Font size
Worksheetskuiz perniagaan
Total questions: 36
Worksheet time: 50mins
Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat.
Penawaran barang dan perkhidmatan
Mewujudkan peluang pekerjaan
Menambahkan pendapatan negara
Membantu masyarakat setempat
Berikut merupakan maklumat Perniagaan Kilang Batik Indah.
Jualan Tahunan : 5 Juta
Bilangan Pekerja Tetap : 70 orang
Saiz perniagaan Syarikat Batik Indah ialah
Besar
Sederhana
Kecil
Antarabangsa
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.
• Hal ehwal syarikat dirahsiakan
• Tidak bebas pindah milik syer
- Liabiliti terhad
Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?.
Usaha sama
Koperasi
Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat Perkongsian
Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu bentuk perniagaan.
-Dimiliki dan dikawal oleh seorang individu sahaja
-Sumber pembiayaan seperti simpanan pemilik, pinjaman dan saudara –mara
-Dikenakan cukai pendapatan perseorangan.
Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?
Koperasi
Perkongsian
Syarikat Berhad
Milikan Tunggal
Antara yang berikut, pernyataan manakah benar tentang ciri-ciri perniagaan francais?
Francaisi perlu membayar fi kepada francaisor
Francaisor menyediakan latihan pengurusan kedai
Francaisor dan francaisi menjalankan perniagaan secara bersama
Francaisor kehilangan hak pemilikan perniagaan
Penyataan manakah betul mengenai kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT)?
PLT mudah diuruskan
Semua rakan kongsi PLT mempunyai tanggungan terhad
Menanggung liabiti tidak terhad
Perlu dibubarkan jika rakan kongsi meninggal dunia
Pernyataan manakah berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia?
I Memberikan pinjaman jangka panjang kepada
perniagaan
II Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang
III Mengawal selia sistem pembayaran negara
IV Memantau dan mengawal keadaan ekonomi.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.
* Menurunkan kadar cukai
* Menurunkan kadar faedah
Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk nmengatasi masalah
inflasi
deflasi
subsidi
peningkatan cukai
Antara yang berikut, manakah kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan dari aspek undang-undang?
I. Pembangunan dalam teknologi digital
II. Sistem perniagaan yang adil dapat diwujudkan
III. Perlindungan daripada gejala penipuan
dalam perniagaan
IV. Pelaksanaan dasar fiskal dan dasar kewangan
oleh kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berikut merupakan faktor yang menyebabkan persekitaran perniagaan berubah.
i. Pekerja kurang bermotivasi
ii. Keadaan ekonomi semakin lembab
Apakah kesan terhadap trend perniagaan?.
trend perniagaan malar
trend perniagaan meningkat
trend perniagaan mendatar
trend perniagaan menurun
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu agensi kerajaan yang terlibat
dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- Memastikan hasil keluaran industri menepati piawaian yang di tetapkan
- Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkannya.
- Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan teknologi
Apakah agensi berkenaan?
MEDEC
MARDI
SIRIM
FELDA
Apakah peranan agensi tersebut?
Menyediakan bantuan modal kepada usahawan berskala besar
Membantu mempromosi produk usahawan ke luar negara
Mempelbagai pilihan barang untuk pengguna
Meningkatkan jumlah perbelanjaan kerajaan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk menangani inflasi?
Melalui dasar kerajaan
Meningkatkan permintaan barang
Meningkatkan pengimportan barang
Meningkatkan kadar faedah
Gaya pengurusan yang manakah menunjukkan tindakan majikan yang tegas bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan?
Gaya pengurusan sederhana
Gaya pengurusan sokongan
Gaya pengurusan autokratik
Gaya pengurusan laissez-faire
Maklumat berikut berkaitan dengan pelepasan cukai.
Syarikat ABC telah dikecualikan pembayaran cukai selama lima tahun
Berdasarkan maklumat yang diberikan, apakah jenis perlepasan cukai tersebut?
Elaun pelaburan semula
Potongan cukai
Taraf perintis
Elaun cukai pelaburan
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.
-Nelayan
-Petani
Apakah jenis pengangguran yang dihadapi oleh kedua-dua jenis pekerjaan tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
Pernyataan di bawah tentang maksud satu huraian strategi analisis SWOT.
Persekitaran luaran peniaga yang boleh menjejaskan perkembangan perniagaan seperti bencana alam yang boleh menyebabkan sumber bahan mentah rosak dan terjejas.
Apakah strategi tersebut?
Kekuatan (Strengths)
Peluang (Opportunity)
Kelemahan (Weakness)
Ancaman (Threats)
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut menunjukkan pernyataan visi bagi sebuah organisasi perniagaan.
VISI
“Menjadi syarikat pengeluar sarung tangan getah yang terunggul di Malaysia.”
Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan visi di atas?
Pelabur memerlukan visi tersebut untuk tujuan membuat pelaburan
Pekerja menjadikan visi tersebut untuk menyokong usaha mereka
Pengurus menjadikan visi tersebut sebagai panduan membuat keputusan
Pemilik memerlukan visi tersebut untuk memaksimumkan keuntungan
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?
Motivasi pekerja akan terjejas
Imej produk terjejas di mata pengguna
Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
Terpaksa mengurangkan harga jualan barang
Bagaimanakah carta organisasi berfungsi dalam menyampaikan visi sebuah syarikat?
I Mendorong semua pihak untuk mencapai matlamat
II Melaksanakan matlamat perniagaan secara spesifik
III Menyampaikan maklum balas dari pekerja kepada pihak
atasan
IV Menyebarkan hala tuju perniagaan kepada pekerja
melalui pengurus
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.
Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.
Apakah ciri objektif yang terlibat?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif dalam perniagaan.
Pacific Aero Products Co., sebuah syarikat pengeluar kapal terbang berjenama Boeing menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan kapal terbangnya.
Apakah ciri objektif tersebut?
Spesifik (specific)
Munasabah (realistic)
Boleh dicapai (attainable)
Jangka masa (time frame)
Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?
Sumber manusia
Ekonomi
Undang-undang
Politik
Analisis yang berikut, manakah merujuk kepada kelemahan faktor dalaman?
Keupayaan dan kemampuan yang dimiliki oleh perniagaan untuk bersaing
Pekerja yang kurang berkemahiran
Kewujudan teknologi baharu
Muncul barang atau perkhidmatan pengganti daripada pesaing
Antara berikut yang manakah kesan kepada perniagaan sekiranya gagal mencapai objektif?
Jualan merosot
Imej terjejas
Menghentikan pembayaran balik hutang
Menghentikan pembelian bahan mentah atau barang niaga
Butiran manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?
Insurans kedai
Belanja alat-alat kecil
Upah pekerja produktif
Kos belian bahan mentah
Berapakah untung yang diperoleh jika 12 000 unit dijual pada harga RM1.20 seunit?
RM800
RM4 800
RM5 600
RM10 400
Berapakah Titik Pulang Modal?
RM1 800
RM4 200
RM5 000
RM7 500
Berapakah Titik Pulang Modal sekiranya kos tetap meningkat sebanyak RM10 000?
2 000 kilogram
6 000 kilogram
12 000 kilogram
15 000 kilogram
Berapakah jumlah batik sutera yang perlu dikeluarkan untuk mendapat keuntungan sasaran sebanyak RM12 000?
120 unit
150 unit
200 unit
300 unit
Berapakah harga jualan seunit?
RM1.50
RM3.50
RM5.00
RM6.00
Berapakah bilangan burger yang perlu dijual untuk mendapat keuntungan sebanyak RM200?
62 biji
125 biji
250 biji
600 biji
Berapakah Titik Pulang Modal?
18 unit
20 unit
30 unit
45 unit
Berapakah bilangan kek yang perlu dikeluarkan oleh kilang tersebut jika sasaran untungnya ialah RM3 000?
1 500 unit
2 250 unit
4 000 unit
4 500 unit
