wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah bab 5 tingkatan 3

Total questions: 70

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah yang menguasai Sarawak sebelum kurun ke-19?

a)

British

b)

Kesultanan Sulu

c)

Kesultanan Brunei

d)

Ketua-Ketua Tempatan

2.

Apakah tugas seorang pemimpin dalam sistem kesukuan di Sarawak?

a)

Memastikan nilai-nilai tradisi masyarakat diamalkan

b)

Menyelesaikan pertikaian dan memastikan keharmonian

c)

Memupuk amalan kerjasama dan gotong-royong

d)

Menjalankan pentadbiran dan mengutip cukai

3.

Mengapakah penduduk tempatan tidak menyenangi Pangeran Indera Mahkota?

a)

Beliau bersekongkol dengan Brooke

b)

Beliau membunuh ramai rakyat tempatan

c)

Beliau menaikkan cukai dan kerahan tenaga

d)

Beliau mengambil alih tanah penduduk tempatan

4.

Apakah strategi yang digunakan oleh James Brooke untuk mendapatkan kuasa pemerintahan?

i. Ugutan

ii. Peperangan

iii. Manipulasi

iv. Perjanjian

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

5.

Apakah tujuan pembahagian kawasan di Sarawak oleh Brooke?

a)

Memudahkan urusan pembalakan

b)

melicinkan pentadbiran

c)

Memudahkan urusan kewangan

d)

Meringankan tugas Brooke untuk memantau

6.

Apakah asas penting kepada sistem kesukuan di Sarawak dan Sabah?

a)

Kepatuhan kepada ketua masyarakat

b)

Mentaati adat resam nenek moyang

c)

Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat

d)

Pegangan dan kepatuhan kepada adat masyarakat

7.

Bagaimanakah kuasa Sistem Ketua Bebas dilaksanakan di Sabah?

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

8.

Pilih kenyataan yang benar berkaitan dengan individu rajah di atas.

a)

Menjalankan aktiviti pengembaraan bersama kapalnya Royalist

b)

Mendapat sokongan pihak Belanda

c)

Merupakan Raja Putih yang kedua di Sarawak

d)

Menerima pelawaan Pengeran Indera Mahkota untuk menyelesaikan masalah di Sarawak

9.

Perjanjian di antara James Brooke dengan Pengeran Raja Muda Hashim telah berlaku pada 1841. Apakah kesan perjanjian tersebut?

a)

Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung datu ke Sungai Samarahan

b)

James Brooke memberi ufti tahunan sebanyak 2500 dolar kepada sultan Brunei

c)

Sultan mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih

d)

James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai hasilnya

10.

Berikut adalah langkah yang diambil oleh James Brooke untuk mengukuhkan kuasanya di Sarawak kecuali;

a)

Memperoleh bantuan dan sokongan daripada tentera laut British

b)

Memperoleh sokongan sebahagian masyarakat tempatan

c)

Bekerjasama dengan tokoh tempatan seperti Sharif Masahor

d)

Memperkukuh pertahanan Sarawak

11.

Siapakah Gabenor SBUB yang pertama?

a)

Alfred Dent

b)

Charles Lee Moses

c)

William Hood Treacher

d)

Sir Rutherford Alcock

12.

Apakah syarat utama yang perlu dipatuhi oleh SBUB untuk menerima Piagam Diraja daripada pihak British?

a)

Mempertahankan masyarakat peribumi

b)

Membayar konsesi kepada pihak British

c)

Memajukan tanaman dagangan

d)

Mengiktiraf kuasa British

13.

Senaraikan faktor yang mendorong pemodal asing datang ke Sabah.

(a)  

14.

Berikan syarat yang perlu dipatuhi oleh SBUB untuk mendapatkan Piagam Diraja dari pihak British.

(a)  

15.

Sistem kedatuan merupakan;

a)

Sistem pemerintahan tradisi masyarakat Melayu di sarawak

b)

Sistem kesukuan tradisi masyarakat melayu

c)

Sistem pemerintahan masyarakat sarawak

d)

Sistem ketua bebas di sabah

16.

Apakah nama mahkamah yang diwujudkan untuk mengadili kesalahan masyarakat tempat di Sarawak?

a)

Mahkamah Adat

b)

Mahkamah Residen

c)

Mahkamah Majistret

d)

Mahkamah Anak Negeri

17.

Brooke telah membahagikan sistem pentadbirannya kepada beberapa peringkat. Siapakah yang mengetuai pentadbiran di peringkat bahagian?

a)

Ketua kampung

b)

Residen

c)

Ketua kaum bumiputera

d)

Penolong pegawai Daerah

18.

Tokoh berikut pernah berkhidmat semasa pentadbiran SBUB di Sabah.


Apakah jawatan beliau ketika itu?

a)

Residen

b)

Pegawai tadbir

c)

Presiden

d)

Gabenor

19.

Tanaman berikut diusahakan secara komersial di Sabah.

Apakah kegunaan tanaman tersebut ?

a)

Bahan Pewarna

b)

Bahan Makanan

c)

Bahan Perubatan

d)

Bahan Perhiasan

20.

Siapakah hakim Mahkamah Anak Negeri di Sabah?

a)

Ketua Kampung

b)

Ketua Adat

c)

Ketua Anak Negeri

d)

Ketua Majistret

21.

Apakah peranan memimpim masyarakat Bajau Sabah yang dikenali sebagai Matto'a ?

a)

Mengutip cukai

b)

Orang tengah penyelesaian pertelingkahan penduduk

c)

Pelindung adat dan kepentingan anak buah

d)

Ketua rumah panjang

22.

Yang manakah bukan cara James Brooke mendapat kuasa pemerintahan di Sarawak?

a)

Cara rundingan untuk selesai pertelingkahan.

b)

Cara Ugutan untuk menyerang

c)

Cara Perjanjian

d)

Cara Menawarkan ganjaran

23.

Antara cara James Brooke mengukuhkan kuasanya di Sarawak, kecuali?

a)

Menghapuskan Tokoh Tempatan

b)

Mengukuhkan pertahanan di Sarawak

c)

Mendapatkan sokongan kewangan

d)

Menyediakan kemudahan asas kepada penduduk

24.

Gelaran raja kepada James Brooke sebagai pemerintah Sarawak dikenali sebagai?

(a)  

25.

Antara berikut, nyatakan susunan yang betul pemerintah Raja Brooke di Sarawak yang benar?

a)

James Brooke - Charles Brooke - Anthony Brooke

b)

Charles Brooke - James Brooke -Anthony Brooke

c)

Anthony Brooke - Charles Brooke - Charles Vynes Brooke

26.

Mengapakah Dinasti Brooke membuat pembahagian wilayah semasa pemerintahannya?

a)

Menjamin penguasaannya

b)

Menangani masalah yang berlaku

c)

Memastikan hasil sumber ekonomi ditingkatkan

d)

Membolehkan pentadbiran dijalankan dengan lebih berkesan

27.

Kemakmuran Sabah menarik pemodal asing kerana...?

a)

Penduduk yang baik hati dan pemurah

b)

Perkembangan agama yang meluas

c)

Kekayaan ekonomi

d)

Undang-undang yang tegas

28.

Hasil ekonomi Sabah yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran China ialah.............?

a)

Madu

b)

Buluh

c)

Sarang burung

d)

Arang batu

29.

Apakah faktor yang menyebabkan British meninggalkan Pulau Balambangan pada tahun 1805?

a)

Penempatan British menghadapi masalah termasuk serangan lanun

b)

Perlu menyerah kembali kepada Kesultanan Sulu

c)

British ingin melindungi perdagangan di Pulau Labuan

d)

British ingin berhijrah ke Kepulauan Melayu

30.

Gabenor pertama SBUB di Sabah ialah.....?

a)

Pangiran Raja Muda Hashim

b)

Sir John Anderson

c)

Douglas Graham Cambell

d)

William Hood Treacher

31.

Syarat yang perlu dipatuhi oleh SBUB untuk menerima Piagam Diraja, KECUALI ?

a)

SBUB menerima Penasihat British

b)

SBUB perlu memelihara adat resam, agama dan undang-undang tempatan

c)

SBUB tidak dibenarkan menyerahkan Sabah tanpa kebenaran British

d)

SBUB melantik Raja dan Sultan yang disukai British

32.

Masyarakat Kadazandusun, Murut dan Bajau merupakan masyarakat daripada suku kaum di ..........?

a)

Sarawak

b)

Sabah

33.

Ketua masyarakat Bidayuh dikenali sebagai ..........?

a)

Peran Lepo

b)

Kelunan Maren

c)

Menteri

d)

Tua Kapung

34.

Masyarakat Melanau di Sarawak di kenali sebagai............?

a)

Menteri

b)

Tuai Rumah

c)

Orang Tua

35.

Faktor pemilihan pemimpin suku di Sarawak juga dipilih berdasarkan ...............?

a)

undi tertinggi

b)

pilihan ketua masyarakat

c)

kebolehan peribadi

d)

kekayaan

36.

Antara kekayaan negeri Sarawak ialah .........,kecuali?

a)

Sagu

b)

Antimoni

c)

Emas

d)

arang batu

37.

James Brooke berjaya menyingkirkan tokoh tempatan yang menentangnya. Siapakah tokoh tersebut yang dibuang ke Singapura?

a)

Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur

b)

Pangiran Raja Muda Hashim

c)

Sharif Masahor

38.

Apakah nama kubu yang dibina oleh James Brooke untuk memerhatikan pergerakan kaum Iban Skrang yang menentangnya?

a)

Fort James

b)

Fort Ranger

c)

Fort Martin

d)

Fort Hulk

39.

Apakah nama kapal yang dimiliki oleh tentera laut British yang membantu James Brooke mengukuhkan kuasanya di Sarawak?

a)

J.S Brooke

b)

HMS Dido

c)

JMM Carles

40.

Mahkamah apakah yang membicarakan kes pembunuhan di Sabah?

a)

Mahkamah Adat

b)

Mahkamah Anak Negeri

c)

Mahkamah Residen

d)

Mahkamah Majistret

41.

Masyarakat sabah dan Sarawak terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Berapakah kumpulan etnik yang terdapat di Sarawak ?

a)

25

b)

27

c)

34

d)

35

42.

Sistem kesukuan diamalkan dalam kalangan masyarakat tempatan di Sarawak dan Sabah. Apakah penekanan yang diberikan melalui pengamalan sistem tersebut ?

a)

Kepatuhan adat

b)

Pelantikan pemimpin

c)

Penentuan keturunan

d)

Kebolehan peribadi

43.

Antara berikut, tandakan betul bagi kumpulan etnik yang mengamalkan sistem kesukuan di Sabah

a)

Kayan

b)

Murut

c)

Bajau

d)

Kenyah

44.

Orang Kaya (O.K)

Apakah etnik di Sarawak yang mnerima gelaran berikut daripada Kesultanan Brunei ?

a)

Iban

b)

Melayu Sarawak

c)

Bidayuh

d)

Kelabit

45.

Apakah yan menjadi teras kepada kekuasaan Kesultanan Brunei di Sabah ?

a)

Penguasaan tanah

b)

Keturunan pemimpin

c)

Pencapaian pembangunan

d)

Kemampuan menghantar ufti

46.

Apakah nama kawasan yang berada di bawah penguasaan Kesultanan Sulu di Sabah ?

a)

Kawasan utara

b)

Kawasan pedalaman

c)

Kawasan pantai barat

d)

Kawasan pantai timur

47.

Sistem Ketua Bebas diamalkan dalam kalangan masyarakat Sabah. Bilakah sistem ini mula diamalkan ?

a)

Abad ke-14

b)

Abad ke-15

c)

Abad ke-17

d)

Abad ke-16

48.

PENGIRAN RAJA MUDA HASHIM

Apakah hubungan kekeluargaan yang terjalin antara tokoh berikut dengan Sultan Brunei

a)

Sepupu

b)

Bapa saudara

c)

Anak saudara

d)

Abang Tiri

49.

Apakah kawasan yang terawal sekalidikuasai oleh Dinasti Brooke di Sarawak ?

a)

Oya

b)

Kuching

c)

Mukah

d)

Bintulu

50.

SUNGAI TRUSAN

Bagaimanakah kawasan berikut berjaya dikuasai oleh Charles Brooke pada tahun 1885 ?

a)

Melaui ugutan

b)

Melalui pembelian

c)

Manipulasi politik

d)

Melalui perjanjian

51.

Tanaman Indigo ini diusahakan secara komersial di Sabah. Apakah fungsi tanaman ini ?

a)

Bahan pewarna

b)

Bahan makanan

c)

Bahan perubatan

d)

Bahan Perhiasan

52.

MENYEWA SABAH DARIPADA SULTAN BRUNEI

Charles Lee Moses telah menyewa Sabah daripada Sultan Brunei pada tahun 1865 selama berapa tahun ?

a)

15

b)

5

c)

10

d)

20

53.

Tokoh yang terdapat pada gamabr rajah berikut adalah William Hood Treacher. Apakah jawatan beliau semasa pentadbiran SBUB di Sabah ?

a)

Diplomat

b)

Residen

c)

Pegawai tadbir

d)

Gabenor

54.

Trusan dan Lawas

Di bahagian ke berapakah 2 kawasan berikut terletak ?

a)

Ketiga

b)

Kelima

c)

Pertama

d)

Keempat

55.

Di manakah terletaknya pusat pentadbiran Residensi Pantai Timur ?

a)

Tawau

b)

Jesselton

c)

Weston

d)

Sandakan

56.

Jawatan Temenggung telah diperkenalkan oleh Brooke di Sarawak. Kaum apakah yang dikurniakan jawatan tersebut ?

a)

Murut

b)

Bidayuh

c)

Iban

d)

Melanau

57.

Apakah nama Mahkamah yang ditubuhkan oleh pentadbiran Brooke di Sarawak ?

a)

Mahkamah Adat

b)

Mahkamah Cina

c)

Mahkamah Residen

d)

Mahkamah Anak Negeri

58.

Antara berikut, mahkamah manakah yang menggunakan undang-undang Barat dalam sistem perundangan di Sabah ?

a)

Mahkamah Adat

b)

Mahkamah Majistret

c)

Mahkamah Anak Negeri

d)

Mahkamah Residen

59.

Apkah ibu negeri pertama Sabah ketika pentadbiran SBUB di Sabah?

a)

Kudat

b)

Jesselton

c)

Kent

d)

Tawau

60.

Susunan Dinasti Brooke di Sarawak yang tepat adalah

a)

James Brooke --> Anthony Brooke --> Charles Brooke

b)

James Brooke --> Charles Brooke --> Charles Vyner Brooke

c)

Charles Brooke --> James Brooke --> Anthony Brooke

d)

Charles Vyner Brooke --> Charles Brooke --> James Brooke

61.

Di Sarawak, siapakah pembesar yang mentadbir kawasan pedalaman?

a)

Orang Kaya

b)

Sultan Brunei

c)

Datu Patinggi

d)

Pengiran Brunei

62.

Mengapakah wujud pemerintahan Ketua Bebas di Sabah?

a)

Reaksi kepada kedatangan kuasa Barat

b)

Warisan pemerintahan Kesultanan Brunei

c)

Pengaruh Kesultanan Brunei dan Sulu lemah

d)

Peningkatan kuasa dan pengaruh pembesar tempatan

63.

Mengapakah pentadbiran Pengiran Indera Mahkota menimbulkan perbalahan dengan pembesar di sarawak?

a)

Menghapuskan raja

b)

Melaksanakan kerahan tenaga

c)

Mengenakan cukai yang tinggi

d)

Penyerahan kepada British

64.

Apakah tujuan Sultan Brunei menghantar Pengiran Raja Muda Hashim ke Sarawak?

a)

Mengambil alih pentadbiran

b)

Menyelesaikan masalah

c)

Menangkap Datu Patinggi Ali

d)

Mengadakan rundingan dengan James Brooke

65.

Apakah pencapaian James Brooke dalam perjanjian 1842 dengan Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifudin?

a)

Menguasai Kuching

b)

Sebagai pelindung Sultan Brunei

c)

Mengambil Alih kekayaan Sarawak

d)

Diiktiraf sebagai Raja Putih Sarawak

66.

Bagaimanakah Charles Brooke memperoleh Limbang pada tahun 1890?

a)

Melalui perjanjian

b)

Melakukan serangan bersenjata

c)

Persetujuan penduduk setempat

d)

Pajakan daripada Kesultanan Brunei

67.

Antara berikut, yang manakah faktor kedudukan Sabah dikatakan strategik?

a)

Terdapat banyak pelabuhan di sepanjang pantai

b)

Laluan perdagangan dengan Selat Melaka

c)

Lokasi memudahkan perhubungan

d)

Terletak di tengah laluan perdagangan antara China dengan Singapura

68.

Mengapakah sarang burung menjadi barang dagangan utama Sabah?

a)

Tidak memerlukan modal

b)

Diusahakan oleh penduduk tempatan

c)

Mendapat pasaran yang tinggi di China

d)

Rahsia perdagangan diwarisi turun temurun

69.

Pada tahun 1888, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dianugerahi Piagam Diraja Kerajaan British. Apakah kesan penganugerahan tersebut?

a)

Ekonomi Sabah dikawal

b)

SBUB dapat memerintah Sabah

c)

Masa depan penduduk Sabah terjamin

d)

Sabah diperintah oleh SBUB buat selama-lamanya

70.

Mengapakah Dinasti Brooke dan SBUB membentuk sistem pentadbiran berhierarki?

a)

Mengukuhkan kuasa pemerintah

b)

Melibatkan penduduk setempat

c)

Menyelaraskan sistem pentadbiran yang berkesan

d)

Memastikan kepentingan penduduk tempatan terpelihara