wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 9 Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

Total questions: 24

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Menurut Sulalatus Salatin, siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sultan Alauddin Riayat Shah

b)

Sultan Mansur Shah

c)

Sultan Iskandar Shah

d)

Sultan Muzaffar Shah

2.

Sumber yang menyatakan tentang pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah

a)

Kamus Oxford

b)

Kamus Dewan

c)

Majalah Dewan Pelajar

d)

Sulalatus Salatin

3.

Parameswara merupakan putera raja yang berasal dari ______________

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Melaka

d)

Palembang

4.

Apakah nama lama negara Singapura?

a)

Acheh

b)

Temagi

c)

Temasik

d)

Sening Ujong

5.

Berikut merupakan tempat-tempat persinggahan Parameswara dalam perjalanan ke Melaka kecuali

a)

Muar

b)

Temasik

c)

Palembang

d)

Sungai Bertam

6.

Parameswara terpaksa meninggalkan Palembang kerana serangan daripada Kerajaan ...

a)

Siam

b)

Melaka

c)

Temasik

d)

Majapahit

7.

Mengapakah Siam hendak menyerang Temasik?

a)

Terdapat banyak biawak

b)

Kedudukan yang strategik

c)

Mengambil alih pentadbiran

d)

Parameswara membunuh Temagi

8.

Sumber Arab menyebut Melaka sebagai Malakat.

Apakah maksud Malakat?

a)

Tempat perlindungan

b)

Pokok Melaka

c)

Perhimpunan segala dagang

d)

Pokok pertama yang tumbuh di alam semesta

9.

Namakan haiwan yang menendang anjing perburuan Parameswara dalam Sulalatus Salatin.

a)

Rusa

b)

Biawak

c)

Pelanduk putih

d)

Kuda belang

10.

Mengikut Sulalatus Salatin, nama Melaka berasal daripada ...

a)

pokok Melaka

b)

pelanduk putih

c)

anjing perburuan

d)

kampung nelayan

11.

Berdasarkan sumber Suma Oriental, pengasas kesultanan Melayu Melaka bernama....

a)

Tun Hussein Onn

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Parameswara

12.

Antara berikut yang manakah merupakan kejadian aneh yang disaksikan oleh Parameswara semasa memburu?

a)

Pengikutnya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.

b)

Anjing perburuannya menendang seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.

c)

Anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.

d)

Anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk hitam sehingga jatuh ke dalam sungai.

13.

Apakah peristiwa yang berlaku pada gambar berikut?

a)

Parameswara adalah seorang Nelayan yang bijaksana

b)

Parameswara dan pengikutnya pergi bersiar-siar

c)

Parameswara dan pengikutnya telah pergi berburu

d)

Parameswara dan sahabatnya pergi mencari pelanduk putih

14.

Apakah peristiwa yang berlaku pada gambar berikut?

a)

Parameswara dan pengikutnya menyaksikan anjing pemburunya menolak seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai

b)

Parameswara dan pengikutnya menyaksikan anjing pemburunya ditolak oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai

c)

Parameswara dan pengikutnya menyaksikan anjing pemburunya menendang seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai

d)

Parameswara dan pengikutnya menyaksikan anjing pemburunya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai

15.

Apakah keistimewaan Melaka semasa pemerintahan Parameswara?

a)

Tidak terlindung dari andin monsun

b)

Laluan timur laut dan timur barat.

c)

Kedudukan yang strategik menarik minat pedagang untuk singgah berdagang.

d)

Mengamalkan pemerintahan tertutup dan cekap. menarik minat kerajaan asing untuk menjalinkan hubungan diplomatik

16.

Pengembaraan Parameswara untuk membina kerajaannya adalah....

a)

Bermula dari Temasik, Palembang, Muar dan Sening Ujong sebelum sampai Melaka

b)

Bermula dari Palembang, Temasik, dan Sening Ujong sebelum sampai Melaka

c)

Bermula dari Palembang, Muar dan Sening Ujong sebelum sampai Melaka

d)

Bermula dari Palembang, Temasik, Muar dan Sening Ujong sebelum sampai Melaka

17.

Apakah ciri-ciri pemerintahan Parameswara?

a)

Pemimpin yang kurang bijaksana dalam pemerintahannya.

b)

Parameswara adalah Pembesar yang ditakuti dan digeruni

c)

Parameswara sangat mementikgkan darjat dan pengkat sewaktu pemerintahannya.

d)

Pemimpin yang bijaksana dalam pemerintahannya.

18.

Mengapakah kerajaan Siam marah dengan Parameswara?

a)

Parameswara melawan Majapahit

b)

Parameswara menyerang dan membunuh Temagi

c)

Parameswara ingin menjadi ketua di Muar

d)

Parameswara ingin menjadi ketua di Sungai Bertam

19.

Dimanakah Parameswara bersama pengikutnya melarikan diri apabila mengetahui Siam ingin menyerang Temasik?

a)

Sening Ujong

b)

Sungai Bertam

c)

Muar

d)

Palembang

20.

Mengapakah Muar tidak sesuai dijadikan tempat pemerintahan?

a)

Terdapat banyak biawak

b)

Terdapat banyak pasir

c)

Terdapat banyak pelanduk

d)

Terdapat banyak ikan

21.

Apakah yang dilakukan Parameswara di Sening Ujong?

a)

Membina penempatan

b)

Melantik wakil pemerintah

c)

Membina istana

d)

Melantik panglima perang

22.

Dimanakah Parameswara bergerak selepas meninggalkan Sening Ujong?

a)

Palembang

b)

Muar

c)

Sungai Bertam

d)

Siam

23.

Nyatakan dengan tepat pengembaraan Parameswara.

a)

Parameswara seorang raja kerajaan Melayu daripada Majapahit

b)

Parameswara bersama-sama Temagi memerintah Temasik

c)

Parameswara menjadikan Muar sebagai sebuah kerajaan dan pusat pemerintahan

d)

Parameswara membunuh Temagi kerana ingin memerintah Temasik

24.

Yang manakah salah tentang asal usul Melaka?

a)

Pokok tempat Sultan bersandar dijadikan nama negeri

b)

Anjing dapat mengalahkan pelanduk

c)

Pelanduk menendang anjing

d)

Parameswara meminta pandangan pembesar