wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

K1 [21] - Bab 1

Total questions: 55

Worksheet time: 54mins

Name
Class
Date
1.

Proses simpan kira merangkumi aktiviti

a)

Merekod urus niaga secara tepat dan sistematik

b)

Merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

c)

Membekalkan maklumat perakaunan untuk membantu peniaga membuat keputusan dan perancangan

d)

Menganalisis maklumat kewangan untuk membuat keputusan, perbandingan dan perancangan

2.

Pernyataan berikut berkaitan subbidang perakaunan.

Apakah subbidang tersebut?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

3.

Seorang akauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam hubungan profesional dengan pihak lain supaya tidak berlaku kekeliruan dan pemalsuan kenyataan.

Apakah ciri etika profesion perakaunan yang dimaksudkan?

a)

Integriti

b)

Objektiviti

c)

Kerahsiaan

d)

Kompetensi

4.

Antara yang berikut, yang manakah fungsi Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)?

a)

Mempromosi dan mempopularkan profesion perakaunan

b)

Mengkaji dan menangani perubahan semasa dalam perniagaan

c)

Memajukan profesion perakaunan melalui latihan dan peperiksaan

d)

Menentukan keperluan minimum dan garis panduan dalam penyediaan laporan kewangan

5.

Luca Pacioli ialah ‘Bapa Perakaunan’. Mengapakah beliau digelar sedemikian?

a)

Beliau telah memperkenalkan bidang perakaunan.

b)

Beliau telah menggunakan papyrus (kertas) dan calamus (pen).

c)

Beliau telah menerbitkan buku perakaunan Summa de Arithmetica.

d)

Beliau telah memperkenalkan kaedah Venice.

6.

Siapakah merupakan pengguna dalaman Penyata Kewangan?

a)

Pembekal

b)

Pihak Bank

c)

Agensi Kerajaan

d)

Pihak Pengurusan

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber modal Syarikat Berhad?

a)

Subsidi daripada kerajaan

b)

Terbitan saham kepada orang awam

c)

Pinjaman daripada institusi kewangan

d)

Sumbangan daripada pekongsi-pekongsi

8.

Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri jenis organisasi perniagaan.

Apakah Y dan Z?

a)

Y = Syarikat Berhad

Z = Perkongsian

b)

Y = Milikan Tunggal

Z = Syarikat Berhad

c)

Y = Perkongsian

Z = Koperasi

d)

Y = Koperasi

Z = Milikan Tunggal

9.

Maklumat berikut menunjukkan ciri sebuah milikan perniagaan.

Perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri di atas?

a)

Butik Maisara

b)

Jaya Maju Berhad

c)

Syarikat Kim Sdn. Bhd.

d)

Klinik Mata Sarah dan Suria

10.

Maklumat berikut merupakan ciri suatu entiti perniagaan.

Antara yang berikut, entiti perniagaan manakah yang menepati ciri berkenaan?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Milikan Tunggal

d)

Syarikat Berhad

11.

Antara yang berikut, yang manakah bukan tujuan penubuhan Malaysia Accounting Standard Board?

a)

Bertindak sebagai penasihat kepada akauntan

b)

Menentukan garis panduan laporan kewangan

c)

Menggubal dan menerbitkan piawaian perakaunan

d)

Menyediakan laporan kewangan sebuah perniagaan

12.

Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan sebuah perniagaan?

a)

Sistem Perakaunan

b)

Konsep Perakaunan

c)

Kitaran Perakaunan

d)

Prinsip Perakaunan

13.

Apakah maksud kod etika seperti yang digariskan oleh MIA dan MACPA?

a)

peraturan yang memberi kesukaran kepada manusia

b)

perlakuan khusus mengenai perlakuan yang beretika

c)

perlakuan yang menyimpang dari nilai-nilai kemanusiaan

d)

peraturan yang dicipta bertujuan untuk mencari keuntungan

14.

Encik Hisham merupakan seorang juruaudit di sebuah firma audit di Kuala Lumpur. Pilih bidang tugas yang tepat bagi Encik Hisham.

a)

Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman

b)

Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan

c)

Merancang hal-hal percukaian dan menyediakan penyata cukai bagi pihak syarikat

d)

Memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan untuk mengesahkan rekod tersebut adalah betul dan tepat

15.

Apakah tujuan simpan kira?

a)

Merekodkan dan mengenal pasti semua urus niaga dalam nilai wang.

b)

Merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

c)

Menganalisis rekod perakaunan

d)

Membekalkan maklumat perakaunan untuk membantu peniaga membuat keputusan dan perancangan.

16.

Pernyataan di bawah berkaitan subbidang perakaunan.

Apakah subbidang tersebut?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

17.

Yang manakah merupakan ciri-ciri kepimpinan seorang akauntan?

a)

Integriti

b)

Objektiviti

c)

Kompetensi

d)

Akauntabiliti

18.

Berikut merupakan Kod Etika Akauntan Profesional kecuali

a)

Integriti

b)

Objektiviti

c)

Kerahsiaan

d)

Keterbukaan

19.

Maklumat berikut berkaitan dengan Kod Etika Profesion Perakaunan.

Manakah yang berkaitan dengan kod etika tersebut?

a)

Integriti

b)

Objektiviti

c)

Kerahsiaan

d)

Kompetensi

20.

P ialah badan perakaunan yang mengubal dan menerbitkan piawaian perakaunan.

Apakah P?

a)

Institut Akauntan Malaysia (MIA)

b)

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)

c)

Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)

d)

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)

21.

Pernyataan berikut menerangkan satu Kod Etika Akauntan Profesional.

"Akauntan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat yang diperoleh kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan."

Apakah kod etika tersebut?

a)

Integriti

b)

Objektiviti

c)

Kerahsiaan

d)

Kompetensi

22.

Pernyataan berikut berkaitan subbidang perakaunan:

Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman.

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

23.

Luca Pacioli ialah ‘Bapa Perakaunan’. Mengapakah beliau digelar sedemikian?

a)

Beliau telah memperkenalkan bidang perakaunan.

b)

Beliau telah menggunakan papyrus (kertas) dan calamus (pen).

c)

Beliau telah menerbitkan buku perakaunan Summa de Arithmetica.

d)

Beliau telah memperkenalkan kaedah Venice .

24.

Apakah perkembangan perakaunan yang berlaku pada abad ke-17 dan 18.

a)

Kaedah penyimpanan rekod yang lebih tersusun dan sempurna

b)

Buku perakaunan pertama yang diterbitkan oleh Luca Pacioli

c)

Rekod perakaunan yang awal di Babylonia

d)

Perakaunan kos telah diperkenalkan

25.

Mengapakah Luca Pacioli dikenali sebagai ‘Bapa Perakaunan’?

a)

Beliau menerbit buku matematik yang tepat dan lengkap

b)

Beliau membuat pelaburan modal yang besar dalam perniagaan

c)

Beliau memberi maklumat kewangan yang lengkap kepada peniaga

d)

Beliau mencipta satu sistem menyimpan rekod yang dikenali sistem catatan bergu

26.

Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri kualitatif Penyata Kewangan.

"Maklumat dalam Penyata Kewangan mesti mudah difahami dan dipersembahkan dengan jelas."

Pilih ciri yang tepat berdasarkan pernyataan di atas.

a)

Kerelevanan

b)

Kebolehsahan

c)

Kebolehfahaman

d)

Perwakilan benar

27.

Pernyataan berikut adalah tentang ciri kualitatif penyata kewangan.

"Maklumat dalam Penyata Kewangan mesti bebas daripada kesilapan material dan tiada unsur berat sebelah serta perlaporannya tidak mengelirukan."

a)

Kerelevanan

b)

Perwakilan benar

c)

Kebolehbandingan

d)

Kebolehfahaman

28.

Tujuan Penyata Pendapatan disediakan adalah untuk...

a)

Mengetahui untung atau rugi bersih

b)

Mengira ekuiti pemilik dan liabiliti perniagaan

c)

Mengetahui kedudukan kewangan perniagaan

d)

Menunjukkan jumlah aset dan liabiliti perniagaan

29.

Siapakah yang menjadi pengguna luaran Penyata Kewangan?

a)

Pihak bank

b)

Akaun Belum Terima

c)

Pihak pengurusan

d)

Kesatuan pekerja

30.

Apakah kepentingan Penyata Kewangan kepada pelabur?

a)

Mempertimbangkan kelulusan kemudahan kredit

b)

Melihat keupayaan perniagaan bagi menjana pendapatan

c)

Memberi penarafan perniagaan dari segi kelulusan kredit

d)

Melihat keupayaan perniagaan menawarkan kenaikan gaji dan faedah lain

31.

Maklumat dibawah ini berkaitan dengan pengguna penyata kewangan.

"Penyata kewangan digunakan sebagai rujukan untuk menilai kemampuan perniagaan untuk membayar hutang."

Pengguna penyata kewangan yang dimaksudkan ialah

a)

Pihak bank

b)

Pihak kerajaan

c)

Pihak pelabur

d)

Pihak pengurusan

32.

Ciri kualitatif Penyata Kewangan termasuk

a)

Kebolehbandingan

b)

IKebolehfahaman

c)

Keseragaman

d)

Pemasaan

33.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu ciri kualitatif penyata kewangan.

"Maklumat kewangan menjadi relevan kepada pengguna apabila maklumat tersebut disampaikan tepat pada masanya"

Apakah ciri tersebut?

a)

Pemasaan

b)

Kerelevanan

c)

Kebolehfahaman

d)

Kebolehbandingan

34.

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Afiq Enterprise yang dimiliki oleh Encik Mohamad Afiq.

"Encik Mohamad Afiq Enterprise merekod yuran tuisyen anaknya berjumlah RM200 ke dalam buku akaun perniagaan"

Apakah andaian perakaunan yang gagal beliau patuhi?

a)

Entiti Berasingan

b)

Usaha Berterusan

c)

Wang Sebagai Ukuran

d)

Pengiktirafan Hasil Dan Belanja

35.

Belanja dan hasil yang belum diterima perlu diambil kira ketika menyediakan Penyata Kewangan pada akhir tempoh perakaunan. Apakah prinsip yang dipatuhi dalam pernyataan tersebut?

a)

Ketekalan

b)

Kos manfaat

c)

Pengiktirafan hasil dan belanja

d)

Prinsip kos

36.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Sakti.

"Kerani akaun Perniagaan Sakti menyediakan laporan kewangan bagi urusan yang berlaku dari 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020"

Apakah andaian perakaunan yang dipatuhi oleh Perniagaan Sakti?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Pemadanan

d)

Tempoh Perakaunan

37.

Maklumat berikut merujuk perniagaan Lee Book Store.

“Pemilik telah membeli mesin menggunakan wang peribadi untuk kegunaan perniagaan”

Urus niaga tersebut direkodkan sebagai tambahan modal dalam buku perniagaannya. Apakah konsep yang digunakan?

a)

Ketekalan

b)

Catatan Bergu

c)

Entiti Berasingan

d)

Tempoh Perakaunan

38.

Prinsip ketekalan menentukan bahawa

a)

semua aset dicatat mengikut nilai kosnya.

b)

sistem perakaunan yang sama mesti diamalkan.

c)

semua urusniaga perniagaan mesti disebut dalam nilai wang.

d)

perniagaan wujud sebagai satu entity yang berterusan.

39.

Encik Farid seorang peniaga telah merekodkan ambilan barang niaga yang telah digunakan oleh keluarganya sebagai ambilan. Apakah prinsip perakaunan yang telah diamalkan oleh Encik Farid?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti berasingan

d)

Usaha berterusan

40.

Berikut merupakan pernyataan tentang Megah Holdings.

"Pihak pengurusan Megah Holdings tidak bercadang untuk menukar kaedah pengiraan susut nilai aset bukan semasa perniagaan."

Apakah prinsip atau andaian perakaunan yang dipatuhi oleh Megah Holdings?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Usaha berterusan

d)

Pengiktirafan Hasil Dan Belanja

41.

Maklumat yang berikut adalah amalan perekodan perakaunan Zaza Enterprise.

Apakah prinsip perakaunan yang gagal dipatuhi oleh Zaza Enterprise dalam amalan perekodan perakaunan tersebut?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti berasingan

d)

Pengiktirafan Hasil Dan Belanja

42.

Pn. Wardah ialah seorang peniaga telah merekodkan perabot peribadi yang telah dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan. Apakah andaian perakaunan yang diamalkan oleh Pn. Wardah?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti berasingan

d)

Usaha berterusan

43.

Perbualan berikut adalah antara pemilik perniagaan dengan pekerjanya.

Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Kos manfaat

d)

Usaha berterusan

44.

Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Tan.

"Encik Kassim membayar bil elektrik rumahnya dengan wang perniagaan. Beliau telah merekod bayaran bil elektrik itu sebagai ambilan."

Apakah andaian yang berkaitan dengan maklumat tersebut?

a)

Entiti Berasingan

b)

Usaha Berterusan

c)

Tempoh Perakaunan

d)

Wang Sebagai Ukuran

45.

Pada 1 Januari 2015, Perniagaan Asyraaf telah membeli sebuah premis pada harga RM100 000. Pada 31 Disember 2020, harga pasaran premis tersebut telah meningkat kepada RM150 000. Catatan dalam Penyata Kedudukan Kewangan perniagaan masih menunjukkan harga premis sebagai RM100 000.

Apakah konsep perakaunan yang bertepatan dengan situasi di atas?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Tempoh Perakaunan

d)

Wang Sebagai Ukuran

46.

Ferhat seorang peniaga telah merekodkan perabot peribadi yang telah dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan.

Apakah andaian perakaunan yang diamalkan oleh Ferhat?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti Berasingan

d)

Usaha Berterusan

47.

Pernyataan berikut diperoleh daripada Perniagaan Rusliza.

"Puan Rusliza merekodkan premium insurans peribadi RM200 ke dalam buku perniagaan."

Apakah andaian perakaunan yang bertentangan dengan tindakan Puan Rusliza?

a)

Prinsip kos

b)

Entiti Berasingan

c)

Wang Sebagai Ukuran

d)

Pengiktirafan Hasil Dan Belanja

48.

Entiti perniagaan yang manakah merupakan sebuah perniagaan perkongsian?

a)

Sakinah Butik

b)

Hidayah Sdn. Bhd.

c)

Pasar Raya Maidin Holding Bhd

d)

Kedai Perabot Darren & Brothers

49.

Berikut adalah ciri-ciri sebuah entiti perniagaan.

Berdasarkan pernyataan di atas, perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri tersebut?

a)

Kedai Runcit Terus Maju

b)

Koperasi Pemandu Teksi Kedah

c)

Perniagaan Kamal dan Kamaliah

d)

Syarikat Pengangkutan Cepat Berhad

50.

Berikut merupakan salah satu organisasi perniagaan yang wujud di Malaysia.

Pilih ciri organisasi tersebut yang betul.

a)

Mempunyai 2-50 pekongsi

b)

Menanggung liabiliti tidak terhad

c)

Sumber modal adalah daripada terbitan dan jualan syer

d)

Pembahagian untung atau rugi mengikut persetujuan ahli

51.

Entiti perniagaan manakah yang menanggung liabiliti tidak terhad?

a)

Perkongsian

b)

Milikan tunggal

c)

Syarikat berhad

d)

Koperasi

52.

Pernyataan yang manakah menerangkan ciri yang betul bagi firma Guaman Dr. Anil dan Rakan-rakan?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Bilangan minimum ahli 50 orang

c)

Agihan keuntungan dalam bentuk dividen

d)

Sumber modal daripada penjualan saham

53.

Berikut merupakan ciri-ciri sebuah perniagaan.

Berdasarkan pernyataan, perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri tersebut?

a)

Annur’s Sdn Bhd

b)

Ramzam Enterprise

c)

Antasya Ain Berhad

d)

Perkongsian Chenta Ghuyup

54.

Manakah ciri yang betul bagi Kedai Dobi Rohana dan Sharifah?

a)

Cukai pendapatan dikenakan atas syarikat

b)

Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen

c)

Sumber modalnya daripada jualan syer

d)

Liabiliti pemilik tidak terhad

55.

Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri sebuah milikan perniagaan:

Perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri tersebut?

a)

Saji Oil Bhd

b)

Rezeki Enterprise

c)

Koperasi SMK Alam Bhd

d)

Salon Kecantikan Lela dan Tari