Worksheets03102023 PA1
Total questions: 40
Worksheet time: 37mins
Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah?
I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya
II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya
III. Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi
IV. Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
I. Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya
II. Memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya
III. Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya
IV. Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menghantar notis kekosongan kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen X kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Tindakan di atas diambil kerana wakil rakyat berkenaan
A Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dalam satu pilihan raya kecil
B Dikenakan tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
C Dibuktikan bersalah dalam prosiding yang berhubung dengan salah laku pilihan raya
D Tidak menghadiri sidang dalam tempoh tiga bulan selepas sidang pertama Dewan Rakyat
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
A Mendengar petisyen pilihan raya
B Menyemak sempadan pilihan raya
C Meminda undang-undang pilihan raya
D Mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihan raya
Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana
A Rombakan kabinet
B Kematian Setiausaha Dewan Negara
C Kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri
D Peletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat
Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos?
A Pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari mengundi
B Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi
C Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi
D Pesakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi
Yang manakah benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya?
A Lantikannya oleh Perdana Menteri
B Saraannya di bawah peruntukan Parlimen
C Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri
D Terma jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara
Yang manakah sebab seseorang calon yang kalah dalam pilihan raya membuat petisyen pilihan raya?
A Calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi
B Calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai
C Calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya
D Calon yang menang gagal menghantar penyata piihan raya dalam tempoh yang ditetapkan
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
A Membuat kajian dan pesempadan kawasan Pilihan Raya
B Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya
C Meluluskan persempadanan kawasan pilihan raya
D Mengadili petisyen pilihan raya
Yang manakah menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia?
I. Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan.
II. Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan.
III. Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali.
IV. Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya.
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
Yang manakah termasuk dalam bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?
A meluluskan persempadanan kawasan pilihan raya
B menyemak dan mendaftarkan nama pemilih
C menentukan calon bertanding
D memastikan pilihan raya dilaksanakan setiap 5 tahun
Yang manakah benar tentang kekosongan luar jangka yang berlaku di Dewan Rakyat?
A Kekosongan berlaku apabila Parlimen dibubarkan
B Kekosongan yang berlaku diisi melalui pilihan raya umum
C Kekosongan itu perlu diisi jika ia menjejaskan majoriti parti yang memerintah
D Kekosongan yang berlaku mesti diisi dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pemberitahuan
Yang manakah benar tentang kekosongan luar jangka Ahli Dewan Rakyat?
A Kekosongan kerusi hendaklah diisi dalam masa 60 hari di Sabah dan Sarawak
B Persidangan Parlimen hendaklah ditangguhkan sehingga pemilihan baharu dilaksanakan
C Yang DiPertua Dewan Rakyat akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
D Ahli Dewan Rakyat yang sedia ada akan mengisi kerusi yang dikosongkan
Antara berikut, manakah menggambarkan kebebasan dan kepentingan sesebuah suruhanjaya?
A Anggota suruhanjaya dipilih dalam pilihan raya umum
B Suruhanjaya tidak boleh dianggotai oleh orang politik
C Saraan anggota suruhanjaya ditetapkan oleh Kabinet
D Anggota Suruhanjaya hanya boleh dipecat oleh Ketua Setiausaha Negara melalui tribunal khas
Yang manakah layak mengundi melalui pos dalam pilihan raya?
A Seorang pegawai tentera yang sedang bertugas di bawah PBB di luar negara
B Seorang pengundi yang sedang bertugas sebagai doktor asing di Singapura
C Seorang wanita yang menemani suaminya yang sedang belajar separuh masa di London
D Seorang pengundi yang mengerjakan umrah di Arab Saudi
Berikut merupakan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya KECUALI
A menyiapkan daftar pengundi
B mengawasi ketenteraman kawasan pilihan raya
C mengkaji persempadanan kawasan pilihan raya
D melaksanakan pilihan raya untuk kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
X - Hilang hak kelayakan
Apakah yang menyebabkan X hilang hak untuk mengundi?
A Tidak mendaftar sebelum mengundi
B Tidak tinggal di kawasan pilihan raya
C Menghadapi hukuman mati mandatori
D Mengikuti suami yang melanjutkan pelajaran ke luar negara secara sepenuh masa
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang pilihan raya di Malaysia?
A Seorang banduan yang baru dibebaskan tidak layak membuang undi
B Penjawat awam yang bertugas di luar negara boleh menjadi pengundi awal
C Persempadanan kawasan pilihan raya perlu dilakukan tidak lewat daripada 5 tahun sekali
D Isteri seorang pelajar sepenuh masa yang tinggal bersamanya di luar negara tidak boleh mengundi secara pos
Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana
A rombakan kabinet
B kematian Setiausaha Dewan Negara
C kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri
D perletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat
Yang manakah menunjukkan penglibatan rakyat Malaysia dalam sesebuah negara demokrasi?
A Rakyat memilih Ketua Negara
B Rakyat diwajibkan mengundi
C Rakyat memilih wakil ke Dewan Rakyat
D Rakyat tidak berhak memilih kerajaan melalui pilihan raya
Kekosongan kerusi Parlimen Sabah akan diisytiharkan apabila seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakannya, meninggal dunia, atau berhenti menjadi ahli
Kekosongan kerusi Parlimen di atas mesti dipenuhi dalam tempoh
A 60 hari
B 90 hari
C 120 hari
D 180 hari
Menurut Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan, seorang warganegara akan hilang kelayakan menjadi pemilih dalam pilihan raya umum jika
A Dia tidak hadir ke pilihan raya tersebut
B Dia menghadapi kecelakaan semasa pilihan raya tersebut dijalankan
C Tempat pilihan raya yang jauh dari tempat kediamannya
D Pada tarikh kelayakan dia tidak sempurna akal
Yang manakah menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia?
A Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan
B Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan
C Kerajaan dipilih oleh rakyat sepuluh tahun sekali
D Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya
Dimanakah segala keputusan berkenaan pertikaian keputusan pilihan raya dibuat?
A Mahkamah Tinggi
B Mahkamah Rayuan
C Mahkamah Persekutuan
D Mahkamah Khas
Yang manakah benar tentang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?
A keanggotaan dilantik oleh Kabinet
B terma perjawatan ditentukan oleh Parlimen
C saraan ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
D perletakan jawatan hendaklah dibuat melalui Perdana Menteri
Seseorang itu tidak layak untuk menjadi calon pilihan raya apabila didapati
A pernah diisytiharkan muflis yang telah dilepaskan
B bukan pengundi berdaftar di kawasan dia bertanding
C pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya lalu
D sedang menjalani hukuman penjara pada tarikh penamaan calon
Yang manakah benar tentang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?
A dilantik oleh Jemaah Menteri
B saraan di bawah peruntukan Parlimen
C dilantik dalam kalangan penjawat awam
D pemecatan boleh dibuat 0leh Perdana menteri
Siapakah yang tidak boleh mengundi semasa pilihan raya?
A bekas banduan
B calon pilihan raya
C petugas pilihan raya
D banduan dalam penjara
Yang manakah berikut merupakan ciri demokrasi negara Malaysia?
A Ketua Negara dipilih melalui pilihan raya
B Pengundian pilihan raya dijalankan secara rahsia
C Suruhanjaya Pilihan Raya boleh membatalkan keputusan pilihan raya
D Pemimpin parti yang mendapat undi majoriti dilantik sebagai Perdana Menteri
Yang manakah berikut layak mengundi melalui pos?
A seseorang yang disahkan menghidap penyakit berjangkit
B warganegara Malaysia yang menjalani rawatan di luar negara
C isteri pegawai perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara
D pelajar yang berumur 21 tahun ke atas yang belajar di luar negara melalui program pertukaran pelajar selama dua bulan
Yang manakah alasan kemenangan seseorang calon dalam pilihan raya boleh dibatalkan oleh mahkamah?
A memiliki taraf kewarganegaraan asing
B menjalani hukuman penjara selama enam bulan
C memiliki beberapa buah syarikat multinasional
D gagal menurunkan poster selepas hari mengundi
PETISYEN PILIHAN RAYA
Tuduhan : Penyalahgunaan wang oleh calong yang menang
Keputusan Mahkamah X : Kemenangan calon dibatalkan
Yang manakah berkaitan dengan petisyen pilihan raya di atas?
A keputusan mahkamah berkenanan adalah muktamad
B keputusan Mahkamah X boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan
C petisyen berkenaaan mesti dikemukakan di Mahkamah Persekutuan
D petisyen tersebut hendaklah dikemukakan 30 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan
* Encik Y tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di kawasannya.
* Beliau mendapati ada yang tidak kena dengan perjalanan pilihan raya tersebut dan membuat satu petisyen pilihan raya.
Encik Y boleh membuat petisyen pilihan raya di
A Mahkamah Seksyen
B Mahkamah Tinggi
C Mahkamah Rayuan
D Mahkamah Persekutuan
Yang manakah elemen-elemen penting pilihan raya?
A proses pilihan raya
B pendaftar pengundi
C pengeluaran writ pilihan raya
D persempadanan kawasan pilihan raya
Yang manakah warganegara Malaysia yang layak mengundi secara pos?
A Isteri yang suaminya seorang anggota polis bertugas semasa pilihan raya
B seorang pegawai kerajaan yang sedang menunaikan ibadah haji
C seorang pesakit yang mendapat rawatan perubatan di luar negara
D seorang pelajar melanjutkan pelajaran di luar negara untuk tempoh empat tahun
Yang manakah boleh dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya?
A menerima petisyen pilihan raya
B menentukan calon-calon yang bertanding
C menjalankan urusan semakan daftar pemilih dari semasa ke semasa
D memastikan keselamatan pengundi terjamin semasa pilihan raya berlangsung
Yang manakah keadaan yang menyebabkan seseorang tidak layak untuk mengundi di kawasannya?
A mendapat taraf pemastautin tetap negara lain
B tidak menjadi anggota mana-mana parti politik
C belum mendaftar sebagai pemilih di kawasannya
D pernah menjalani hukuman penjara selama enam bulan dan denda RM2500.
Yang manakah menyebabkan sesuatu Pilihan Raya Kecil kawasan Parlimen X dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya?
A Penyandangnya disyaki terlibat dengan rasuah
B penyandangnya dilantik menjadi pengarah Jabatan Kesenian Negeri Sabah
C Penyadangnya disiasat atas kesalahan melanggar Akta Kesalahan PIlihan Raya 1954
D Penyandangnya meninggal dunia dalam tempoh 3 bulan lagi Parlimen akan terbubar secara rasmi
Siapakah yang dimaksudkan sebagai pengundi tidak hadir semasa hari pengundian dijalankan?
A Pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari mengundi
B individu yang perlu melakukan penerbangan ke luar negara atas urusan perniagaan selama seminggu
C mereka yang dikenakan perintah tahanan reman selama sehari oleh Majistret pada hari pengundian dijalankan
D individu dan pasangannya yang sedang melanjutkan pelajaran di negeri lain dari tempat dia mendaftar sebagai pengundi
Yang manakah perkara yang perlu diambil kira dalam proses persempadanan sesebuah kawasan pilihan raya?
A luas kawasan
B jumlah penduduk
C kemajuan sesuatu kawasan
D panjang jalan sesuatu kawasan
