Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Tingakatan 4 BAB 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud visi perniagaan?

a)

Apa yang ingin dicapai oleh organisasi

b)

Tujuan penubuhan sesebuah organisasi

c)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

2.

Antara yang berikut, yang manakah persoalan perlu dijawab untuk membentuk suatu pernyataan misi yang berkesan?

I Apakah yang kita lakukan

II Bilakah kita lakukan

III Bagaimanakah kita lakukan

IV Untuk siapa kita lakukan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Pernyataan manakah yang benar tentang objektif perniagaan ?

a)

Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja

b)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

c)

Tujuan asas pembentukan sesbuah organisasi

d)

Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian

4.

Matlamat di bawah menunjukkan sebuah organisasi perniagaan.

Syarikat Yumi Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjual sos Yumi. Syarikat ini didaftarkan di bawah Pendaftar Perniagaan dan Suruhanjaya Sayrikat Malaysia (SSM).

Apakah objektif bagi organisasi perniagaan tersebut?

a)

Menghasilkan produk yang berkualiti baik

b)

Mengawal kos pengeluaran dengan berkesan

c)

Menetapkan harga produk yang kompetitif

d)

Memaksimumkan keuntungan perniagaan

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan organisasi bermotifkan untung?

i Majlis Belia Malaysia

ii Syarikat Pertiwi KK Sdn Bhd

iii Kedai Makanan Sedap Mak Sami

iv Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

6.

Rajah 1 menunjukkan ciri-ciri SMART.

Antara yang berikut, yang manakah mungkin sekali ialah X ?

i Ringkas

ii Jangka Masa

iii Boleh Dicapai

iv Boleh Difahami

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan objektif sebuah restoran makanan laut

Restoran Makanan Laut Siti ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 25% dalam masa setahun

Apakah ciri-ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran Makanan Laut Siti

a)

Ringkas

b)

Munasabah

c)

Boleh Diukur

d)

Boleh dicapai

8.

Rajah 2 berkaitan dengan tujuan penetapan X

Apakah X?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Sasaran

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan kos bagi mengeluarkan 30 000 unit produk Y.

Apakah titik pulang modal (unit) untuk mengeluarkan produk Y sekiranya harga jualan produk itu ialah RM 15 seunit?

a)

36 000 unit

b)

42 000 unit

c)

56 000 unit

d)

60 000 unit

10.

Bagaimanakah peniaga dapat meningkatkan keuntungan syarikat?

a)

Menjual barang pada harga di bawah kos

b)

Mengurangkan kos dalam pengeluaran

c)

Meningkatkan perbelanjaan dalam pembelian input

d)

Menambahkan bilangan pekerja dalam pengeluaran

11.

Apakah kebaikan menguasai syer pasaran yang terbesar?

a)

Aktiviti promosi dapat dikurangkan

b)

Meningkatkan kualiti barang yang dikeluarkan

c)

Memperoleh pendapatan yang tinggi daripada jualan

d)

Meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan

12.

Maklumat berikut menunjukkan keadaan perniagaan Encik Ramli

Encik Ramli ingin mencapai jualan sebanyak RM 10 000 pada bulan Jun. Namun, dia hanya mencapai jualan sebanyak RM 8 000

Apakah langkah penyelasaian masalah tersebut?

a)

Memberhentikan pekerja

b)

Mengurangkan gaji pekerja

c)

Mengurangkan pengeluaran barang

d)

Mempelbagaikan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan

13.

Butiran manakah yang diklasifikasikan sebagai kos tetap?

a)

Insurans kilang

b)

Belanja alat-alat kecil

c)

Upah pekerja produktif

d)

Kos belian bahan mentah

14.

Antara yang berikut, yang manakah boleh mempengaruhi visi, misi dan objektif perniagaan?

i Pemasaran

ii Pengagihan

iii Kewangan

iv Sumber manusia

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

15.

Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhi perubahan visi,misi dan objektif perniagaan?

a)

Demografi

b)

Kewangan

c)

sosiobudaya

d)

Teknologi maklumat dan Komunikasi

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan objektif perniagaan yang ditetapkan oleh Encik Sam

Meningkatkan jualan sebanyak 20% pada tahun 2023

Membuka cawangan-cawangan di Sabah dan Sarawak

Apakah aspek yang membolehkan Encik Sam ada mencapai objektif perniagaan di atas?

i Jualan

ii Pertumbuhan Perniagaan

iii Pertumbuhan Keuntungan

iv Titik Pulang Modal

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

17.

Pernyataan yang berikut menunjukkan kitaran ekonomi

Tahap ini memberi kesan negatif terhadap perniagaan. Perniagaan perlu mengubah suai visi, misi dan objektif perniagaan.

Apakah tahap yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Melambung

b)

Kemelesetan

c)

Pertumbuhan

d)

Perkembangan

18.

Bagaimanakah dasar fiskal dapat mengawal keadaan ekonomi?

a)

Menggubal perlembagaan Malaysia

b)

Mengetatkan syarat menjalankan perniagaan

c)

Perubahan kadai cukai dan perbelanjaan kerajaan

d)

Memberhentikan sesetengah perniagaan di pasaran tempatan

19.

Apakah kepentingan untuk mengukuhkan imej sesebuah syarikat?

a)

Meningkatkan kuantiti pengeluaran barang

b)

Dapat menjual barang pada harga yang murah

c)

Untuk mengubah sistem pengurusan perniagaan

d)

Memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat pelaburan

20.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan yang dimiliki oleh Syarikat Jaya untuk mencapai visi perniagaannya?

i Menjual barang bermutu rendah pada harga yang tinggi

ii Menggunakan kos yang tinggi dalam proses pengeluaran

iii Mempunyai teknologi yang canggih dalam proses pengeluaran

iv Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pembeli barangannya

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv