wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENILAIAN IDUS1013

Total questions: 20

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

أحكمنا ذاك قبل هذا

Aku menguasai itu (ilmu Tauhid), sebelum menguasai ini (ilmu Fiqh).”

Pernyataan di atas merujuk kepada kata :

a)

Imam Ahmad

b)

Imam al-Shafi'i

c)

Imam Hanafi

d)

Imam Maliki

2.

Masalah pemahaman tauhid boleh membawa kepada berlakunya :

(pilih 2 jawapan)

a)

penyelewengan pemikiran

b)

penyelewengan ekonomi

c)

penyelewengan harta

d)

penyelewengan amalan

3.

Pilih kronologi sejarah perkembangan ilmu tauhid yang betul :

a)

Zaman Rasulullah SAW > Zaman Bani Umaiyyah > Zaman Khulafa' al-Rashidin > Zaman Bani Abbasiyyah > Zaman selepas Bani Abbasiyyah

b)

Zaman Rasulullah SAW > Zaman Khulafa' al-Rashidin > Zaman Bani Abbasiyyah > Zaman selepas Bani Abbasiyyah

c)

Zaman Rasulullah SAW > Zaman Bani Abbasiyyah > Zaman selepas Bani Abbasiyyah > Zaman Khulafa' al-Rashidin > Zaman Bani Umaiyyah

d)

Zaman Rasulullah SAW > Zaman Khulafa' al-Rashidin > Zaman Bani Umaiyyah > Zaman Bani Abbasiyyah > Zaman selepas Bani Abbasiyyah

4.

Tumpuan utama Rasulullah SAW terhadap masyarakat jahiliyyah arab adalah :

a)

membentuk akidah tauhid di dalam diri manusia, melalui pembinaan bangunan tauhid

b)

permasalahan fiqh / hukum-hakam

c)

permasalahan ekonomi

d)

penulisan ayat-ayat al-Quran

5.

Persoalan dalam masalah akidah pada zaman Khulafa' al-Rashidin adalah untuk :

a)

perdebatan

b)

menentukan pihak yang benar

c)

mendalami ilmu agama

d)

menimbulkan keraguan terhadap para sahabat

6.

Berikut merupakan jajahan empayar Islam di zaman Bani Umaiyyah, KECUALI :

a)

Asia Tenggara

b)

Yunani

c)

Rom

d)

Parsi

7.

Masalah Qadar pada zaman Bani Umaiyyah adalah perbahasan mengenai :

a)

kekuasan Allah SWT

b)

kebebasan berbuat dan memilih dalam perbuatan manusia

c)

ciptaan sistem alam

d)

hari kebangkitan

8.

Penterjemahan buku-buku falsafah Yunani semakin berkembang dan cendekiawan Islam mula tertarik mempelajari falsafah Yunani dan cuba menerapkan metode-metodenya ke dalam ilmu kalam.

Kenyataan di atas merujuk pada zaman :

a)

Khulafa' al-Rashidin

b)

Bani Umaiyyah

c)

Bani Abbasiyyah

d)

Rasulullah SAW

9.

"Menjelang abad ke-____ Masihi, telah muncul kembali gerakan ilmiah dalam Islam yang membangunkan kembali pemikiran Islam yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani (1315 H), Muhammad 'Abduh (1323 H) dan Sayyid Rasyid Ridha (1354 H)".

Pilih jawapan yang betul bagi tempat kosong tersebut :

a)

20

b)

21

c)

22

d)

23

10.

Pilih DUA tajuk penulisan kitab ilmu tauhid yang betul.

a)

Tafsir al-Qurṭubi

b)

Al-‘Aqīdah al-Ṭahawiyyah

c)

Umm al-Barāhin

d)

Safīnah al-Najāh

11.

Berikut merupakan kepelbagaian kata akar bagi kalimah tasawwuf, KECUALI :

a)

al-safi

b)

al-safa'

c)

al-safw

d)

al-suf

12.

"Membawa maksud suci. Ia merujuk kepada fokus untuk tasawwuf untuk penyucian jiwa (tazkiyyatunnafs)".

Pernyataan di atas merupakan definisi kata akar tasawwuf bagi :

a)

al-sifat

b)

ahl al-sufah

c)

al-saff

d)

al-safa'

13.

Syeikh Ahmad Zarruq mendefinisikan tasawwuf sebagai: “Ilmu yang bertujuan untuk membaiki hati dan memfokuskannya hanya untuk Allah semata-mata. Ilmu tauhid adalah ilmu yang bertujuan memperbaiki amal, memelihara aturan dan menampakkan hikmah dari setiap hukum. Sedangkan ilmu fiqh adalah ilmu yang bertujuan mewujudkan dalil-dalil dan menghiasi iman dengan keyakinan".

Berdasarkan perkataan yang bergaris dalam definisi di atas, betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

14.

Apakah prinsip dalam menerima sesebuah tarekat tasawwuf?

Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Berasaskan ilmu

b)

Berdasarkan individu

c)

Mengikut populariti sesebuah tarekat

d)

Perlaksanaan syariat yg berterusan & keterikatan dengannya

15.

Manakah merupakan dalil yang tepat bagi memenuhi intipati utama tasawwuf sebagaimana sabda Nabi SAW?

a)

لا تَكْتُبُوا عَنِّي وَمَنْ كتَبَ عَنِّي غَيْرَ الْقُرْآنِ فَلْيَمْحُهُ

b)

أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

c)

مَنْ حُرِمَ الأُصُول حُرِمَ الوُصُول

d)

وَأُوْلَٰتُ ٱلۡأَحۡمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعۡنَ حَمۡلَهُنَّۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مِنۡ أَمۡرِهِۦ يُسۡرٗا 

16.

Pada zaman Bani Abbasiyyah menyaksikan pertembungan di antara dua aliran utama dalam perkembangan ilmu tauhid, iaitu :

a)

aliran Qadariyyah dan Muktazilah

b)

aliran Muktazilah dan Asha'irah

c)

aliran Qadariyyah dan Asha'irah

d)

mazhab hanafi dan shafi'i

17.

Peranan akal ialah sebagai ________ bagi dalil al-Quran dan hadis.

a)

pemisah

b)

pesaing

c)

pembantu

d)

pendakwa

18.

Menurut Mueller (ahli sosiologi dan antropologi Jerman), agama asli bagi setiap bangsa di dunia ini :

a)

bukanlah agama syirik (politeisme) yang mempercayai banyak Tuhan, melainkan agama asli manusia adalah agama Tauhid (monoteisme) yang mempercayai  ketuhanan Yang Maha Esa

b)

adalah agama syirik (politeisme) yang mempercayai banyak Tuhan dan bukan agama Tauhid (monoteisme) yang mempercayai  ketuhanan Yang Maha Esa

19.

"Bermula dari zaman ini, Iman yang dahulunya bersifat simple, positif dan unggul, telah bertukar menjadi persoalan-persoalan falsafah, kesimpulan­-kesimpulan logik serta perbincangan yang sia-sia ".

Pernyataan di atas merujuk pada zaman :

a)

Khulafa' al-Rashidin

b)

Bani Umaiyyah

c)

Bani Abbasiyyah

20.

Ali mengikuti sebuah ajaran / suluk / tarekat tasawwuf yang membawa kepada qurbah, mahabbah dan ma'rifat.

Apakah hukum bagi situasi di atas?

a)

Harus

b)

Haram

c)

Makruh

d)

Wajib