manakala respirasi aerobik tidak menghasilkan situasi sebegitu.
Rajah menunjukkan beberapa atlet dalam pertandingan perlumbaan.
a) Terangkan respirasi apakah yang berlaku dalam atler-atlet tersebut. (2markah)
b) Apabila atlet-atlet berlari, otot mereka dikatakan berada dalam situasi hutang oksigen.
Terangkan sebab situasi tersebut berlaku. (2markah)
