Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN ULANGKAJI PPT T4 2023

Total questions: 49

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan ?

a)

Menjadikan keluarga usahawan terkenal

b)

Melambangkan imej perniagaan

c)

Melancong ke seluruh dunia

d)

Memiliki kereta mewah

2.

Mengapakah Kak Ton mengambil tindakan seperti di atas ?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Menanggung liabiliti terhad

b)

Dapat berkongsi kepakaran

c)

Risiko dapat disebarkan

d)

Perniagaan berterusan

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “berhad” (Bhd.) pada nama sesetengah perniagaan ?

a)

Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang

b)

Tidak dibenarkan membuka cawangan

c)

Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja

d)

Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan

4.

 Peniaga dibenarkan mengguna jenama produk pemilik asal.

 Mengendalikan perniagaan mengikut sistem yang telah ditetapkan.

 Membuat bayaran dalam bentuk fi.

Apakah bentuk perniagaan tersebut ?

a)

Milikan tunggal

b)

Perkongsian

c)

Usaha sama

d)

Francais

5.

Apakah kekurangan perniagaan bersaiz besar ?

a)

Komunikasi kurang berkesan

b)

Sukar menyediakan latihan

c)

Kurang daya saing

d)

Kekurangan modal

6.

Apakah X ?

a)

Sektor asli

b)

Sektor utama

c)

Sektor kedua

d)

Sektor ketiga

7.

Pernyataan manakah menerangkan tentang taraf perintis?

a)

Potongan cukai kepada pengeksport yang menjual barangan tempatan.

b)

Pelepasan cukai kepada perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan berasaskan bahan mentah tempatan.

c)

Pengecualian cukai selama lima tahun kepada syarikat yang menyertai sektor yang dipromosi oleh kerajaan.

d)

Pelepasan cukai kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan makanan, pembinaan jalan dan pembelian aset modal

8.

Apakah kesan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan?

a)

Penduduk akan kehilangan pekerjaan

b)

Penduduk meningkatkan pembelian barang mewah

c)

Kuasa beli isi rumah menjadi semakin baik dan meningkat

d)

Perkembangan aktiviti sesebuah perniagaan menjadi semakin pesat

9.

Apakah kekuatan dalaman yang boleh memacu pertumbuhan dan perkembangan sesuatu perniagaan?

a)

Keadaan politik yang stabil

b)

Aktiviti pemasaran yang berkesan

c)

Perkembangan ekonomi yang pesat

d)

Penggunaan peralatan teknologi baharu

10.

Antara berikut,yang manakah merupakan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan?

pILIH 2 JAWAPAN

a)

Perbankan

b)

Pembuatan

c)

Pembalakan

d)

Pengangkutan

11.

Apakah peranan Francaisi dalam pemilikan perniagaan diatas?

a)

Menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan dan sistem piawai yang telah ditetapkan

b)

Memberi hak untuk menggunakan imej serta jenama

c)

Memyediakan bantuan modal permulaan

d)

Membantu melaksanakan pengiklanan

12.

Maklumat berikut berkaitan kilang Batrisyia Seramik

Jumlah Jualan tahunan RM 17 juta

Bilangan Pekerja Tetap 80 orang

Saiz perniagaan Syarikat Batik Indah ialah

a)

Kecil

b)

Sederhana

c)

Mega

d)

Besar

13.

Jenis pelepasan cukai berbentuk Pengecualian Cukai di berikan kepada

a)

Syarikat yang menyertai promosi anjuran kerajaan

b)

Perniagaan berasaskan pengeluaran bahan mentah tempatan

c)

Syarikat berstatus MSC dan terlibat dalam industri teknologi tinggi

d)

Syarikat yang terlibat dalam perniagaan pengeluran makanan dan pembinaan

14.

Ini merupakan graf kitaran ekonomi untuk tahun 2018. Apakah kesan yang menyebabkan berlakunya “D” ?

pilih 2 jawapan

a)

Penduduk tidak mempunyai wang untuk berbelanja

b)

Kadar pengangguran meningkat

c)

Pendapatan negara naik

d)

Mampu membayar gaji

15.

Apakah pasaran kewangan ?

a)

Pasaran yang keluarkan produk untuk ditawarkan kepada semua pengguna

b)

Pasaran yang berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis produk

c)

proses jual beli antara penjual dengan pembeli terhadap sesuatu produk

d)

proses jual beli saham dan sekuriti, pertukaran wang asing, pinjaman serta proses perlaburan.

16.

Ø Perniagaan perlu mengeluarkan produk yang sesuai dengan tujuan penggunaan seperti makanan yang tidak mengandungi pengawet yang boleh menjejaskan kesihatan

Petikan diatas dapat dikaitkan dengan

a)

Undang-undang Pengiklanan

b)

Undang-undang Persekitaran

c)

Undang-undang Perlindungan pengguna

d)

Undang-undang kesihatan dan keselamatan

17.

Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barang dan perkhidmatan?

a)

Meningkatkan imej perniagaan

b)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

c)

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan

d)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

18.

Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?

a)

Kedai Runcit Ali

b)

Restoran Minah dan Baba

c)

Koperasi Bersatu Berhad

d)

Syarikat Kemboja Sdn. Bhd.

19.

- Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

- Terdiri daripada beberapa ahli yang menggabungkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran

- Semua ahli membayar cukai pendapatan persendirian


.Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Milikan tunggal

d)

Syarikat Awam Berhad

20.

Usaha sama ialah

a)

Bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan pemiliknya.

b)

Hak yang diberi untuk menjalankan perniagaan yang sama jenis.

c)

Perniagaan yang dijalankan untuk memenuhi permintaan pengguna.

d)

Dua syarikat bergabung untuk membentuk sebuah syarikat yang baharu

21.

Manakah yang mewakili X?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Pertanian

b)

Pembinaan

c)

Perhutanan

d)

Perhotelan

22.

X : Perlombongan petroleum

Y : Pengangkutan gas cecair


Klasifikasi sektor manakah yang tepat?

a)

X Sektor utama

Y Sektor kedua

b)

X Sektor utama

Y Sektor ketiga

c)

X Sektor ketiga

Y Sektor kedua

d)

X Sektor pertama

Y Sektor kedua

23.

Pasangan manakah yang betul mengenai perbezaan antara syarikat sendirian berhad [SSB] dengan syarikat awam berhad[SAB] ?

a)

SSB - Syer boleh dipindah milik dengan bebas

SAB - Syer tidak boleh dipindah milik dengan bebas

b)

SSB - Bilangan pemegang syer terhad

SAB - Bilangan pemegang syer tidak terhad

c)

SSB - Syer boleh dijual kepada orang ramai

SAB - Syer dijual kepada sekumpulan individu tertentu

d)

SSB - Penyata kewangan perlu diumumkan kepada orang ramai

SAB - Penyata kewangan tidak diumumkan kepada orang ramai

24.

Encik Hasan adalah seorang pengusaha kilang keropok di Kampung Lipan, Terengganu. Beliau menghasilkan pelbagai jenis keropok yang diedarkan melalui para pemborong. Beliau menggaji seramai 15 orang pekerja tetap di kilangnya. Pada puratanya, hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM750, 000.


Klasifikasikan saiz perniagaan Encik Hassan mengikut saiz dan sektor

a)

SAIZ - kecil

SEKTOR - Perkilangan

b)

SAIZ -kecil

SEKTOR - pembinaan

c)

SAIZ -sederhana

SEKTOR - Perkilangan

d)

SAIZ -besar

SEKTOR - perkhidmatan

25.

Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ?

a)

Menyediakan infrastruktur

b)

Menyediakan bantuan pelaburan

c)

Memajukan sistem Pendidikan usahawan

d)

Menaja pembangunan perniagaan setempat

26.

Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?

PILIH 2.

a)

Sumber manusia

b)

Teknologi maklumat

c)

Persaingan dan jaringan

d)

Sosiobudaya

27.

Encik Rahman mempunyai beberapa orang pekerja yang sangat rajin, kreatif, berdisiplin dan berkemahiran. Ini telah membuatkan perniagaan restoran Encik Rahman semakin maju.


Apakah trend persekitaran yang berlaku?

a)

Trend meningkat, faktor luaran

b)

Trend menurun, faktor luaran

c)

Trend menurun, faktor luaran

d)

Trend meningkat, faktor dalaman

28.

Penyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

a)

Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna

b)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

c)

Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

d)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

29.

Pasangan manakah yang benar tentang perbezaan antara syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad berkenaan saham?

a)

Syarikat Sendirian Berhad tidak boleh diurusniaga di pasaran saham

b)

Syarikat Awam Berhad Saham boleh diurusniaga di pasaran saham

c)

Syarikat Sendirian Berhad Saham boleh diurusniaga di pasaran saham

d)

Syarikat Awam Berhad saham tidak boleh diurusniaga di pasaran saham

30.

Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?

a)

Kilang pakaian

b)

Kedai Kek Sedap

c)

Loji penapisan minyak

d)

Kilang ubat-ubatan

31.

Apakah kesan inflasi?

a)

Pendapatan negara menurun

b)

Kuasa beli meningkat

c)

Meningkatkan daya saing

d)

Penambahan pendapatan benar

32.

Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?

a)

Sumber manusia

b)

Teknologi maklumat

c)

Persaingan dan jaringan

d)

Sosiobudaya

33.

Yang manakah TIGA peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu perniagaan.

a)

Tingkat pertumbuhan ekonomi negara

b)

Memantau dan kawal guna tenaga penuh

c)

Mengawal inflasi dan deflasi

d)

Membantu mengurus sesebuah perniagaan yang bermasalah

34.

• Modal diperoleh daripada simpanan pemilik sendiri

• Pemilik sendiri yang menguruskan perniagaan

Apakah jenis milikan perniagaan tersebut?

a)

Milikan tunggal

b)

Perkongsian

c)

Syarikat

d)

Koperasi

35.

Antara yang berikut, pernyataan manakah berkaitan pemilikan perniagaan tersebut?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Cukai pendapatan yang rendah.

b)

Tiada had maksimum pemegang saham.

c)

Liabiliti terhad atas modal yang dilaburkan.

d)

Modal daripada jualan syer kepada 10 orang

36.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh perniagaan tersebut?

a)

Ketidakpastian pasaran

b)

Kos overhead yang tinggi

c)

Perundangan peraturan

d)

Perbelanjaan perniagaan cenderung naik secara mendadak

37.

Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan di atas?

pilih 2 jawapan

a)

Berskala global

b)

Perniagaan bersaiz besar

c)

Terlibat dalam sektor kedua

d)

Menyediakan perkhidmatan langsung

38.

Skala Perniagaan PETRONAS merangkumi luas merentasi sempadan negara.

Bagaimanakah strategi pasaran yang sesuai yang boleh dilakukan oleh perniagaan dalam mengharungi pandemik Covid-19 yang berlaku kini?

a)

Memenuhi keperluan masyarakat setempat

b)

Pasaran mudah ditembusi dengan wujudnya internet

c)

Menggunakan strategi pemasaran yang berbeza-beza untuk menarik pengguna

d)

Memberikan tumpuan kepada kawasan –kawasan tertentu yang telah dikenalpasti.

39.

Bagaimanakah peranan kerajaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dapat membantu usahawan tempatan ?

a)

Dapat meningkatkan kegiatan promosi

b)

Dapat mengatasi masalah kekurangan modal

c)

Dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti keluaran

d)

Dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan

40.

Apakah trend perniagaan negara Y bagi suku kedua dan suku ketiga tahun

2017?

a)

Mendatar

b)

Menurun

c)

Menegak

d)

Meningkat

41.

Maklumat yang berikut menunjukkan dasar-dasar yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan pusat

• Dasar fiskal

• Dasar kewangan

Mengapa kerajaan melaksanakan dasar-dasar tersebut?

a)

untuk menjamin keadaan ekonomi yang stabil

b)

untuk menggalakkan eksport barang tempatan

c)

untuk mengurangkan aliran yang masuk mata wang asing

d)

untuk meningkatkan permintaan barangan keluaran tempatan

42.

Apakah faktor dalaman bagi trend persekitaran perniagaan?

pilih 2 jawapan

a)

Ekonomi

b)

Jaringan

c)

Pengeluaran

d)

Teknologi maklumat

43.

Apakah jenis aktiviti dalam gambar di atas?

a)

satu aktiviti yang menjalankan kegiatan sosial

b)

satu aktiviti yang member sumbangan kepada pengguna

c)

satu aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

d)

satu aktiviti pertukaranbarang dan perkhidmatan dalam sistem barter

44.

· Perniagaan dikendalikan mengikut sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama

· Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak


Apakah bentuk perniagaan yang sesuai bagi kenyataan di atas?

a)

Kontrak Pengeluaran

b)

Usaha sama

c)

Syarikat Sendirian berhad

d)

Francais

45.

Antara yang berikut, manakah kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding dengan perkongsian berhad? PILIH 2 JAWAPAN

a)

Mudah diuruskan

b)

Mudah ditubuhkan

c)

Hayat Perkongsian berterusan

d)

Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad

46.

Kilang Roti Fatimah menjalankan pengeluaran secara intensif buruh.Ia dikategorikan sebagai perniagaan saiz sederhana kerana memiliki saiz buruh yang ramai.

Kriteria di atas merujuk kepada

a)

Syer pasaran

b)

Bilangan buruh

c)

Jumlah modal

d)

Jumlah jualan tahunan

47.

Antara yang berikut,manakah ciri sesebuah perniagaan yang mempunyai skala perniagaan Tempatan?

Pilih 2 jawapan

a)

mempunyai pekerja yang berkemahiran tinggi

b)

syer pasaran ialah masyarakat tempatan

c)

jualan tahunan perniagaan adalah rendah

d)

memerlukan modal yang banyak

48.

Penyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?

a)

Guna tenaga semakin menurun

b)

Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran

c)

Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat

d)

Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar

49.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu agensi kerajaan yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

· Memastikan hasil keluaran industri menepati piawaian yang di tetapkan

· Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkannya.

· Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan teknologi.

Apakah agensi berkenaan?

a)

MEDEC

b)

MARDI

c)

SIRIM

d)

FELDA