NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsLIVE QUIZIZZ SEJARAH SPM SMKKP SET 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Name
Class
Date
1.
Apakah undang-undang yang diamalkan oleh Majapahit?
a)
Undang-undang Majapahit
b)
Hukum Kanun Majapahit
c)
Inskripsi Telaga Batu
d)
Kutara Manawa
2.
Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?
a)
Kerajaan Srivijaya
b)
Kerajaan Majapahit
c)
Kerajaan Johor-Riau
d)
Kerajaan Kedah Tua
3.
Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja. Apakah kesan perkembangan nasionalisme tersebut?
a)
Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat
b)
Memantapkan kedudukan parlimen
c)
Menjejaskan kedaulatan negara bangsa
d)
Kebangkitan perjuangan kedaulatan negara
4.
Apakah sumbangan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dalam perjuangan nasionalisme di negara kita?
a)
Perjuangan melalui penulisan
b)
Perjuangan bercorak radikal
c)
Perjuangan berpendidikan agama
d)
Perjuangan terawal di Tanah Melayu
5.
Mengapakah Revolusi Perancis dan Revolusi England berlaku?
a)
Memperjuangkan kedaulatan negara
b)
Mempertahankan peradaban
c)
Menentang penguasaan ekonomi
d)
Penentangan pemerintahan beraja
6.
Mengapakah empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa untuk orang Islam pada tahun 1914?
a)
Mencetus revolusi agama
b)
Menyeru menentang penjajah
c)
Menyekat pengaruh imigran
d)
Menghapuskan fahaman sekularisme
7.
Mengapakah Perang Pasifik 1941-1945 berlaku?
a)
Imperialisme Barat
b)
Dasar Neokolonisasi
c)
Dasar Dekolonisasi
d)
Imperialisme Jepun
8.
British Military Administration (BMA) berusaha kembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat. Apakah cabaran terbesar yang dihadapi oleh BMA?
a)
Perkauman
b)
Kewangan
c)
Bekalan makanan
d)
Kerosakan bangunan
9.
Apakah kesan pelaksanaan sistem pentadbiran Malayan Union terhadap orang Melayu?
a)
Mengeratkan perpaduan
b)
Meningkatkan ekonomi
c)
Mengembangkan budaya
d)
Mengukuhkan kuasa sultan
10.
Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946. Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?
a)
Menentukan jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum
b)
Membincangkan kedudukan Raja-raja Melayu dan orang Melayu
c)
Menentukan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu
d)
Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
11.
Mengapakah gabungan PUTERA-AMCJA menolak rangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
a)
Enggan berkompromi dengan penjajah
b)
Jawatankuasa Kerja tidak diwakili semua kaum
c)
Menentang pengembalian kuasa Raja-raja Melayu
d)
Mahu kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan
12.
Antara berikut, yang manakah syarat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang?
a)
Lahir di luar negeri dan ayahnya mestilah rakyat Raja
b)
Bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu
c)
Mempunyai tingkah laku yang baik dan tiada rekod jenayah
d)
Bermastautin selama 15 tahun daripada 20 tahun dari hari permohonan
13.
Bagaimanakah Sir Harold Briggs menyelesaikan masalah ancaman komunis yang mendapat bantuan daripada Min Yuen?
a)
Mengisytiharkan darurat
b)
Melancarkan perang saraf
c)
Melaksanakan kawasan penempatan semula
d)
Memperkenalkan tawaran pengampunan
14.
Antara berikut yang manakah merupakan isu yang diselesaikan oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
a)
Kedudukan Ekonomi
b)
Sosial penduduk tempatan
c)
Pendidikan
d)
Pilihan raya
15.
Antara berikut yang manakah merupakan parti politik yang ditubuhkan pada tahun 1946?
a)
Kesatuan Melayu Muda
b)
United Malays National Organisation
c)
Hizbul Muslimin
d)
Parti Kebangsaan Melayu Malaya
16.
Apakah tujuan pembentukan Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 1950
a)
Untuk pendaftaran pengundi
b)
Menguruskan pilihan raya dan kira undi
c)
Mengkaji dan membuat cadangan berkaitan pilihan raya
d)
Memberi kuasa kepada majlis tempatan mengadakan pilihan raya
17.
Mengapakah kabinet pertama ini penting kepada negara kita?
a)
Penyatuan parti politik
b)
Menunjukkan kompromi antara kaum
c)
Mengukuhkan kuasa Raja-raja Melayu
d)
Pertambahan kuasa Pesuruhjaya Tinggi
18.
Apakah asas kepada pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri bagi Tanah Melayu?
a)
Kebangkitan rakyat menentang penjajah
b)
Pengamalan Sistem Demokrasi Berparlimen
c)
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
d)
Pilihan Raya Umum 1955
19.
Kamus Dewan mentakrifkan kemerdekaan sebagai...
a)
naungan kebebasan
b)
bebas daripada penjajahan
c)
kuasa menentukan hala tuju
d)
bersatu menentang kuasa luar
20.
Siapakah tokoh yang berpendapat kemerdekaan ialah perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan dan cinta akan tanah air yang merdeka?
a)
Rashid Rida
b)
Nelson Mandela
c)
Tunku Abdul Rahman
d)
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
Reset
