wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ke Arah Menuntut Kemerdekaan (Sejarah Tahun 5)

Total questions: 24

Worksheet time: 1hrs 12mins

Name
Class
Date
1.

Semasa pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam keadaan ___________ .

a)

Maju

b)

Bahagia

c)

Sengsara

2.

Pada tahun 1946, pihak British telah memperkenalkan pentadbiran yang baharu di Tanah Melayu. Apakah nama pentadbiran tersebut?

a)

Komunis

b)

Malayan Union

c)

Pentadbiran Tentera British

d)

Persekutuan Tanah Melayu

3.

Apakah yang menyebabkan darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada tahun 1948?

a)

Pendudukan Jepun yang melakukan kerosakan.

b)

Ancaman komunis yang banyak melakukan keganasan

c)

Pentadbiran Malayan Union yang tidak adil kepada penduduk

4.

Berikut merupakan parti politik yang ditubuhkan diantara tahun 1945 - 1951 KECUALI

a)

Hizbul Muslimin

b)

Malayan Indian Congress

c)

Parti Rakyat Bersatu Sarawak

d)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya

5.

Parti Perikatan merupakan gabungan kerjasama beberapa parti politik. Pilih antara berikut parti politik yang bergabung di bawah Parti Perikatan.

a)

Parti Islam Se-Malaya (PAS)

b)

Malayan Indian Congress (MIC)

c)

Malayan Chinese Association (MAC)

d)

United Malays National Organisation (UMNO)

6.

Siapakah yang dilantik menjadi Ketua Menteri setelah Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan ?

a)

Dato' Abdul Wahab

b)

Tun V.T Sambanthan

c)

Tun Tan Cheng Lock

d)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

7.

Wakil raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan telah berangkat ke London bagi tujuan berunding.


Perkara apakah yang telah dirunding di London?

a)

Kemerdekaan bagi Tanah Melayu

b)

Penolakkan Pentadbiran Malayan Union

c)

Memberikan penghargaan kepada para pemimpin

d)

Pembebasan penduduk tempatan yang tidak bersalah

8.

Siapakah yang mengisytiharkan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ?

a)

Tun Abdul Razak

b)

Dato' Onn Jaafar

c)

Tun Hussein Onn

d)

Tunku Abdul Rahman

9.

Bilakah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan?

a)

31 Ogos 1956

b)

31 Ogos 1957

c)

16 September 1956

d)

16 September 1957

10.

Sewaktu ancaman komunis, satu rundingan telah dijalankan yang dikenali sebagai Rundingan Baling.


Adakah rundingan tersebut BERJAYA atau Gagal?

a)

Berjaya

b)

Gagal

11.

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 oleh ________

a)

Dato' Onn bin Ja'afar

b)

Tunku Abdul Rahman

12.

Apakah kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu?

a)

Ekonomi negara bertambah maju

b)

Masyarakat hidup aman dan damai

c)

Menyebabkan banyak kesengsaraan

13.

Siapakah yang memimpin Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union?

a)
b)
c)
d)
14.

Pendudukan Jepun pada tahun ........... menyebabkan banyak kesengsaraan

a)

1948-1950

b)

1957

c)

1980-1987

d)

1942-1945

15.

Malayan Union diperkenalkan oleh pihak ......

a)

British

b)

Jepun

c)

Protugis

d)

Belanda

16.

Orag Melayu yang dipimpin oleh ......... bangkit menentang Malayan Union

a)

Dato' Sri Najib

b)

Dr. Burhanuddin al Helmi

c)

Dato' Onn Ja'afar

d)

Tun Abdul Razak

17.

Parti Komunis Malaya (PKM) melakukan kezaliman seperti membunuh dan memusnahkan lombong bijih timah dan

a)

ladang anggur

b)

ladang jagung

c)

kadang kambing

d)

ladang getah

18.

Keganasan komunis mengakibatkan ...... diisytiharkan di seluruh negara pada tahun 1948

a)

Merdeka

b)

peperangan

c)

darurat

d)

lockdown

19.

Pada tahun 1946, pihak British telah memperkenalkan pentadbiran yang baharu di Tanah Melayu. Apakah nama pentadbiran tersebut?

a)

Komunis

b)

Malayan Union

c)

Pentadbiran Tentera British

d)

Persekutuan Tanah Melayu

20.

Darurat diisytiharkan tamat pada tahun ________.

a)

1955

b)

1956

c)

1957

d)

1960

21.

Manakah di antara berikut merupakan parti politik yang mewakili kaum Melayu di Tanah Melayu pada tahun 1955?

a)

AMCJA

b)

MCA

c)

MIC

d)

UMNO

22.

Apakah tujuan wakil Raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan berangkat ke London?

a)

Mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Berunding dengan British berkaitan dengan kemerdekaan

c)

Bangkit menggerakkan perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan

d)

Bangkit menentang Malayan Union

23.

Yang manakah di antara berikut merupakan bukan ahli rombongan yang berangkat ke London.

a)

Dato' Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Dato' Abdul Razak

d)

Dato' Onn Bin Ja'afar

24.

Parti Perikatan menang pilihan raya pada tahun

a)

1957

b)

1955

c)

1982

d)

2021