wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

fIQH zAKAT sKIM bIMBINGAN lANJUTAN 2 mUALLAF

Total questions: 20

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

1.    Mengeluarkan sebahagian harta tertentu kepada yang berhak menerimanya menurut ketentuan dan ukuran yang ditentukan oleh syara’ merupakan pengertian bagi

a)

Infaq

b)

Sedekah

c)

Zakat

d)

Waqaf

2.

2.    Apakah hukum setiap orang Islam yang memenuhi syarat-syaratnya untuk mengeluarkan zakat?

a)

Wajib

  

b)

 Sunnat

c)

Harus

d)

Haram

3.

Zakat terbahagi kepada berapa bahagian?

a)

2 Bahagian

b)

3 Bahagian

c)

5 Bahagian

d)

4 Bahagian

4.

Hukum mengeluarkan zakat fitrah adalah …

a)

HARUS

b)

WAJIB

c)

MAKRUH

d)

SUNAT

e)

HARAM

5.

… ialah makanan yang wajib dikeluarkan pada hari raya puasa oleh tiap-tiap orang Islam yang mempunyai lebihan makanan bagi dirinya dan orang-orang yang dibawah tanggungannya untuk siang dan malam hari raya itu.

a)

Zakat Fitrah

b)

Zakat Puasa

c)

Zakat Makanan

d)

Zakat Emas

e)

Zakat Ternakan

6.

Syarat wajib zakat fitrah itu ada berapa perkara?

a)

2 PERKARA

b)

5 PERKARA

c)

4 PERKARA

d)

3 PERKARA

7.

Apakah hukum sekiranya seseorang mengeluarkan zakat selepas terbenam matahari pada hari raya pertama Syawal iaitu sudah masuk malam kedua Syawal?

a)

HARUS

b)

WAJIB

c)

HARAM

d)

MAKRUH

8.

  Umat Islam di Negara Brunei Darussalam wajib membayar zakat fitrah sebanyak berapa gantang beras?

a)

4 GANTANG BERAS

b)

3 GANTANG BERAS

c)

2 GANTANG BERAS

d)

1 GANTANG BERAS

9.

Zakat yang dikeluarkan pada harta-harta yang diwajibkan zakat dengan kadar yang tertentu setelah mencapai kadar nisab dan syarat-syaratnya yang khusus ialah …

a)

   Zakat Fitrah

b)

Zakat Harta

c)

Zakat Puasa

d)

Zakat Makanan

10.

Berapa nisab Zakat Emas?

a)

  85 gram

 

b)

90 gram

c)

595 gram

d)

625 gram

11.

Berapakah kadar Zakat Emas yang wajib dikeluarkan?

a)

   1/10 atau 10%

b)

1/20 atau 5%

c)

1/40 atau 2.5%

d)

    1/50 atau 2%

12.

   Zakat binatang ternakan diwajibkan pada binatang yang berkaki empat kecuali …

a)

   Unta

b)

Lembu

c)

Kambing

d)

Kucing

13.

   Seseorang yang memiliki peternakan kambing yang berjumlah 40 ekor, berapakah kadar wajib zakat yang perlu dikeluarkan?

a)

  1 ekor kambing berumur 1 tahun lebih

 

b)

2 ekor kambing berumur 1 tahun lebih

   

c)

3 ekor kambing berumur 1 tahun lebih

  

d)

4 ekor kambing berumur 1 tahun lebih

14.

Jika hasil tanaman itu diperolehi melalui tanaman yang disiram dengan air semula jadi seperti hujan atau mata air tanpa perbelanjaan daripada pemiliknya, maka kadar zakat yang wajib dikeluarkan adalah sebanyak …

a)

   1/10 atau 10%

b)

1/20 atau 5%

c)

  1/40 atau 2.5%

d)

  1/50 atau 2%

15.

Jika hasil tanaman itu diperolehi melalui tanaman yang disirami air oleh pemiliknya sama ada dari usaha pemilik itu sendiri seperti mengambil air dari perigi untuk menyiram tanaman-tanamannya atau disiram melalui air paip atau menggunakan pam air dan sebagainya, maka kadar zakat yang wajib dikeluarkan adalah sebanyak …

a)

a)    1/10 atau 10%  

 

b)

1/20 atau 5%

c)

1/40 atau 2.5%

d)

  1/50 atau 2%

16.

  Berapakah nisab zakat tanaman bagi buah-buahan dan biji-bijian setelah dibersihkan dan dikeringkan?

a)

  7 awsaq bersamaan 200 gantang atau 726 gram

  

 

b)

5 awsaq bersamaan 200 gantang atau 726 gram

c)

10 awsaq bersamaan 200 gantang atau 726 gram

d)

8 awsaq bersamaan 200 gantang atau 726 gram

17.

1.    Fakir merupakan salah satu golongan asnaf yang berhak menerima zakat. Apakah yang dimaksudkan dengan fakir?

a)

Golongan yang menanggung hutang

 

b)

Golongan yang mempunyai pendapatan tetapi masih
tidak mencukupi untuk menampung dirinya dan keluarganya

c)

Golongan yang berjihad pada jalan Allah

d)

Golongan yang tidak mempunyai pendapatan yang dapat memenuhi keperluan dirinya dan keluarganya

18.

  Golongan yang berhak menerima zakat ada berapa?

a)

10 golongan

b)

8 golongan

c)

7 golongan

d)

6 golongan

19.

   Apa yang dimaksudkan dengan seseorang itu memerlukan $1000.00 setiap bulan untuk menampung keperluan diri dan tanggungannya tetapi dia hanya memperolehi $600.00 sahaja?

a)

    ‘Amil

 

b)

Fakir

 

c)

  Fi Sabilillah

d)

   Miskin

20.

  Nyatakan golongan yang tidak berhak menerima zakat.

             I.        Fakir

            II.        Bukan berugama islam

          III.        Orang kaya

          IV.        ‘Amil

           V.        Golongan Bani Hasyim dan Abdul Muthalib

 

a)

 

I, II dan V

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan V

d)

III, IV dan V