NEW
Font size
WorksheetsBIJAK PERNIAGAAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara berikut, manakah perkara yang berkaitan dengan maksud perniagaan?
I. melibatkan urus niaga jual beli keluaran
II. memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
III. Menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan
IV. Aktiviti urus niaga menjamin keuntungan untuk peniaga
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan
X - Kedai Ali
Y -Kedai Ahmad dan Rakan-rakan
Apakah kelebihan pemilikan perniagaan X berbanding pemilikan perniagaan Y ?
I. mudah ditubuhkan
II. beban cukai rendah
III. Bebas mengurus perniagaan
IV. Keputusan dibuat dengan cepat
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan pemilikan perniagaan
"Setelah bekerja selama 15 tahun sebagai pakar perubatan di salah sebuah hospital kerajaan di Johor, Dr. Badariah berhenti dan menerima pelawaan Dr. Nithin Sharma, KEtua Pegawai Esekutif Klinik Pakar Nithin dan Rakan-rakan untuk bertugas sebagai pakar ortopedik."
Apakah jenis pemilikan perniagaan berkenaan?
milikan tunggal
perkongsian
syarikat sendirian berhad
syarikat awam berhad
Akta manakah yang berkaitan dengan perlindungan pengguna dari aspek hak mendapat ganti rugi?
Akta Kontrak 1950
Akta Syarikat 1965
Akta Timbang Sukat 1972
Akta Kawalan Harga 1946
Pasangan manakah yang betul tentang perniagaan bersaiz kecil yang terlibat dalam pengilangan?
Jumlah jualan tahunan - RM 300,000 hingga kurang daripada RM3 juta.
Bil. Pekerja Tetap - 5 hingga kurang daripada 30 orang.
Jumlah jualan tahunan - kurang daripada RM 300,000
Bil. Pekerja Tetap - kurang daripada 5 orang.
Jumlah jualan tahunan - RM 300,000 hingga kurang daripada RM15 juta.
Bil. Pekerja Tetap - 5 hingga kurang daripada 75 orang.
Jumlah jualan tahunan - lebih daripada 15 juta
Bil. Pekerja Tetap - lebih darpada 75 orang
Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan sektor tertier di Malaysia?
I. Melibatkan aktiviti memproses bahan mentah
II. Melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan
III. Merupakan penyumbang terbesar kepada KPDNKK negara
IV. Pengekstrakan sumber semula jadi merupakan aktiviti utama.
I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Abu.
"Encik Abu, pengeluar pelbagai jenis perabot sedang menimbangkan untuk membuka sebuah kilang baharu untuk mengeluarkan perabot daripada kayu getah. Beliau ingin mengeksport keluarannya ke Eropah. Namun, beliau tidak mempunyai maklumat pengimport perabot di Eropah. Kawan beliau di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberitahu bahawa beliau layak dikecualikan pembayaran cukai selama lima tahun jika mengeksport keluaran perabot kayu getahnya ke Eropah"
Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh Encik Abu?
Taraf Perintis
Potongan Cukai
Elaun Cukai Pelaburan
Elaun Pelaburan Semula
maklumat di bawah ini berkaitan dengan pihak berkuasa.
* Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
* Majlis Perbandaran Kuantan
Antara yang berikut, manakah yang merupakan bidang kuasa pihak-pihak di atas?
I. Menggubal undang-undang kecil yang berkaitan perniagaan.
II. Mendaftar dan mengawal selia semua pemaju perumahan tempatan
III. Merangka dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat
IV. Menguatkuasakan semua undang-undang jalan raya di sesuatu kawasan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pelaksanaan dasar kewangan oleh kerajaan?
Bank Negara Malaysia mengawal aktiviti bank perdagangan
Kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu
Kerajaan melaksanakan pembangunan infrastruktur
Bank Negara Malaysia mengawal kadar faedah
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi sejenis pengangguran.
"melaksanakan dasar fiskal dan dasar kewangan untuk mengatasi kemelesetan ekonomi"
"perniagaan terus dapat beroperasi dan mengelakkan pengurangan bilangan pekerja"
Apakah jenis pengangguran yang berkenaan?
Pengangguran bermusim
pengangguran teknologi
pengangguran kitaran
pengangguran struktur
Pernyataan manakah yang benar tentang organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?
Terdiri daripada pelbagai pertubuhan sukarela
Menyediakan barang dan perkhidmatan percuma
bermatlamat memaksimumkan keuntungan pemegang saham
didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang mewakili visi, misi dan objektif (VMO) organisasi sektor swasta?
I. Memaksimumkan keuntungan
II. Menyediakan perkhidmatan sukarela
III. Menyediakan produk secara percuma
IV. Mementingkan kecekapan dalam proses pengeluaran
I dan II
I dan III
II dan IV
I dan IV
Apakah ciri objektif baik yang dipenuhi dengan penyataan
"Kita akan mengeluarkan sebanyak 50 000 kereta penumpang dan sebanyak 5 000 motorsikal kuasa tinggi tahun hadapan"?
Boleh diukur
munasabah
boleh dicapai
jangka masa
Antara yang berikut, manakah yang benar tentang struktur organisasi ?
I. Komponen utama perancangan stratergik
II. Dapat digambarkan melalui carta organisasi
III. Merujuk kepada visi dan misi sesebuah organisasi
IV. Membantu ahli organisasi mengetahui tanggungjawab masing-masing
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Apakah peranan utama bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perniagaan?
menyimpan dan melindungi semua maklumat organisasi
mengubah dan memindahkan data dengan cepat dan selamat
menyimpan dan memproses data dengan mudah dan serta merta
membolehkan maklumat digunakan untuk memaksimumkan produktiviti
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk milikan perniagaan.
Tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016· Ahli yang dibenarkan adalah antara 2 hingga 50 orang· Modal disumbangkan oleh ahli yang mendaftar.
Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?
Koperasi
Perkongsian
Syarikat Awam Berhad
Syarikat Sendirian Berhad
Maklumat berikut merupakan beberapa akta yang telah digubal oleh kerajaan Malaysia.
Akta Kontrak 1950· Akta Jualan Barangan 1957· Akta Sewa Beli 1967
Apakah tujuan undang-undang tersebut diwujudkan?
Membela pengguna
Mengawal peranan pengguna
Mengawal perjalanan aktiviti perniagaan
Melindungi peniaga daripada menghadapi kerugian
Situasi manakah yang menunjukkan gaya pengurusan laissez-faire?
Majikan mewujudkan hubungan yang baik dengan pekerja
Majikan dapat mempengaruhi pekerja melalui hubungan yang baik
Majikan mengamalkan sikap tegas dan tiada tolak ansur dengan semua pekerja
Majikan memberi kebebasan kepada pekerja untuk melakukan tindakan dalam melaksanakan tugasan
Sebuah perniagaan pembekalan tenaga menggunakan Carta Gantt untuk merancang pelaksanaan pembekalan tenaga di tiga buah daerah di Semenanjung Malaysia. Apakah ciri objektif yang baik telah diaplikasikan dalam operasi perniagaan tersebut?
Spesifik
Boleh diukur
Boleh dicapai
Jangka masa
Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan.
*Menghasilkan barang dan perkhidmatan·
*Menukarkan input kepada output
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Pemasaran
Pengagihan
Pengeluaran
Sumber manusia
