wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

S-RFP TAJUK : Takaful Berkaitan Pelaburan (EA_ZU)

Total questions: 15

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Takaful berkaitan pelaburan mempunyai ciri-ciri berikut, KECUALI:

a)

Peserta mempunyai fleksibiliti untuk memilih tahap perlindungan dan pelaburan sendiri.

b)

Peserta boleh menukar dana pelaburan semasa kepada jenis dana pelaburan lain.

c)

Peserta boleh menebus sebahagian daripada unit berkaitan pelaburan pada bila-bila masa.

d)

Peserta boleh memilih daripada pelbagai produk pelaburan ke dalam dana

2.

Takaful berkaitan pelaburan memenuhi dua bidang pengurusan harta:

a)

Pemantauan portfolio, perlindungan

b)

Pembinaan portfolio, pengurusan risiko

c)

Pengurusan risiko, pelaburan

d)

Perlindungan, pengimbangan semula portfolio

3.

Manakah antara berikut BUKAN tanggungjawab ejen Takaful sebagai penggalak kewangan Islam?

a)

Perwatakan dan kelakuan ejen Takaful mestilah menepati Shariah

b)

Ejen Takaful hendaklah melayani pelanggan beragama Islam sahaja

c)

Ejen Takaful tidak boleh menjalankan sebarang urusan semasa solat Jumaat

d)

Ejen Takaful mestilah mempunyai pengetahuan asas fiqh muamalat

4.

Antara berikut, yang manakah jenis Pelan Takaful Keluarga?

a)

Kemalangan Peribadi

b)

Bertempoh

c)

Takaful berkaitan pelaburan

d)

Motor

5.

Berikut adalah ciri-ciri jenis pelabur yang agresif, KECUALI:

a)

Pelabur ini biasanya mempunyai dana pertumbuhan, modal kecil dan dana sektor amanah.

b)

Mereka boleh menerima kerugian sehingga 10% daripada nilai portfolio mereka dalam beberapa bulan, dan mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan semula kerugian tersebut.

c)

Sebarang produk pendapatan tetap dalam portfolio adalah terdiri daripada peratusan yang kecil dan produk yang lebih berisiko diuruskan secara agresif.

d)

Mempunyai pendapatan yang mencukupi daripada sumber lain untuk perbelanjaan sara hidup mereka

6.

Berikut adalah faktor yang meningkatkan jumlah pelaburan dalam akaun pelaburan peserta KECUALI:

a)

Pengeluaran tunai

b)

Tuntutan difailkan

c)

Bayaran ujrah kepada pengendali takaful

d)

Pengeluaran tunai daripada dana Tabarru' kepada dana Pelaburan

7.

Yang manakah daripada penyataan berikut adalah BENAR mengenai takaful berkaitan pelaburan:

I. Rider untuk takaful berkaitan pelaburan menyediakan perlindungan terhadap kemalangan diri, hilang upaya, perubatan dan kesihatan.

II. Peserta boleh memilih di antara risiko pelaburan yang agresif, sederhana dan rendah untuk melabur

III. Sebahagian daripada dana tabarru' peserta digunakan untuk membeli unit pelaburan
IV. Takaful berkaitan pelaburan melindungi kerugian nilai pelaburan

a)

I sahaja

b)

I dan II sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, II, III dan IV

8.

Tahap toleransi risiko adalah ketidakpastian yang boleh dikendalikan oleh pelabur berhubung dengan perubahan negatif dalam nilai portfolio mereka. Toleransi risiko bergantung kepada faktor berikut, KECUALI:

a)

Umur

b)

Tingkah laku terhadap risiko

c)

Pendapatan

d)

Objektif pelaburan

9.

Berikut adalah jenis pendapatan yang mungkin diterima oleh pengendali takaful yang menguruskan dana pelaburan peserta ____________.

I . Perkongsian keuntungan daripada mudarabah

II. Perkongsian keuntungan daripada musharakah

III. Ujrah untuk yuran pengurusan

IV. Yuran ijarah

a)

I sahaja

b)

I dan I sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, II, III dan IV

10.

Takaful berkaitan pelaburan akan melabur dalam jenis pelaburan ini KECUALI:

a)

Waran

b)

Opsyen Saham

c)

Bon kerajaan

d)

REIT

11.

Risiko strategik dianggap sebagai:

a)

Risiko kecairan

b)

Risiko pematuhan

c)

Risiko perniagaan

d)

Risiko operasi

12.

Risiko kegagalan pekerja untuk melaksanakan tugas yang diberikan dianggap sebagai _____.

a)

Risiko ekonomi

b)

Risiko pematuhan

c)

Risiko sistematik

d)

Risiko operasi

13.

Carbon ialah syarikat telefon mudah alih yang menghasilkan telefon mudah alih paling ringan dan paling nipis di dunia. Risiko bahawa syarikat telefon mudah alih lain mungkin berjaya menghasilkan telefon mudah alih dengan berat yang sama dan menjualnya pada harga yang lebih rendah dianggap sebagai ________________.

a)

Risiko strategik

b)

Risiko ekonomi

c)

Risiko sistematik

d)

Risiko operasi

14.

Pelan sumbangan tunggal ialah jenis perlindungan berkaitan pelaburan yang mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI:

a)

Peserta melabur dengan membuat satu bayaran sekali gus

b)

Pelan ini membolehkan peserta membuat caruman setiap bulan

c)

Pelan ini sesuai untuk individu yang mempunyai jumlah dana yang tersedia untuk pelaburan

d)

Bayaran manfaat ialah jumlah dilindungi dan nilai unit berkaitan pelaburan

15.

Pelan sumbangan tetap ialah sejenis perlindungan berkaitan pelaburan yang mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI:

a)

Peserta boleh membuat caruman sama ada bulanan, suku tahun, separuh -tahun atau tahunan

b)

Jumlah dilindungin selalunya adalah gandaan daripada caruman tahunan

c)

Pelan ini sesuai untuk individu menganggur yang mewarisi wang dan tidak tahu bagaimana untuk melaburnya

d)

Bayaran manfaat ialah jumlah dilindungi dan nilai unit berkaitan pelaburan