WorksheetsKKBS 2023_19082023
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Soalan 1 : Berapakah jumlah minimum ahli dalam pembentukan sebuah kelab belia?
A. 5
B. 7
C. 4
D. 6
Soalan 2 : Terdapat dua jenis utama dalam teknik pencarian dana (fundraising) iaitu
A. Luar dan Dalam
B. Website dan Poster
C. Sosial Media dan Rakan-rakan
D. Atas Talian (online) dan Bersemuka (offline)
Soalan 3 : Apakah borang yang digunakan untuk mengenalpasti keupayaan serta tahap kesihatan peserta sebelum mengambil ujian UKJK
A. Borang Ujian UKJK
B. Borang PAR-Q
C. Borang Kesihatan Penjawat Awam
D. Borang Penilaian Individu UKJK
Soalan 4 : Nyatakan empat cabaran utama kini dan masa hadapan belia.
A. Politik, Pendidikan, Agama, Ekonomi
B. Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual
C. Politik, Ekonomi, Sosial, Teknologi
D. Kepimpinan, Ekonomi, Sosial, Antarabangsa
Soalan 5 : Apakah tanggungjawab badan sukan setelah berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576]?
A. Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan pemilihan jawatankuasa tertinggi mengikut tempoh tertentu, atau mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa sekiranya terdapat keperluan.
B. Mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa dan pemilihan jawatankuasa tertinggi mengikut tempoh tertentu, atau mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sekiranya terdapat keperluan.
C. Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan pemilihan jawatankuasa tertinggi mengikut tempoh tertentu, serta mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa.
D. Mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa dan pemilihan jawatankuasa tertinggi mengikut tempoh tertentu.
Soalan 6 : Sila nyatakan peringkat badan sukan mengikut turutan dari atas ke bawah:
A. Kelab, daerah / bahagian, negeri, kebangsaan
B. Kebangsaan, negeri, daerah/bahagian, kelab
C. Negeri, kebangsaan, daerah/bahagian, kelab
D. Negeri, daerah / bahagian Kebangsaan, kelab
Soalan 7 : Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 juga disebut sebagai?
A. Akta 668
B. Akta 576
C. Akta 116
D. Akta A1602
Soalan 8 : Ada berapakah matlamat (goals) dalam Pembangunan Kelestarian (Sustainable Development)?
A. 15
B. 10
C. 17
D. 21
Soalan 9 : Komponen berikut merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan (health-related fitness)
A. Kekuatan otot (muscle strength)
B. Kuasa (power)
C. Koordinasi (coordination)
D. Kepantasan (speed)
Soalan 10 : Berikut adalah fokus utama Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara kecuali
A. Pembangunan Sosial
B. Pembangunan Kesukarelawanan
C. Pembangunan Kepimpinan
D. Pembangunan Ekonomi
Soalan 11 : Apa itu Maklumat Yang Kena Beri (MYKB)
A. Suatu laporan atau set dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat berkenaan ahli badan sukan
B. Suatu laporan atau set dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat berkaitan suatu badan sukan.
C. Suatu set dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat berkaitan suatu badan sukan
D. Suatu set laporan yang mengandungi maklumat-maklumat berkaitan suatu badan sukan.
Soalan 12 : Dokumen berikut tidak diperlukan semasa permohonan pelesenan acara oleh syarikat?
A. Salinan perakuan pendaftaran syarikat
B. Salinan perakuan pendaftaran badan sukan
C. Salinan insuran
D. Salinan surat sanksi badan pengelola
Soalan 13 : Berapakah syarat umur belia yang ingin memegang jawatan dalam pertubuhan belia?
A. 15-40 tahun
B. 15-25tahun
C. 18-40 tahun
D. 18-30tahun
Soalan 14 : Apakah implikasi kepada badan sukan sekiranya tidak mengemukakan laporan MYKB bagi 3 tahun berturut-turut
A. Badan sukan diberikan Notis Peringatan
B. Pendaftaran badan sukan digantung
C. Pendaftaran badan sukan dibatalkan
D. Badan sukan dikenakan denda
Soalan 15 : Berikut adalah program di bawah Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara kecuali
A. Malaysia Future Leader School
B. Felo Perdana Felo Korporat
C. Hari Belia Negara
D. Program Pertukaran Belia Malaysia- Korea
