Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3: KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

Total questions: 55

Worksheet time: 42mins

Name
Class
Date
1.

Gerakan anti British pada peringkat awal telah menemui kegagalan.

Apakah sikap yang wajar dicontohi oleh generasi hari ini

a)

Sikap perpaduan

b)

Semangat juang yang tinggi

c)

Keikhlasan di dalam perjuangan

d)

Kerjasama antara pemimpin

2.

Kesedaran semangat nasionalisme di Tanah Melayu telah muncul secara serentak dengan pertubuhan beberapa buah gerakan nasionalisme.


Apakah gerakan tersebut

a)

Gerakan islah

b)

Gerakan sekularisme

c)

Gerakan reformis Islam

d)

Gerakan pertubuhan kiri

3.

Apakah persamaan tokoh-tokoh tersebut?

-Syeikh Muhammad Abduh -Sayyid Jamaluddin al-afghani

a)

Gerakan Pan islamisme

b)

Penasihat raja

c)

pejuang tempatan

d)

Gerakan Wahabi

4.

Novel Hikayat Faridah Hanum telah Ditulis oleh Syed Syeikh Al Hadi.


Apakah yang diperjuangkan berdasarkan novel tersebut

a)

Perkahwinan

b)

Pendidikan untuk wanita

c)

Perjuangan menentang penjajah

d)

Peranan kaum wanita

5.

Golongan intelektual Melayu bergiat di dalam kegiatan penulisan dan menanam semangat kesedaran sosial dan politik kepada orang Melayu.

Apakah isu yang ditonjolkan oleh golongan tersebut

a)

Tuntutan kemerdekaan

b)

Membaiki taraf hidup

c)

Mengikuti ajaran Islam sebenar

d)

Tekankan perpaduan Melayu

6.

Bagaimanakah pengaruh Jepun telah menaikkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu

a)

Slogan Jepun

b)

Penaklukan Jepun di Tanah Melayu

c)

Semangat kekuatan untuk mencabar barat

d)

Dasar pandang ke Jepun

7.

Kemunculan negara bangsa yang banyak di Eropah sekitar abad ke-19 telah menyebabkan berlakunya perang dunia pertama.


Mengapakah kuasa-kuasa tersebut sanggup berperang

a)

Menunjukkan kekuatan tentera masing-masing

b)

Semangat nasionalisme yang kuat

c)

Bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan

d)

Perlumbaan senjata

8.

Perang dunia pertama telah menyebabkan berlakunya perubahan kepada sistem politik di Eropah.


Apakah perubahan tersebut

a)

Amerika Syarikat mula menguasai negara Eropah

b)

Negara eropah terpecah kepada dua blok

c)

Menamatkan pemerintahan beraja

d)

Wujudnya pertubuhan bangsa-bangsa bersatu

9.

-Hilter

-Vladimir Putin

-Benito mussolini


apakah persamaan tokoh-tokoh tersebut

a)

Pengasas komunis

b)

Membawa ideologi komunis

c)

Terlibat dalam Perang Dunia Kedua

d)

Pengasas demokrasi

10.

Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan Jerman gagal untuk membayar hutang perang.


Apakah tindakan yang telah dijalankan oleh Jerman untuk mengatasi keadaan negaranya

a)

Meminjam wang daripada Amerika Syarikat

b)

Menjalankan kegiatan ekonomi perindustrian

c)

Mengukuhkan kekuatan tenteranya

d)

Membuka peluang pekerjaan kepada rakyatnya

11.

Bom atom telah digugurkan di bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun Apakah Presiden Amerika Syarikat mengambil keputusan tersebut

a)

Untuk mengalahkan pihak Jepun

b)

Untuk mengelakkan tempoh perang yang panjang

c)

Untuk mengelakkan kehilangan nyawa yang banyak

d)

Untuk memastikan Jepun menyerah kalah

12.

Mengapakah Jepun mula terlibat dalam aktiviti meluaskan tanah jajahan seperti kuasa barat

a)

Membebaskan Asia dari kuasa barat

b)

Kekurangan hasil bumi

c)

Menjadi kuasa dunia

d)

Dendam dengan kuasa barat

13.

Tentera Jepun telah menyerang Kota Bharu pada 8 Disember 1941.


Apakah faktor penting kedatangan kuasa Jepun tersebut ke tanah Melayu

a)

Pertambahan penduduk

b)

Kejayaan rancangan Meiji

c)

Menentang komunis

d)

Melawan tentera Amerika

14.

Pada tahun 1930an telah berlaku satu kekacauan politik Jepun yang menyebabkan Jepun menjalankan dasar imperialisme.


apakah peristiwa tersebut

a)

Perebutan kuasa

b)

Serangan bom atom

c)

Perbalahan orang awam dengan golongan tentera

d)

Serangan Amerika ke atas tanah Melayu

15.

Pasukan Force 136 telah ditubuhkan untuk menentang Jepun.


Bagaimanakah bentuk perjuangan Force 136

a)

Gerakan bawah tanah

b)

Serangan secara terbuka

c)

Bergerak secara gerila

d)

Kem tentera

16.

Mengapakah Jepun menyerahkan Kedah Perlis Kelantan dan Terengganu kepada Siam

a)

Kekurangan kewangan

b)

Meraih sokongan

c)

Keizinan laluan

d)

Meminta bantuan

17.

Jepun menjalankan dasar berbaik-baik dengan orang Melayu dan India.


mengapakah mereka menjalankan dasar menindas orang Cina

a)

Kebencian terhadap komunis

b)

Membalas dendam

c)

Penubuhan MPAJA

d)

Orang Cina anti Jepun

18.

Mengapakah orang Melayu memberi sokongan kepada kemaraan Jepun

a)

Dakyah Jepun untuk memberi kemerdekaan

b)

Menganggap Jepun sebagai kuasa pembebas

c)

Terpengaruh dengan slogan Asia untuk Asia

d)

Untuk membanteras pengaruh komunis

19.

Mengapakah pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu

a)

Slogan Asia untuk Asia

b)

Penubuhan Force 136

c)

Kemunculan PKM

d)

Peluang mentadbir negara

20.

Mengapakah akhirnya Jepun mengharamkan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

a)

Mencurigai pertubuhan tersebut

b)

Mengancam pentadbiran Jepun

c)

Penubuhan konsep Melayu Raya

d)

Bekerjasama dengan MPAJA

21.

Apakah PKM Mengambil kesempatan menguasai keadaan Tanah Melayu selepas kekalahan kuasa Jepun

a)

Kelemahan pentadbiran British

b)

Kekuatan pasukan MPAJA

c)

Rusuhan kaum

d)

Tiada pentadbiran di Tanah Melayu

22.

Langkah yang diambil oleh British untuk membendung Pengaruh idea gerakan Islam dari Timur sejak awal abad ke-20 ialah

(Buku teks T4: m.s. 52)

a)

Memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904

b)

Menyekat gerakan Pan-Islamiah

c)

Mewujudkan Undang-Undang British 1904

d)

Memberikan kerjasama dengan penduduk tempatan

23.

Kesedaran kebangsaan tidak boleh di lakukan secara terang-terangan.Apakah faktor keadaan tersebut berlaku?

(Buku teks T4: m.s 53)

a)

Kewujudan undang-undang British

b)

Kesedaran kebangsaan tidak begitu meluas

c)

Kelemahan pemimpin

d)

Berlaku kemelesetan ekonomi dunia

24.

Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914-1918.Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut berlaku?

(Buku teks T4: m.s. 54)

I Persaingan kuasa imperialis

II Pakatan Kuasa Tengah

III Kewujudan Tentera Bersekutu

IV Krisis Rantau Balkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Pada 28 Julai 1914 Austria-Hungary telah mendapat sokongan untuk menyerang Serbia. Negara manakah yang menyokong Austria-Hungary?

(Buku teks T4: m.s. 54)

a)

Rusia

b)

Jerman

c)

Amerika Syarikat

d)

Perancis

26.

Adolf Hitler

Pemimpin berikut dituduh telah mengingkari Perjanjian Versailles.

Apakah bukti yang menunjukkan beliau telah berbuat demkian?

(Buku teks T4 : m.s. 58)

a)

Menakluki negara Poland

b)

Mewujudkan fahaman Nazisme

c)

Membesarkan angkatan tentera

d)

Membayar pampasan yang tinggi

27.

Pada tahun 1930-an Jepun dianggap sebagai kuasa besar. Apakah faktor yang menyebabkan anggapan itu berlaku?

(Buku teks T4: m.s. 59)

a)

Jepun memenangi Perang Rusia-Jepun

b)

Jepun menakluki Korea

c)

Jepun menakluki Indochina

d)

Jepun menakluki Manchuria

28.

Jerman talah melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain pada September 1940 sehingga Jun 1941.Bagaimanakah serangan ini telah memberikan kesan terhadap Britain?

(Buku teks T4: m.s. 60)

a)

Menjejaskan ekonomi Britain

b)

Britain menyerang balas

c)

Kemusnahan harta benda

d)

Berakhirnya perang terhadap Britain

29.

Perang Dunia Kedua telah mengorbankan hampir 75 juta nyawa manusia dan membawa kepada kemusnahan harta benda. Apakah iktibar yang boleh diperolehi daripada perang tersebut?

(Buku teks T4: m.s. 67)

a)

Tidak berputus asa

b)

Berusaha dengan gigih

c)

Berani menghadapi cabaran

d)

Menghargai nikmat keamanan

30.

Mengapakah penguasaan terhadap Pulau Borneo sangat penting kepada Jepun?

(Buku teks T4: m.s. 68)

a)

Menguasai telaga minyak di Sumatera

b)

Penguasaan terhadap ekonomi

c)

Operasi penaklukan Pulau Jawa

d)

Eksploitasi bahan mentah

31.

Bagaimanakah corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu ?

(Buku teks T4: m.s. 70)

a)

Sistem monarki

b)

Sistem autokratik

c)

Sistem Pemerintahan Tentera

d)

Sistem demokrasi

32.

Gerakan anti Jepun semakin meningkat mendorong kuasa Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang terdiri daripada orang Melayu untuk menentang MPAJA. Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Tanah Melayu?

(Buku teks T4: m.s. 75)

a)

Menimbulkan ketegangan kaum

b)

Serangan gerila dilaksanakan

c)

Menuntut Kemerdekaan

d)

Mengeratkan kerjasama kaum

33.

Siapakah dua individu yang telah menentang penjajahan tentera Jepun di Tanah Melayu

I Gurchan Singh

II Sybil Khatigasu

III Albert Kwok

IV Tengku Mahmood Mahyiddeen

(Buku teks T4: m.s 78)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Apakah langkah awal tentera Jepun untuk membangkitkan semangat Nasionalisme dalam kalangan orang Melayu?

(Buku teks T4: m.s 80)

a)

Memberi jawatan yang penting kepada orang Melayu

b)

Membebaskan ahli Kesatuan Melayu Muda yang telah dipenjarakan oleh British

c)

Memberi ruang kepada pemimpin tempatan untuk mentadbir

d)

Memberikan Kemerdekaan kepada Tanah Melayu

35.

Kakeo Kokokai merupakan persatuan yang ditaja oleh tentera Jepun di Sarawak. Apakah fungsi persatuan ini?

(Buku teksT4: m.s 81)

a)

Memberikan jawatan dan kuasa tinggi kepada penduduk Sarawak

b)

Memajukan ekonomi Sarawak

c)

Menyekat kuasa British

d)

Memberikan Kemerdekaan kepada Sarawak

36.

Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan peristiwa yang sangat dasyat dalam sejarah rakyat Jepun.Mengapakah Amerika Syarikat melakukan Pengeboman tersebut Perang Dunia Kedua?

(Buku teks T4: m.s 82-83)

a)

Kekuatan Jepun bertambah

b)

Berlakunya kemelesetan ekonomi yang teruk

c)

Menguji kecanggihan senjata

d)

Untuk menamatkan perang Dunia Kedua

37.

Enakmen Undang-undang Islam 1904


Mengapakah British memperkenalkan undang-undang di atas?

a)

Menyekat perkembangan Islam di Negeri-negeri Selat

b)

Menyekat pengaruh idea politik dari Timur Tengah

c)

Menyekat pengaruh ulama terhadap orang Melayu

d)

Menyekat penyebaran karya-karya Islam di Tanah Melayu

38.

Faktor utama tercetusnya Perang Dunia Pertama adalah persaingan antara kuasa-kuasa utama Eropah untuk mendapatkan tanah jajahan. Apakah matlamatnya?


I Mendapatkan sanjungan sebagai kuasa besar

II Memenuhi keperluan bahan mentah industri masing-

masing

III Memasarkan hasil industri mereka

IV Menyebarkan agama Kristian dan budaya Eropah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.
  • Pakatan Kuasa Tengah

  • Pakatan Bertiga


Antara berikut, yang manakah kesan pembentukan pakatan ketenteraan di Eropah?

I Mencetuskan perjuangan membentuk negara bangsa

masing-masing

II Mencetuskan Revolusi Perindustrian di Eropah

III Mencetuskan Ketidakstabilan politik di Eropah

IV Mencetuskan perlumbaan menghasilkan senjata

dalam kalangan kuasa Eropah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Kejayaan Operasi D-Day


Operasi D-Day merujuk kepada pendaratan tentera Bersekutu di pantai Normandy,Perancis.

Apakah kepentingan kejayaan operasi tersebut?

a)

Menandakan penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua

b)

Menjadi titik tolak kepada kejayaan kuasa Bersekutu menewaskan tentera jerman

c)

Memebawa kepada penglibatan Perancis dalam Perang Dunia Kedua

d)

Tentera Jerman di Perancis menyerah diri kepada tentera Bersekutu

41.

Mengapakah Tanah Melayu menjadi sasaran awal dasar perluasan kuasa Jepun terhadap Asia Tenggara?


I Tanah Melayu merupakan tanah jajahan British

II Mendapat sokongan dan bantuan daripada orang tempatan

III Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah

IV Kedudukan Tanah Melayu yang strategik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

42.

Senarai berikut adalah badan penyiasat yang ditubuhkan oleh British di Negeri-negeri Melayu:

· Jabatan Siasatan Jenayah

· Biro Siasatan Politik

Apakah tujuan British menubuhkan badan tersebut? Ms 52

a)

Menyiasat pergerakan parti

b)

Mengetatkan kawalan sempadan

c)

Mengawal gerakan Islah Islamiah

d)

Memantau perjuangan golongan radikal

43.

Mengapakah orang Melayu memberi sokongan kepada Empayar Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama ? Ms 52

a)

Persahabatan antara benua

b)

Perkembangan kuasa imperialisme

c)

Pelindung umat Islam seluruh dunia

d)

Perjuangan menuntut kemerdekaan

44.

Penulisan berikut sering disiarkan dalam akhbar-akhbar Melayu pada abad ke-20.

. Cerita Tekukur


Apakah sindiran utama penulisan tersebut terhadap penjajah? Ms 53

a)

Mengongkong penerbitan akhbar

b)

Menghapuskan institusi raja

c)

Menguasai ekonomi tempatan

d)

Menyekat kemasukan imigran

45.

Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson


Deklarasi berikut telah diisytiharkan dalam Persidangan Damai Paris.

Apakah yang dicadangkan dalam perkara tersebut? Ms 56

I. Perpaduan negara berlandaskan agama

II. Pemulihan sistem pemerintahan beraja

III. Penentuan nasib negara oleh rakyat

IV. Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

46.

Perjanjian Versailles 1919 di tandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman selepas Perang Dunia Pertama.

Apakah kesan perjanjian tersebut kepada Jerman? Ms 56


I. Kehilangan tanah jajahan

II. Bayaran pampasan yang tinggi

III. Berlaku peningkatan penyakit berjangkit

IV. Kejatuhan ekonomi pertanian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

47.

Perang Dunia Pertama memberi inspirasi kepada kebangkitan nasionalisme orang Melayu.

Bagaimanakah British menyekat kebangkitan tersebut? Ms 57

a)

Mengukuhkan institusi pendidikan

b)

Meluluskan undang-undang baharu

c)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

d)

Membawa masuk tentera luar

48.

Apakah persamaan pemimpin berikut dalam mengembalikan maruah negara masing-masing? Ms 58

a)

Meluaskan tanah jajahan

b)

Memulihkan keyakinan rakyat

c)

Mengetatkan kawalan sempadan

d)

Mengamalkan kebebasan bersuara

49.

Antara berikut, pasangan yang manakah tepat tentang ideologi baharu di Itali dan Jerman. Ms 58

a)

Fasis - Menjamin kebebasan individu sepenuhnya

Nazisme - Menyekat dan mengawal kebebasan individu

b)

Fasis - Mengutamakan kepentingan negara

Nazisme - Mengagungkan bangsa sendiri

c)

Fasis - Membenarkan hanya satu parti sahaja

Nazisme - Mengamalkan sistem pemerintah monarki

d)

Fasis - Melaksanakan falsafah Legalisme

Nazisme - Menerapkan kepimpinan melalui teladan

50.

Senarai berikut merujuk kawasan yang ditakluki oleh Jerman semasa Perang Dunia Kedua;

· Poland

· Denmark

. Norway

Bagaimanakah Jerman berjaya menguasai negara tersebut? Ms 60

a)

Serangan kilat

b)

Serangan berani mati

c)

Pertukaran wilayah

d)

Perjanjian damai

51.

Peta berikut adalah lokasi pendaratan Tentera Bersekutu di Normandy, Perancis;


Mengapakah tentera Jerman gagal mengesan pendaratan tentera tersebut? Ms 63


a)

Pemalsuan penyebaran maklumat

b)

Pembelotan tentera berlaku

c)

Kerjasama penduduk tempatan

d)

Kelonggaran kawalan sempadan

52.

Gambar di berikut adalah pemimpin Jepun yang melancarkan Pembaharuan Meiji;


Apakah kesan pembaharuan tersebut kepada Jepun? Ms 64

a)

Keruntuhan sistem pemerintahan feudal

b)

Kemasukan imigran beramai-ramai

c)

Kekuatan tentera diiktiraf dunia

d)

Kebangkitan penduduk tempatan

53.

Dalam perluasan kuasa di Asia Pasifik, pemerintah Jepun telah mewujudkan orde baharu Asia.

Apakah matlamat orde tersebut? Ms 64


I. Mengembangkan kuasa tentera

II. Mewujudkan kebebasan ekonomi

III. Menyekat dagangan negara luar

IV. Memperkenalkan sistem birokrasi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

54.

Senarai berikut adalah kawasan ditakluki oleh Jepun yang mengamalkan dasar peluasan kuasa pada abad ke-20;

Apakah tindak balas pihak Bersekutu terhadap tindakan Jepun tersebut ? Ms 65

a)

Mengenakan sekatan ekonomi

b)

Mengawal kegiatan perisikan

c)

Menghapuskan institusi beraja

d)

Mengadakan propaganda

55.

Jadual berikut merupakan tindakan Jepun untuk meluaskan kuasa pada 8 Disember 1941;


Apakah pengajaran daripada jadual di atas? Ms 67

a)

Bersatu untuk mencapai kemajuan

b)

Bekerjasama untuk kesejahteraan hidup

c)

Bijak merancang untuk mencapai matlamat

d)

Bertoleransi untuk keamanan negara