NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1
Total questions: 19
Worksheet time: 10mins
Maklumat di bawah berkaitan dengan sistem perundangan.
Kutara Manawa
Apakah kerajaan yang menggunakan sistem tersebut?
A Funan
B Champa
C Majapahit
D Kedah Tua
Kerajaan Srivijaya telah menjalankan satu upacara bagi memastikan rakyat tidak menderhaka kepada seseorang raja.
Apakah upacara tersebut?
A Membayar ufti
B Menjadi hamba
C Minum air sumpah
D Membuat perjanjian
Bagaimanakah Kesultanan Johor-Riau meneruskan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?
A Menjalin hubungan dengan China
B Menekankan kepentingan Islam
C Melibatkan peranan pembesar
D Mengukuhkan kuasa sultan
Apakah kesan pelaksanaan undang-undang bertulis berikut terhadap Kesultanan Melayu Melaka?
· Hukum Kanun Melaka
Undang-Undang Laut Melaka
A Menjadi empayar terulung
B Membangkitkan nasionalisme
C Mewujudkan kerjasama kaum
D Mengukuhkan pertahanan
Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka meluaskan wilayah pengaruhnya?
I Perkahwinan
II Perdagangan
III Perkongsian
IV Penaklukan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Kesultanan Melayu Melaka telah memperkenalkan satu sistem pentadbiran yang unggul.
Apakah sistem pentadbiran tersebut?
A Pemerintahan ketenteraan
B Pembesar Empat Lipatan
C Demokrasi Berparlimen
D Raja berkuasa mutlak
Apakah bidang kuasa sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
I Mengetuai peperangan
II Mengetuai pentadbiran
III Mengurus perbendaharaan
IV Memimpin pemerintahan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Senarai berikut adalah tugas seorang pembesar di Kesultanan Melayu Melaka.
· Penasihat Sultan
· Pemangku Sultan
Siapakah pembesar yang memikul peranan tersebut?
A Syahbandar
B Laksamana
C Bendahara
D Temenggung
Kesultanan Melayu Melaka dikatakan mempunyai sistem pentadbiran yang lengkap dan tersusun kerana
I raja mengetuai pemerintahan
II pembesar mentadbir wilayah
III perwakilan membentuk kerajaan
IV rakyat terlibat pilihan raya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Manakah antara berikut berkaitan hubungan antara rakyat dengan pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka?
A Adat
B Daulat
C Waadat
D Istiadat
Amalan berikut berkaitan hubungan rakyat dengan pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Menghadiri majlis umum seperti gotong- royong, pengayuh atau pendayung kapal
Apakah nilai yang dapat ditonjolkan oleh rakyat dalam pemerintahan tersebut?
A Kesetiaan
B Pengorbanan
C Keberanian
D Penghargaan
Petikan berikut menggambarkan hubungan terjalin antara raja dengan
rakyat.
Rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohon; jikalau
tiada akar, nescaya pohon tiada akan dapat berdiri demikian lagi raja itu dengan segala rakyatnya.
Apakah kepentingan hubungan tersebut kepada Melaka
A Meningkatkan kerjasama kaum
B Mengekalkan keamanan kerajaan
C Menegakkan kebebasan bersuara
D Menjamin penguasaan pemerintah
Mengapakah cap mohor menjadi salah satu lambang kebesaran dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?
A Mengesahkan arahan pembesar
B Menjamin peluasan pengaruh
C Melindungi rakyat jelata
D Menunjukkan identiti kerajaan
Mengapakah perkataan berikut tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya di Melaka?
· Titah
· Kurnia
A Khusus untuk raja
B Khusus dalam perbicaraan
C Khusus untuk pembesar
D Khusus dalam majlis
Apakah persamaan tugas pembesar Kesultanan Melayu Melaka dengan jawatan yang terdapat di negara kita pada masa kini?
A Bendahara = Menteri Utama Kesihatan
B Laksamana = Menteri Dalam Negeri
C Penghulu Bendahari = Menteri Kewangan
D Temenggung = Menteri Perdagangan
Apakah tujuan konsep berikut diwujudkan dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Tulah
A Menghapuskan Pengkhianat
B Mengelakkan penderhakaan
C Menyekat kebebasan rakyat
D Menghalang pencerobohan
Dalam Fasal 9 Undang-undang Laut Melaka, terdapat penegasan bahawa seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran.
Apakahtujuan penegasantersebut?
A Menjamin keselesaan
B Memudahkan perjalanan
C Menunjukkan kewibawaan
D Memastikan keselamatan
Apakah bukti kekukuhan negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?
I Kedaulatan parlimen
II Syarat kewarganegaraan
III Empayar yang luas
IV Taat setia rakyat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jadual berikut menjelaskan kandungan Fasal 30 Hukum Kanun Melaka
• Amalan riba diharamkan dalam perniagaan
• Orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli
Apakah yang dibuktikan melalui kandungan undang- undang tersebut?
A Pemupukan nilai murni
C Pengamalan etika berniaga
B Pengekalan budaya timur
D Penerapan unsur Islam
