wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM SEM 3 (STPM 2014U)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah faktor penentu dasar luar Malaysia?

a)

Geostrategik

b)

Ideologi Negara

c)

Status ekonomi

d)

Kepimpinan Negara

2.

Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.

Yang manakah yang bertepatan dengan faktor penentu dasar luar di atas?

a)

Melindungi hak asasi manusia

b)

Menyokong usaha keadilan sosial

c)

Menentang pencerobohan wilayah

d)

Mempercepat pertumbuhan ekonomi

3.

· Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urus tadbir yang baik


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Komuniti Sosio-Budaya ASEAN

b)

Komuniti Ekonomi ASEAN

c)

Forum Serantau ASEAN

d)

Piagam ASEAN

4.

· Meningkatkan kerjasama ekonomi antara negara yang berjiran

· Merancang pembangunan sektor pelancongan, sektor perindustrian dan infrastruktur.

Hasrat di atas dapat dicapai melalui kerjasama dalam

a)

ASEAN +3

b)

Komuniti Ekonomi ASEAN

c)

Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan

d)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

5.

Yang manakah pendirian Malaysia untuk menangani isu dalaman yang berbangkit dalam kalangan Negara anggota ASEAN?

a)

Masalah diselesaikan oleh rakyat negara itu sendiri

b)

Masalah hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa

c)

Penyelesaian masalah hendaklah mengambil kira pandangan negara jiran

d)

Negara anggota diberikan peluang untuk terlibat sama dalam penyelesaian masalah

6.

· Masyarakat ASEAN berkongsi perasaan bahawa mereka mempunyai satu identiti yang sama dan hala tuju strategik yang serupa

· Mencapai integrasi ekonomi yang komprehensif

Yang manakah entiti yang boleh mencapai hasrat di atas?

a)

Wawasan ASEAN 2020

b)

Komuniti Ekonomi ASEAN

c)

Kawasan Pelaburan ASEAN

d)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

7.

· Meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kewangan, sumber manusia, saintifik dan teknikal, dan infrastruktur

· Pembentukannya dimeterai di Malaysia

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Forum Serantau ASEAN

b)

Mesyuarat Asia-Eropah

c)

Dialog Utara-Selatan

d)

ASEAN+3

8.

Yang manakah tujuan Malaysia mengutarakan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) dalam persidangan antarabangsa?

a)

Untuk menangani isu keganasan antarabangsa

b)

Untuk mewujudkan perdagangan bebas dan adil

c)

Untuk mengawal masalah perubahan iklim yang drastik

d)

Untuk meningkatkan hubungan diplomatik antara kerajaan

9.

Yang manakah matlamat Kerjasama Selatan-Selatan?

a)

Memperjuangkan hak dan persamaan ras

b)

Menggelakkan Negara anggota terlibat dalam peperangan ideologi

c)

Menggelakkan campur tangan Negara maju dalam hal ehwal Negara anggota

d)

Mengurangkan pergantungan ekonomi Negara anggota kepada Negara maju

10.

· Malaysia telah berjaya mempromosikan keamanan melalui platform diplomasi.

Pernyataan di atas merujuk kepada peranan aktif Malaysia dalam

a)

Pertubuhan Persidangan Islam

b)

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

c)

Kumpulan Lapan Negara Membangun

d)

Pertubuhan Negara-Negara Komanwel

11.

Yang manakah projek yang ASEAN mempertanggungjawabkannya kepada Malaysia?

a)

Pusat Latihan Wilayah bagi Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara

b)

Pusat Pendidikan Rantau bagi Sains dan Matematik

c)

Pusat Kajian Bahasa Inggeris

d)

Pusat Inovasi dan Teknologi

12.

Yang manakah pendirian Malaysia tentang isu hak asasi?

a)

Memberikan bantuan ketenteraan kepada Lubnan

b)

Mengecam pengujian senjata nuclear oleh Korea Utara

c)

Menyokong proses pilihan raya demokrasi di Myanmar

d)

Memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin

13.

Anggota misi bantuan kemanusiaan Malaysia sering menghadapi kekangan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana alam dan mangsa perang kerana

a)

barang bantuan sering kali menjadi sasaran rompakan

b)

kekurangan latihan keselamatan untuk para sukarelawan

c)

Negara jiran enggan menjadi pintu masuk untuk penyerahan bantuan

d)

kekurangan kakitangan untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa

14.

· Persaingan dengan pengeluaran minyak soya.

Yang manakah langkah yang diambil oleh Malaysia untuk menghadapi cabaran di atas?

a)

 Meningkatkan industri hiliran

b)

Meliberalisasikan ekonomi Negara

c)

Mengadakan pembelian timbal  balik

d)

Mengadakan kerjasama dengan pengusaha industri lain

15.

Yang manakah cabaran terhadap daya saing Malaysia untuk menghadapi persekitaran ekonomi global?

a)

Saiz pasaran

b)

Keberkesanan kos

c)

Kekurangan kepakaran

d)

Keadaan politik dalam negara