NEW
Font size
WorksheetsPROGRAM BIZQUIZ KLIK - SET 3
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Organisasi yang manakah bukan bermotifkan untung?
Suria Gemilang PLT
Majlis Belia Pulau Pinang
Restoran Thai Seafood
Poliklinik Chang & Chen
Maklumat berikut merujuk kepada jenis rakan kongsi.
* Menanggung liabiliti tidak terhad
* Tidak aktif dalam pengurusan
* Menyumbang modal sahaja
Apakah jenis rakan kongsi tersebut?
Rakan kongsi biasa
Rakan kongsi lelap
Rakan kongsi berhad
Rakan kongsi nominal
Apakah kelebihan bentuk pemilikan Khind Holding Berhad berbanding Rubana Resources Sendirian Berhad?
Dikenakan cukai yang rendah
Bilangan ahli maksimum adalah 50 orang
Pemegang syer menanggung liabiliti terhad
Saham boleh diurus niaga di Bursa Malaysia
Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung?
Menawarkan produk berkualiti tinggi
Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
Meningkatkan pelibatan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan
Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk pemilikan perniagaan?
* Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (pindaan 1978)
* Kerjasama antara dua atau lebih individu
* Setiap ahli menggabungkan modal, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
Koperasi
Perkongsian
Milikan tunggal
Syarikat Sendirian Berhad
Gambar 1 menunjukkan logo suatu bentuk pemilikan perniagaan.
Antara yang berikut, yang manakah ciri pemilikan perniagaan tersebut?
I Saham syarikat diniagakan di Bursa Malaysia
II Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965
III Ahli menanggung liabiliti terhad
IV Bilangan ahli 2 hingga 20 orang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran bermusim?
Mengehadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu
Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesetan ekonomi
Memberi insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja
Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa
Antara yang berikut, ciri yang manakah perlu diambil kira dalam penetapan objektif sesebuah perniagaan?
I Dinyatakan secara khusus
II Mengambil kira persekitaran perniagaan
III Penjelasan kemudahan perkhidmatan yang disediakan
IV Mampu dicapai dengan keupayaan yang ada
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut menerangkan tujuan satu bahagian fungsian?
*Memastikan barang akhir diterima pengguna mengikut masa yang ditetapkan
*memastikan pengangkutan bersesuaian dengan jenis barang
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Pembelian
Pemasaran
Pengagihan
Pengeluaran
Maklumat berikut berkaitan satu kaedah aplikasi teknologi maklumat dalam perniagaan.
*Membuat tempahan barang secara dalam talian
*Memenuhi kehendak pelanggan secara berterusan
Apakah kaedah aplikasi tersebut?
E-mel
E-dagang
E-banking
E-government
