WorksheetsPENGAJIAN AM SEM 3 STPM 2013
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Membangun keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman Malaysia di bawah kerangka Kerjasama Selatan-Selatan.
Pernyataan di atas merujuk kepada
Warisan Bersama Dunia
Rancangan Colombo
Dialog Antarabangsa Langkawi
Program Kerjasama Teknikal Malaysia
Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah
I Menghormati kedaulatan setiap negara
II Mengutamakan kestabilan ekonomi serantau
III mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi
IV meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah pegangan Malaysia dalam mengekalkan hubungan diplomatik?
Berdaya saing
Status ekonomi
Sikap keterbukaan
Pegangan ideologi
· Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urus tadbir yang baik dan hak milik semua
· Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan
Pernyataan di atas merujuk kepada persetujuan Malaysia dalam
Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
Piagam ASEAN
Rangka Kerja Komuniti Ekonomi ASEAN
Memorandum Persefahaman Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN
Yang manakah objektif dasar luar negara Malaysia?
Menjadi peneraju ekonomi serantau
Melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa
Mempertahankan keselamatan negara
Menjadi pejuang politik bagi negara membangun
· Pelaksanaan Kerjasama Pelbagai Hala
· Pembentukan Komuniti Ekonomi, Keselamatan Sosial, dan Kebudayaan
Pernyataan di atas merujuk kepada
Kerjasama Selatan-Selatan
Pertubuhan Persidangan Islam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
Mengapakah Malaysia berminat dengan Kerjasama Selatan-Selatan?
Menjadi jurucakap bagi Negara-negara Selatan
Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal
Menggalakkan kemasukan sumber manusia
Meluaskan pasaran komoditi Negara
Yang manakah pernyataan yang benar tentang pendirian Malaysia terhadap isu keganasan antarabangsa?
Menyelesaikan masalah penduduk Palestin
Menyokong penggunaan ketenteraan dalam menangani keganasan
Membenarkan Amerika Syarikat bertindak sebagai kuasa unipolar
Memusnahkan tapak gerakan kegiatan keganasan
Yang manakah penyelesaian yang diambil oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk mengekalkan semangat setia kawan dalam kalangan Negara anggota?
Menganjurkan forum serantau ASEAN
Menubuhkan pakatan ketenteraan
Menyelesaikan masalah domestik negara anggota secara aman
Memberikan khidmat nasihat politik kepada negara anggota
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh sektor ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa?
I Globalisasi
II Kualiti barangan
III Keganasan antarabangsa
IV Perubahan cuaca yang drastik
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dan rakan negara anggota ASEAN, seperti Filipina , Brunei, dan Vietnam ialah masing-masing menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spartly. Pihak manakah yang dirujuki untuk menyelesaikan tuntutan bertindih ini?
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Tribunal Antarabangsa Undang-Undang Laut
Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh negara sedang membangun?
Kemiskinan
Kualiti alam sekitar
Tenaga kerja
Kawasan pembangunan yang terhad
· Dialog politik, kerjasama ekonomi, dan interaksi budaya antara benua
· Malaysia pernah mengetengahkan idea bahawa Islam sebagai agama yang tidak menghalang kemajuan dan permodenan dalam forum yang disertai
Pernyataan di atas merujuk kepada
Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Kumpulan 8 Negara Membangun (D8)
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
Yang manakah bentuk kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN +3?
I Kerjasama ketenteraan
II Kerjasama saintifik dan teknikal
III Pembentukan blok perdagangan
IV Bantuan kewangan dan pakej pinjaman
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
· Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urus tadbir yang baik dan hak milik semua
· Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan
Pernyataan di atas merujuk kepada persetujuan Malaysia dalam
Piagam ASEAN
Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
Rangka Kerja Komuniti Ekonomi ASEAN
Memorandum Persefahaman Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN
