wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TINGKATAN 4 : ULANGKAJI BAB 1 & 2

Total questions: 45

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan?

a)

Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

b)

Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan pengguna.

c)

Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi kehendak pengguna.

d)

Aktiviti yang melibatkan import dan eksport antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

2.

Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan?


I Melakukan pertukaran nilai

II Melatih tenaga kerja mahir

III Menyediakan barang dan perkhidmatan

IV Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

3.

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan perniagaan yang dimiliki oleh Puan Rina.


Puan Rina adalah lepasan Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Malaysia Sarawak yang berminat untuk menubuhkan sebuah perniagaan berasaskan bakeri. Puan Rina hanya mempunyai modal yang kecil hasil simpanan sendiri dan pinjaman daripada saudara mara dan rakan-rakannya. Di samping itu, Puan. Rina mempunyai masalah kerana pengalaman dan kepakaran amat terhad dalam bidang perniagaan.


Merujuk kepada maklumat di atas, cadangkan nama jenis milikan perniagaan yang patut diceburi oleh Puan Rina ialah___________.

a)

A Kedai Bakeri Rina

b)

B Bakeri Rina dan Rakan-Rakan

c)

C Bakeri Rina Sendirian Berhad.

d)

D Bakeri Rina Berhad

4.

Puan Wong adalah satu-satunya pemilik perniagaan Restoran Makanan Laut Song. Puan Wong berhak mengawal keseluruhan operasi perniagaan restorannya dan arahan kepada pekerja hanya datang daripada Puan. Wong sahaja. Jenis milikan perniagaan yang dimiliki Puan Wong ialah________.

a)

A Syarikat Berhad

b)

B Koperasi

c)

C Milikan Tunggal

d)

D Perkongsian

5.

Perniagaan manakah yang merupakan perkongsian?

a)

A Kedai Runcit Ali

b)

B Restoran Said dan Sheikh

c)

C Koperasi Kg Gelam Berhad

d)

D Syarikat JKB Sdn Bhd

6.

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan sejenis rakan kongsi.


Encik Jeffery tidak menyumbangkan sebarang modal

kepada perniagaan perkongsian yang disertainya. Beliau hanya membenarkan namanya disenaraikan sebagai pekongsi. Beliau tidak mengambil bahagian secara aktif dalam pengurusan syarikat tetapi turut menanggung liabiliti perkongsian.


Berdasarkan maklumat tersebut, Encik Jeffery adalah …

a)

A Rakan Kongsi Aktif

b)

B Rakan Kongsi Nominal

c)

C Rakan Kongsi Berhad

d)

D Rakan Kongsi Lelap / Tidur

7.

Apakah kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding dengan perkongsian berhad?

I Mudah diuruskan

II Mudah ditubuhkan

III Hayat perkongsian yang berterusan

IV Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

8.

Encik Benedict dan rakan-rakannya Encik Alfred dan Encik Mathias telah menubuhkan satu perniagaan perkongsian iaitu Perniagaan Perabot BAM. Encik Mathias telah menghadapi masalah kewangan dan diisytiharkan muflis. Masalah kewangan Encik Mathias telah menyebabkan Perniagaan Perabot BAM _________.

a)

A membantu masalah kewangan Encik Mathias

b)

B tiada apa-apa kesan

c)

C membuka permohonan pemindahan syer Encik Mathias kepada pekongsi lain

d)

D terpaksa dibubarkan

9.

Apakah faktor utama yang mendorong peniaga untuk mengambil tindakan dari Milikan Tunggal berubah kepada Syarikat Sendirian Berhad?

a)

A Supaya pengurusan bermbah mantap

b)

B Operasi perniagaan dapat dipertingkatkan

c)

C Dapat menambahkan kawalan perniagaan

d)

D Supaya dapat menjimatkan pembayaran cukai

10.

Antara berikut yang manakah benar tentang kelebihan Syarikat Awam Berhad?


I Modal lebih besar

II Liabiliti terhad

III Menikmati ekonomi bidangan

IV Beban cukai yang tinggi


a)

A I, II dan III

b)

B I, II dan IV

c)

C I, III dan IV

d)

D II, III dan IV

11.

Apakah maksud koperasi?

a)

A Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela

b)

B Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat

c)

C Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh syarikat berhad

d)

D Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan pertubuhan dunia

12.

Bilangan ahli maksimum dalam jenis milikan koperasi ialah

a)

A 50 orang

b)

B 100 orang

c)

C 20 orang

d)

D Tiada had maksimum

13.

Berdasarkan gambar di atas, apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

a)

A Milikan tunggal

b)

B Francais

c)

C Syarikat Awam Berhad

d)

D Koperasi

14.

Antara yang berikut, yang manakah kelebihan usaha sama?


I Dapat meningkatkan keuntungan

II Risiko perniagaan dapat dikurangkan

III Dapat mengelakkan berlakunya konflik

IV Mudah untuk mendapat pelbagai sumber


a)

A I, II dan III

b)

B I, II dan IV

c)

C I, III dan IV

d)

D II, III dan IV

15.

Apakah kelebihan perniagaan berskala tempatan?

I Saiz pasaran adalah kecil

II Menikmati ekonomi bidangan

III Tidak melibatkan operasi yang besar

IV Kos yang ditanggung adalah rendah

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

16.

Antara yang berikut yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk menangani masalah perniagaan?


I Dasar pembangunan

II Dasar fiskal

III Dasar kewangan

IV Dasar pendidikan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan satu langkah kerajaan untuk menangani masalah perniagaan.


§ Merupakan satu langkah kerajaan untuk mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur percukaian.


Apakah langkah tersebut?

a)

A Dasar pendidikan

b)

B Dasar fiskal

c)

C Dasar kewangan

d)

D Dasar pembangunan

18.

Semasa inflasi, Bank Pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup. Apakah yang akan dilakukan oleh Bank Pusat?


I Meningkatkan kadar bunga

II Menurunkan kadar bunga

III Menambahkan penawaran wang

IV Mengurangkan penawaran wang

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

19.

Akta manakah yang bertujuan melindungi kepentingan pengguna?

a)

A Akta Syarikat 1965

b)

B Akta Perkongsian 1961

c)

C Akta Perihal Dagangan 1972

d)

D Akta Perhubungan Industri 1967

20.

Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para peniaga.

a)

A MARA

b)

B MARDI

c)

C FELDA

d)

D SIRIM

21.

Agensi X terlibat dalam penyediaan kursus dan latihan keusahawanan kepada para peniaga tempatan


Apakah agensi X?

a)

A MPC

b)

B MARDI

c)

C SIRIM

d)

D FELDA

22.

· Memastikan keluaran menepati piawaian yang ditetapkan

· Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkan

· Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan teknologi


Apakah agensi berkenaan?

a)

A MPC

b)

B MARDI

c)

C SIRIM

d)

D FELDA

23.

Pernyataan manakah yang benar tentang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

a)

A PBT melaksanakan tanggungjawab sosial

b)

B PBT ditubuhkan di bawah Enakmen Negeri

c)

C PBT melaksanakan aktiviti perniagaan tempatan

d)

D PBT memainkan peranan penting melatih para peniaga tempatan

24.

Apakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE?

a)

A Mempromosikan produk keluaran tempatan di luar negara

b)

B Menyediakan pembiayaan kepada para usahawan kecil

c)

C Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian

d)

D Menyediakan latihan keusahawanan kepada para usahawan tempatan

25.

· Ekonomi negara meleset

· Perniagaan mengalami kejatuhan dalam pendapatan

· Majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja


Apakah jenis pengangguran berkenaan?

a)

A Pengangguran kitaran

b)

B Pengangguran struktur

c)

C Pengangguran teknologi

d)

D Pengangguran bermusim

26.

Apakah maksud inflasi?

a)

A Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran

b)

B Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

c)

C Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran berlebihan

d)

D Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak

27.

Apakah yang dimaksudkan dengan Trend Persekitaran Perniagaan?

a)

A Berlaku disebabkan keadaan ekonomi negara

b)

B Dasar pemerintahan oleh kerajaan

c)

C Suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan

d)

D Merupakan arah perniagaan yang berdaya maju

28.

Antara berikut yang manakah benar tentang pasaran untuk semua?

a)

A Berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis produk seperti makanan, pelancongan dan perumahan.

b)

B Berkaitan dengan jual beli saham dan sekuriti, pertukaran wang asing, pinjaman dan pelaburan.

c)

C berbentuk perbankan yang memberikan bantuan modal

d)

D Produk yang dikeluarkan adalah untuk ditawarkan kepada semua pengguna seperti sabun pencuci dan sos tomato.

29.

Majikan terlalu memberi ruang atau kebebasan kepada pekerja mereka. Hal ini mewujudkan masalah tingkah laku pekerja yang sukar dikawal dan menyebabkan organisasi gagal mencapai prestasi.dan matlamat yang telah ditetapkan.


Apakah gaya pengurusan yang sesuai bagi situasi berikut?

a)

A Gaya pengurusan sokongan

b)

B Gaya pengurusan autokratik

c)

C Gaya pengurusan sederhana

d)

D Gaya pengurusan laissez-faire

30.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan organisasi bermotifkan untung?


I.Majlis Belia Malaysia

II.Syarikat Pertiwi KK. Sdn Bhd

III.Kedai Makanan Sedap Mak Sami

IV.Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

31.

Apakah maksud Titik Pulang Modal?

a)

Kaedah yang digunakan untuk menentukan jumlah yang diterima bersamaan dengan jumlah wang yang dibelanjakan

b)

Kaedah yang digunakan untuk menentukan jumlah hasil yang diterima bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung

c)

Kaedah yang digunakan untuk menentukan jumlah modal yang diperlukan untuk mengeluarkan sesuatu produk atau perkhidmatan

d)

Kaedah yang digunakan untuk menentukan jumlah kos berubah bersamaan dengan jumlah kos tetap

32.

Apakah maksud pertumbuhan perniagaan?

a)

Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi

b)

Mengurangkan kos perbelanjaan untuk mencapai matlamat organisasi

c)

Meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan

d)

Menambahkan hasil dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat organisasi

33.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor sebuah perniagaan bertahan dalam industri?


i.Kewangan

ii.Pengeluaran

iii.Ekonomi negara

iv.Sumber manusia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Akta manakah yang menguatkuasakan perjanjian yang dibuat antara penjual den pembeli?

a)

Akta kontrak 1950

b)

Akta kawalan Bekalan 1973

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

35.

Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?

a)

Guna tenaga semakin menurun

b)

Peniaga mengurangkan opreasi pengeluaran

c)

Cukai yang dikutip oleh kerajaan meningkat

d)

Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar

36.

Apakah faktor luaran yang mempengaruhi perniagaan?

a)

Sumber kewangan

b)

Sumber manusia

c)

Pengeluaran

d)

Politik

37.

Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding perniagaan milikan tunggal?

a)

Tanggungan terhad

b)

Berkongsi kepakaran

c)

Perniagaan berterusan

d)

Mudah membuat keputusan

38.

- Perniagaan yang dikendalikan mengikut sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama

- Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak


Apakah bentuk perniagaan berkenaan?

a)

Kontrak pengeluar

b)

Usaha sama

c)

Kedai Sejaras

d)

Francais

39.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan Guna Tenaga Penuh?

a)

Tidak berlaku keadaan inflasi dalam ekonomi

b)

Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus

c)

Ekonomi negara bakal mengalami kemelesetan

d)

Semua orang dewasa dalam negara bekerja

40.

Berikut cara kerajaan mengatasi sejenis pengangguran.


- Laksanakan dasar fiskal dan kewangan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi

- Perniagaan terus dapat beroperasi dan mengelakkan pengurangan bilangan pekerja.


Apakah jenis pengangguran yang cuba diatasi oleh kerajaan?

a)

Pengangguran bermusim

b)

Pengangguran teknologi

c)

Pengangguran kitaran

d)

Pengangguran struktur

41.

Apakah langkah yang bijak diambil oleh pengguna dalam keadaan inflasi?

a)

Meningkatkan pembelian barangan mewah

b)

Membeli barang semasa musim perayaan

c)

Membuat perancangan kewangan yang terperinci

d)

Mengurangkan perbelanjaan bagi barang keperluan

42.

Pernyataan manakah benar tentang OBU?

a)

terdiri daripada pelbagai pertubuhan sukarela

b)

menyediakan barang dan perkhidmatan percuma

c)

bermatlamat memaksimumkan pemegang saham

d)

didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

43.

Faktor manakah yang menentukan kemampuan perniagaan bertahan dalam industri?

a)

Perundangan

b)

Dasar kerajaan

c)

Keadaan ekonomi

d)

Kewangan yang kukuh

44.

Manakah peranan MATRADE?

a)

promosikan produk kelauaran tempatan ke luar negara

b)

menyediakan pembiayaan kepada paa usahawan kecil

c)

menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian

d)

menyediakan latihan keusahawanan kepada para usahawan tempatan

45.

- Pengurus mengamalkan toleransi dan menjalin hubungan yang baik dengan pekerja.


Apakah gaya pengurusan tersebut?

a)

Gaya pengurusan laissez-faire

b)

Gaya Pengurusan autokratik

c)

Gaya Pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan sokongan