Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL BIOLOGI SBP 2022 SET 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 12 menunjukkan satu fetus. Manakah antara bahan berikut dapat merentasi struktur P?

a)

Urea dan dadah

b)

Asid lemak dan eritrosit

c)

Eritrosit dan hormon

d)

Platlet dan alkohol

2.

Rajah 13 menunjukkan keratan rentas batang pokok eudikot yang mengalami pertumbuhan sekunder. Kenal pasti R, S dan T.

a)

R - Floem primer, S - Xilem sekunder, T - Floem sekunder

b)

R - Xilem sekunder, S - Floem primer, T - Floem sekunder

c)

R - Floem sekunder, S - Floem primer, T - Xilem sekunder

d)

R - Xilem sekunder, S - Floem sekunder, T - Floem primer

3.

Manakah antara berikut berlaku pada titik pampasan?

I Kadar fotosintesis adalah sama dengan kadar respirasi

II Kadar respirasi melebihi kadar fotosintesis

III Kadar fotosintesis melebihi kadar respirasi

IV Gula yang dihasilkan semasa fotosintesis digunakan sepenuhnya semasa respirasi

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

4.

Persamaan kimia berikut menunjukkan proses fotosintesis. Apakah yang akan berlaku jika keamatan cahaya rendah?

a)

Kurang glukosa dihasilkan

b)

Lebih kanji dihasilkan

c)

Lebih banyak oksigen dibebaskan

d)

Kurang karbon dioksida digunakan

5.

Encik H menggunakan kulit telur sebagai baja semula jadi untuk tanaman kubisnya. Manakah antara berikut merupakan kesan kepada tanaman kubis tersebut?

a)

Memberikan warna hijau kepada kubis

b)

Daun kubis lebih besar dan lebar

c)

Kubis dapat mengekalkan kesegahannya

d)

Pertumbuhan akar yang sihat

6.

Pernyataan berikut ialah tentang pengangkutan dalam tumbuhan. Manakah antara berikut menerangkan keadaan tersebut?

a)

Mengurangkan luas permukaan untuk penyerapan air

b)

Mengurangkan kadar pengangkutan air

c)

Mengurangkan kadar penyejatan

d)

Mengurangkan tindakan kapilari

7.

Rajah 14 menunjukkan suatu gerak balas dalam Mimosa sp. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan gerak balas di atas?

a)

Daun Mimosa sp. menjadi segah apabila disentuh

b)

Tumbuhan Mimosa sp. menunjukkan gerak balas nasti

c)

Tekanan osmosis dalam sel Mimosa sp. meningkat apabila disentuh

d)

Getaran menyebabkan daun tertutup

8.

Rajah 15 menunjukkan biji benih bagi Tetrapterys crispa yang dikenali sebagai pokok patawali. Manakah antara berikut merupakan kepentingan biji benih dalam memastikan kemandiriannya?

a)

Memberi sokongan mekanikal

b)

Biji benih dapat disimpan dalam jangka masa yang lama

c)

Biji benih mudah disebarkan ke tempat lain

d)

Sumber nutrien bagi membekalkan tenaga semasa percambahan biji benih

9.

Rajah 16 menunjukkan keratan memanjang sekuntum bunga. Apakah yang akan berlaku sekiranya sebahagian daripada struktur bunga dipotong dari X ke Y?

a)

Buah tidak akan dihasilkan

b)

Tiada auksin dirembeskan

c)

Lebih banyak pundi embrio terhasil

d)

Persenyawaan ganda dua akan berlaku lebih awal

10.

Rajah 17 menunjukkan pembentukan pundi embrio. Namakan K, L dan M.

a)

K - Mitosis, L - Meiosis, M - Sel sinergid

b)

K - Meiosis, L - Mitosis, M - Sel antipodal

c)

K - Meiosis, L - Meiosis, M - Sel sinergid

d)

K - Mitosis, L - Mitosis, M - Sel antipodal

11.

Manakah antara tumbuhan berikut diklasifikasikan sebagai mesofit?

a)

b)

c)

d)

12.

Manakah antara berikut merupakan ciri persamaan antara alam fungi dan plantae?

I Kedua-duanya adalah organisma fotoautotrof

II Kedua-duanya adalah organisma eukariot

III Kedua-duanya terdiri daripada organisma multisel

IV Kedua-duanya mengandungi klorofil

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

13.

Rajah 18 menunjukkan satu kitar nitrogen di satu kawasan. Populasi bakteria Nitrosomonas sp. di kawasan tersebut didapati berkurang. Antara pernyataan berikut, manakah yang menjelaskan situasi di atas dengan tepat?

a)

Kepekatan ion nitrit berkurang

b)

Kepekatan ion nitrat di dalam tanah bertambah

c)

Kepekatan ion nitrit di dalam tanah bertambah

d)

Kepekatan ion ammonium di dalam tanah berkurang

14.

Manakah antara berikut pernyataan yang benar mengenai komponen abiosis?

a)

Pengguna sekunder adalah organisma karnivor atau omnivor

b)

Kawasan lereng bukit dan curam lebih sesuai menjadi habitat tumbuhan konifer

c)

Tumbuhan hijau merupakan sumber tenaga utama dalam rantai makanan

d)

Haiwan di kawasan kutub mempunyai bulu badan yang tebal dan banyak untuk mengurangkan kehilangan haba

15.

Jadual 1 menunjukkan keputusan bagi eksperimen untuk mengkaji tahap keperluan oksigen biokimia (BOD) dalam sampel air yang berbeza. Berdasarkan Jadual 1, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?

a)

Sampel air Z adalah paling tercemarberbanding sampel air X dan Y

b)

Sampel air X adalah paling tercemar berbanding sampel air Y dan Z

c)

Sampel air Y adalah paling tercemar berbanding sampel air X dan Z

16.

Dalam kacang pis, alel R bagi biji bulat ialah dominan dan alel r bagi biji berkedut adalah resesif. Dalam satu eksperimen, 400 tumbuhan heterozigot melakukan pendebungaan sendiri dan 3000 biji bulat telah dihasilkan. Berapakah biji berkedut akan dihasilkan?

a)

500

b)

1000

c)

1500

d)

2000

17.

Rajah 19 menunjukkan keputusan kacukan monohibrid antara pokok bunga Hydrangea putih degan pokok bunga Hydrangea biru. Alel untuk pokok Hydrangea putih, B adalah dominan kepada alel pokok Hydrangea biru, b. Apakah genotip bagi induk?

a)

Bunga Hydrangea putih - BB, Bunga Hydrangea biru - Bb

b)

Bunga Hydrangea putih - Bb, Bunga Hydrangea biru - Bb

c)

Bunga Hydrangea putih - Bb, Bunga Hydrangea biru - bb

d)

Bunga Hydrangea putih - BB, Bunga Hydrangea biru - bb

18.

Manakah ciri yang menunjukkan variasi selanjar?

a)

b)

c)

d)

19.

Rajah 20 menunjukkan perubahan pada urutan bes rantai DNA sebelum dan selepas mutasi. Namakan penyakit yang terhasil selepas mutasi tersebut.

a)

Sistik fibrosis

b)

Anemia sel sabit

c)

Talasemia

d)

Albinisme

20.

Pernyataan berikut menunjukkan maklumat tentang makanan terubah suai genetik (GMF). Manakah antara berikut adalah kebaikan makanan terubah suai genetik (GMF)?

I Kurang terdedah kepada penyakit

II Selamat bagi kegunaan manusia

III Lebih tahan kepada perosak

IV Hasil tanaman yang lebih rendah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

I dan III

d)

III dan IV