wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Jom Skor A - Set 2 (Perniagaan)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung?

a)

membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma

b)

meningkatkan pelibatan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan

c)

menyediakan premis perniagaan kepada usahawan

d)

menawarkan produk berkualiti tinggi

2.

Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?

a)

membayar fi tertentu kepada francaisor

b)

melaksanakan penyelidikan produk

c)

menyediakan skim latihan pekerja

d)

melakukan promosi

3.

Pernyataan berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.

-Terowong SMART di Kuala Lumpur dibina hasil gabungan syarikat dari Malaysia dengan syarikat asing.

Apakah bentuk perniagaan tersebut?

a)

Francais

b)

Usaha sama

c)

Perkongsian

d)

Syarikat sendirian berhad

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.

  • - mudah ditubuhkan dan mudah diurus

  • - dikenakan cukai individu

  • - keputusan dibuat sepenuhnya oleh pemilik

Apakah contoh pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Setia Global Sdn. Bhd.

b)

Clean clean Enterprise

c)

Koperasi Belia Johor Bahru Berhad

d)

Perniagaan Raju dan Rakan-rakan

5.

Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer?

a)

Rahimi menjual ketam

b)

Hasan menternak udang dalam kolam

c)

AIna memproses ikan dijadikan keropok

d)

Hafiz menghantar sayur-sayuran ke pasar

6.

Puan Siti merupakan seorang pekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat.

Apakah tugas beliau?

a)

Mengedarkan produk bagi memenuhi keperluan pengguna

b)

meningkatkan tahap pengeluaran produk

c)

membuat penyata kewangan syarikat

d)

menyelia fail dan dokumen syarikat

7.

Apakah kelebihan e-dagang kepada peniaga?

a)

mengurangkan persaingan

b)

meluaskan liputan pasaran

c)

memudahkan jualan kredit

d)

mengurangkan risiko penyelewengan

8.

Encik Sam menghadapi masalah kemerosotan jualan akibat lambakan produk baharu yang lebih berkualiti dan menarik di pasaran.

Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab menangani masalah tersebut?

a)

pemasaran

b)

pengeluaran

c)

khidmat pelanggan

d)

penyelidikan dan pembangunan

9.

Antara yang berikut, yang manakah punca berlakunya inflasi?

I peningkatan tinggi permintaan berbanding penawaran barang

II peningkatan tinggi penawaran berbanding permintaan barang

III penduduk meramalkan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan

IV Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan.

  • - menyediakan sebut harga

  • - memberi khidmat teknikal kepada pengguna

Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

jualan

b)

kewangan

c)

pemasaran

d)

pengagihan