wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KISAH RAKYAT GURU SKTBM

Total questions: 12

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan kisah rakyat?

a)

Cerita yang diceritakan secara lisan dan bertulis dari nenek kepada cucu.

b)

Cerita yang diceritakan secara lisan dari generasi ke generasi.

c)

Cerita rekaan yang disebarkan sebagai khabar angin.

d)

Kisah benar yang berlaku dalam suatu masyarakat

2.

Antara berikut, yang manakah bukan Kisah Rakyat Malaysia?(Boleh pilih lebih dari 1)

a)

Hikayat Raja Pasai

b)

Puteri Saadong

c)

Abu Hasan Pencuri

d)

Malim Kundang

e)

Monsopiad

3.

1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
________________
7 dulang hati kuman.
7 tempayan air mata anak dara.
7 tempayan air pinang muda.
1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah

a)

7 dulang hati nyamuk

b)

7 cupak hati nyamuk

c)

7 dulang darah nyamuk

d)

3 dulang hati nyamuk

4.

Apakah Kisah Rakyat yang berkaitan langsung dengan petikan di bawah?

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

a)

Pak Pandir

b)

Si Luncai dan Labu-labunya

c)

Lebai Yang Malang

d)

Pak Kaduk

5.

Huminodun adalah kisah rakyat yang berasal dari negeri ________.

a)

Kedah

b)

Sabah

c)

Sarawak

d)

Perlis

6.

Raja Bersiong adalah kisah rakyat berasal dari negeri _________.

a)

Johor

b)

Melaka

c)

Pahang

d)

Kedah

7.

"..Sudah sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, ke mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu.."

Petikan terbabit adalah merujuk kepada Kisah ____________.

a)

Pak Pandir

b)

Pak Kaduk

c)

Nujum Pak Belalang

d)

Lebai Malang

8.

Siapakah watak utama bagi kisah rakyat di dalam petikan di bawah?

__________ mengisahkan tentang seorang puteri raja yang terkena sumpahan ketika baru dilahirkan. Atas arahan tabib, sumpahan itu boleh dihapuskan tetapi dengan syarat puteri raja keluar dari tinggal di istana. Apabila telah dewasa, ________ menjadi sorang gadis yang pandai mengaji dan bersuara merdu namun rupa parasnya tidak cantik.

(a)  

9.

Sang Kelembai adalah kisah rakyat bagi negeri ________________.

a)

Pahang

b)

Johor

c)

Negeri Sembilan

d)

Perak

10.

"..Batu Belah Batu Bertangkup, telanlah aku, makanlah aku. Aku kempunan mahu makan telur ikan tembakul.."

Siapakah yang telah mengucapkan dialog di atas?

a)

Mak Kuntum

b)

Mak Tanjung

c)

Mak Kundur

d)

Mak Melor

11.

Siapakah watak kisah rakyat yang mampu menyumpah orang/makhluk lain menjadi batu?
(Boleh pilih lebih dari satu)

a)

Si Deruma

b)

Sang Kelembai

c)

Naga Tasik Chini

d)

Si Bongkok

12.

Pilih haiwan yang menjadi watak utama di dalam kisah rakyat Malaysia. (Boleh pilih lebih dari satu)

a)

Singa

b)

Buaya

c)

Naga

d)

Kancil

e)

Kerbau