WorksheetsSET 1: KUIZ MINDA AKAUN CUTI SEKOLAH SENJO
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pernyataan di bawah berkaitan subbidang perakaunan.
Kerja-kerja pemeriksaan dokumen perniagaan dan rekod kewangan dilakukan sebagai pengesahan bahawa penyata kewangan yang disediakan oleh perniagaan adalah betul dan tepat.
Apakah subbidang tersebut?
Percukaian
Pengauditan
Perakaunan Kewangan
Perakaunan Pengurusan
Apakah badan perakaunan yang ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1997 dan melaksanakan tugas sebagai penasihat kepada akauntan di Malaysia?
MIA (Institut Akauntan Malaysia)
MICPA (Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia)
IASC (Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa)
MASB (Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia)
X merupakan Ahli Matematik Itali dikenali juga sebagai Bapa Perakaunan. Apakah sistem yang diperkenalkan oleh X?
Panjar
Barter
Catatan Bergu
Catatan Tunggal
Pihak yang manakah merupakan pengguna luaran Penyata Kewangan?
Bank
Pemilik Perniagaan
Pekerja
Pengurus Kedai
Maklumat di bawah berkaitan ciri kualitatif asas dalam penyata kewangan.
** Maklumat dalam penyata kewangan mestilah bebas daripada kesilapan material dan tiada unsur berat sebelah **
Apakah ciri yang merujuk pernyataan tersebut?
Relevan
Kebolehsahan
Kebolehfahaman
Perwakilan benar
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Adriana Enterprise yang dimiliki Puan Adriana.
** Puan Adriana menggunakan wang perniagaan sebanyak RM300 untuk membayar yuran tuisyen anaknya dan merekodkannya sebagai ambilan dalam buku akaun perniagaan **
Apakah andaian perakaunan yang berkaitan maklumat tersebut?
Entiti Berasingan
Usaha Berterusan
Tempoh Perakaunan
Wang Sebagai Ukuran
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Khalif Enterprise yang dimiliki oleh Encik Khalif.
** Khalif Enterprise menetapkan polisi kadar susut nilai bagi semua aset bukan semasa ialah 10% setahun atas kos. Kaedah ini akan diamalkan untuk tahun-tahun berikutnya. **
Apakah prinsip dalam perakaunan yang diamalkan?
Ketekalan
Prinsip Kos
Tempoh Perakaunan
Pengiktirafan hasil dan belanja
Maklumat berikut berkaitan dengan andaian dalam perakaunan.
**Kedai Yap Yap Yeah membeli sebuah kenderaan berharga RM60 000 pada tahun 2022. Pada 31 Disember 2022, kenderaan tersebut bernilai RM45 000 berdasarkan harga pasaran.**
Berapakan nilai kenderaan yang akan direkodkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan?
RM15 0000
RM45 000
RM60 000
RM105 000
Maklumat berikut merujuk kepada ciri-ciri sejenis milikan perniagaan.
· Ahli menikmati pulangan dalam bentuk dividen
· Bilangan ahli tidak terhad
· Liabiliti adalah terhad
Apakah perniagaan yang sesuai berdasarkan maklumat tersebut?
Kedai Buku dan Alat Tulis Cemerlang
Koperasi SMK Saint Joseph Berhad
Gemilang Holding Sdn. Bhd.
Semanis Cafe Enterprise
Maklumat berikut merupakan ciri-ciri suatu entiti perniagan.
· Liabiliti terhad
· Modal Besar
· Sebarang keputusan perniagaan perlu dibuat dalam mesyuarat agung
Antara yang berikut, entiti perniagaan yang manakah menepati ciri berkenaan?
Koperasi & Perkongsian
Koperasi & Syarikat Berhad
Perkongsian & Milikan Tunggal
Milikan Tunggal & Syarikat Berdad
