NEW
Font size
WorksheetsQUIZ BAHASA MELAYU (KATA MAJMUK & KATA GANDA)
Total questions: 20
Worksheet time: 19mins
Pemain bola keranjang itu dapat membuat jaringan dengan mudah kerana badannya ____________.
tinggi lampai
pucat lesi
kuat perkasa
keras kejung
Anggota pasukan keselamatan yang ________ itu bertugas mengawal sempadan negara.
resah gelisah
gagah berani
penat lelah
kerja keras
Anak gadis Mak Melah yang ayu itu bercakap dengan _________.
Lemah longlai
letih lesu
riang gembira
lemah lembut
Suasana di dalam gua itu ________ pada waktu malam kerana tiada sumber cahaya.
hitam legam
putih bersih
gelap buta
Mukanya ________ kerana menahan marah apabila melihat sekumpulan budak nakal mencalarkan keretanya.
putih bersih
merah padam
bujur sirih
cantik jelita
Pak Akob pergi ke ________ untuk membuat aduan tentang kecurian yang berlaku di rumahnya.
Selepas keluar,Encik Kunalan menyimpan segugus ________ di dalam poketnya.
resit
anak kunci
Ibu berasa sangat _________ apabila abang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
dukacita
senang hati
syak wasangka
lemah gemalai
Ibu membeli sehelai kain lalu menghantarnya kepada seorang __________ untuk dibuat baju kurung.
tukang anyam tikar
Shawn memakai seutas __________ kerana seluarnya longgar.
tali pinggang
rantai leher
sabuk kelapa
tali leher
Pak Mail menegur ________ nakal yang suka berbuat bisng di simpang jalan itu.
anak-anak
budak-budak
cucu-cucu
orang-orang
Laila ternampak seekor ________ berenang di dalam tasik itu.
kura-kura
biri-biri
labah-labah
rama-rama
Mereka berdiri ________ antara satu dengan yang lain kerana tempat itu sempit.
nyaris-nyaris
erat-erat
cepat-cepat
dekat-dekat
Puan Yusni menghidangkan _________ buah untuk minum petang bersama dengan keluarganya.
agar-agar
jemput-jemput
otak-otak
gula-gula
Badli membawa basikalnya ke bengkel kerana _________ roda basikal itu sudah patah.
peparu
jejari
cecair
gegendang
Badan susu gatal-gatal kerana digigit ________ selepas tidur di atas tilam usang itu.
jejentik
pepatung
tetikus
pepijat
Tangisan _________ yang kedengaran dari bilik itu membuatkan kami berasa seram.
haru-biru
caca-marba
sedu-sedan
dekak-dekuk
Encik Daud berjalan ________ di hadapan pintu sambil memikirkan masalah yang dihadapinya.
kacau-bilau
dentang-denting
compang-camping
mundar-mandir
Mulut orang tua itu _________ ketika membaca surat yang baru diterimanya.
riuh-rendah
kumat-kamit
calar-balar
ulang-alik
Seekor musang lari ________ ke dalam semak selepas mencuri dua biji telur ayam.
susup-sasap
bengkang-bengkok
herot-berot
kusut-masai
