Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERTANDINGAN KUIZ PENDIDIKAN ISLAM

Total questions: 30

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
ilmu itu adalah______yang suci yang mana ia tidak dapat diperoleh jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis ____.
a)
cahaya , kotor
b)
nur , dosa
c)
perisai , haiwan
d)
pelita hidup , muqollazoh
2.
Berikut adalah adab-adab menuntut ilmu , KECUALI :
a)
Berniat ikhlas
b)
Menghormati guru
c)
Tidak menyelesaikan tugasan yang diberikan
d)
Tidak mendatangkan kemarahan guru
3.
Setiap orang akan____ kecuali orang yang_____ .
a)
berjaya , pemalas
b)
mati , rajin
c)
binasa , berilmu
d)
binasa , sombong
4.
Berikut merupakan nama-nama lain bagi Ilmu Akidah KECUALI :
a)
Ilmu Tauhid
b)
Ilmu Kalam
c)
Ilmu Fardu Ain
5.
Ilmu Usuluddin ialah
a)
Ilmu yang membincangkan perkara dasar dan asas dalam akidah Islamiyah.
b)
Ilmu yang membicarakan mengenai akidah dan keyakinan terhadap Allah SWT dengan menggunakan dalil dari Al-Quran, hadis serta logik akal.
c)
Ilmu yang membahaskan tentang keesaan Allah
6.
Apakah nama surah yang dibaca tanpa Basmalah?
a)
Surah al-Kafirun
b)
Surah al-Hujurat
c)
Surah al-Kahfi
d)
Surah al-Taubah
7.
Apakah maksud talak Roj'i ?
a)
talak yang boleh dirujuk, iaitu talak satu dan dua bagi suami yang telah bersetubuh.
b)
talak yang tidak boleh dirujuk, namun boleh diakad nikah semula.
c)
talak yang tidak boleh dirujuk dan tidak boleh diakad nikah semula.
8.
Berapakah tempoh iddah cerai mati ?
a)
3 bulan 10 hari
b)
4 bulan 15 hari
c)
3 bulan 15 hari
d)
4 bulan 10 hari
9.
Ketika hendak masuk ke dalam masjid, kita hendaklah memulakan dengan____________ .
a)
Kaki Kiri
b)
Kaki Kanan
c)
Kedua-dua belah kaki
10.
Kita hendaklah ________ sebelum masuk ke masjid.
a)
Berpantun
b)
Bernasyid
c)
Membaca doa
11.

Azri hendak pergi ke masjid. Apakah adab yang perlu Azri patuhi ?

i. Memakai pakaian yang bersih

ii. Niat iktikaf

iii. Makan dan minum di dalam masjid

iv. Tidak lalu di hadapan orang yang sedang solat

a)
I dan II
b)
I,II,III dan IV
c)
I,II dan IV
12.
Ajaran sesat yang dibawa oleh Haji Muhammad Syafie di Kampung Seronok, Pulau Pinang. Apakah ajaran sesat tersebut?
a)
Taqiyyah
b)
Nubuwwah
c)
Taslim
13.
Ajaran sesat di Malaysia adalah berfahaman wujudiyyah bataniyyah yang menggunakan teori Nur Muhammad dan Martabat Tujuh. Antara berikut yang manakah benar tentang teori Nur Muhammad?
a)
Allah mengadakan alam semesta ini bukan daripada tiada kepada ada, tetapi daripada ada kepada ada.
b)
disifatkan sebagai cahaya Allah yang qadim itu menitis ke atas Imam-Imam mereka daripada Saidatina Ali dan seterusnya kepada Imam-Imam Syiah yang lain.
c)
mula-mula ada adalah Allah SWT, yang tiada awal bagi adanya dan ada pun makhluk dan manusia terbit daripada Allah seperti cahaya matahari terbit dari matahari.
14.
_____ialah sifat yang ada pada zat Allah SWT yang azali qodim.
a)
Sifat Salbiyah
b)
Sifal Nafsiah
c)
Sifat Ma'ani
d)
Sifat Manawiyyah
15.
Sifat Salbiyah adalah sifat yang _______ segala sifat-sifat yang tidak layak dan tidak patut bagi Allah SWT, sebab Allah Maha _______ dan tiada kekurangan.
a)
menolak, sempurna
b)
menerima, penyabar
c)
menolak, penyabar
d)
menerima, sempurna
16.
Contoh aspek halal
a)
Tidak ditegah oleh syarak
b)
Halal zatnya
c)
Halalan toyyiba
d)
Bahan campuran yang bersih
17.
Nyatakan 1 adab makan
a)
Menghadam makanan dengan gelojoh
b)
Makan dengan berdiam diri
c)
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
d)
Memilih makanan yang lazat
18.
" wahai anak, Bacalah Basmalah ( jika kamu hendak makan ), dan makanlah dengan tangan kananmu, dan ambillah ______.
a)
Makanan yang terdekat
b)
Makanan yang lazat
c)
Makanan yang terjauh
d)
Makanan yang termahal
19.
Siapakah golongan yang layak menerima zakat?
a)
Orang sakit
b)
Orang berhutang
c)
Orang kaya
20.
Kadar zakat fitrah yang perlu dikeluarkan oleh setiap individu yang berkemampuan ialah _____.
a)
2.4 kilogram makanan
b)
1.5 kilogram makanan
c)
satu gantang baghdad
21.

Berikut merupakan jenis-jenis zakat harta KECUALI :

i. Zakat saham

ii. Zakat gangsa

iii. Zakat galian

iv. Zakat wang simpanan

a)
i dan iv
b)
ii sahaja
c)
i,iii dan iv
22.
Al-Falah ialah _____ yang diusahakan di dunia yang membawa kepada ______ di akhirat.
a)
perbuatan,kejayaan
b)
amalan,ketenangan
c)
amalan,kejayaan
d)
perbuatan,ketenangan
23.
Kejayaan pemuda al Kahfi ialah ____.
a)
berjaya membersihkan hati, sentiasa membersihkan jiwa manakala rugilah mereka yang hidup dengan jiwanya penuh kekotoran
b)
berjaya mempertahankan ibadah Islam sehingga akhir hayat mereka walaupun berdepan ancaman bunuh
c)
berjaya membersihkan hati, sentiasa membersihkan jiwa untuk beribadah manakala rugilah mereka yang membiarkan jiwanya dalam penuh kekotoran
d)
berjaya mempertahankan aqidah Islam sehingga akhir hayat mereka walaupun berdepan ancaman bunuh
24.

Apakah syarat-syarat utama untuk mencapai nilai Al-Falah?

I. sanggup berkorban

II. mengetahui selok belok al-Quran

III. menjauhi perkara sia-sia

IV. sentiasa menambah ilmu

a)
I dan III
b)
I, III dan IV
c)
I, II dan III
25.

Pilih 2 syarat untuk menjadi imam.

I)Fasih dan baik bacaan al-fatihah

II)Kanak-kanak lelaki yang belum mumaiyiz

III)Kurang ilmu agama

IV)Lelaki(apabila ada ahli jemaah lelaki)

a)
I dan II
b)
III dan IV
c)
I dan IV
d)
I,II,III dan IV
26.
Apakah makmum muafiq?
a)
Makmum menyibukkan diri dengan bacaan sunat sehingga tidak sempat menyempurnakan bacaan al-fatihah
b)
Makmum dapat menyempurnakan al-fatihah sebelum imam rukuk
c)
Makmum tidak mengikut imam rukuk apabila imam rukuk
27.
Hukum asal bagi pergaulan lelaki dan perempuan adalah
a)
Harus
b)
Sunat
c)
Haram
d)
Tidak mendapat apa-apa
28.
Antara yang berikut yang manakah percampuran atau penyertaan antara lelaki dan perempuan yang tidak diharuskan syarak
a)
Musyarokah
b)
Muamalah
c)
Darurat
d)
Belajar
29.
Berapakah jumlah semua huruf dalam Al-Quran menurut Imam Syafi'i
a)
1,027,000
b)
144
c)
50,000
30.
Antara berikut , yang manakah maksud Hadis Nabawi
a)
Hadis yang lafaz dan maknanya diriwayatkan daripada Rasulullah
b)
Hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah daripada Allah maknanya daripada Allah tetapi lafaznya daripada Rasulullah sendiri