wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENGHAYATAN AL-SIRAH AL-NABAWIYYAH

Total questions: 20

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan keistimewaan mempelajari sirah Nabi SAW, KECUALI :

a)

Sirah yang menceritakan sejarah utusan nabi Allah.

b)

Peringkat kehidupan Rasulullah SAW sangat jelas, iaitu bermula dari zaman kanak-kanak sehingga kewafatan Baginda.

c)

Menceritakan setiap peringkat para anbiya'.

d)

Sirah Rasulullah SAW meliputi setiap sudut kemanusiaan.

2.

Al-Quran menyingkap peristiwa sirah secara _____.

a)

terperinci

b)

ringkas

c)

berpusat

3.

Pilih DUA kitab sirah dalam kategori Kitab Sunan Sittah.

a)

Al-Muwatto'

b)

Sahih al-Bukhari

c)

Bidayah al-Nihayah

d)

Sahih Muslim

4.

Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan mulia, iaitu :

a)

Bani Sa'ad

b)

Bani Quraizah

c)

Bani Ansar

d)

Bani Hasyim

5.

Manakah dalil al-Quran yang menceritakan tentang keyatiman Nabi SAW?

a)

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍۢ ٤

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

b)

قُلْ سُبْحَانَ رَبِّى هَلْ كُنتُ إِلَّا بَشَرًۭا

رَّسُولًۭا ٩٣

Katakanlah (whi MUhammad) : "Maha suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?"

c)

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًۭا فَـَٔاوَىٰ ٦

Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lain Dia memberikan perlindungan?

6.

Pada awal remaja, Baginda SAW mengembala _____ untuk penduduk Mekah.

a)

kambing

b)

unta

c)

lembu

d)

kibas

7.

Bagaimanakah kehidupan Rasulullah SAW sewaktu remaja?

Pilih DUA jawapan.

a)

Baginda tidak menyertai rakan-rakannya bersukaria dan berfoya-foya.

b)

Baginda pernah menyaksikan nyanyian daripada salah sebuah rumah di Mekah.

c)

Baginda turut serta dengan kenakalan kanak-kanak sebaya dengannya.

d)

Baginda tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala.

8.

Peritiwa perletakan Hajar al-Aswad berlaku ketika :

a)

Ka'bah dilanda banjir menyebabkan dindingnya retak.

b)

Setiap kabilah arab sedang bermain-main.

c)

Hajar al-Aswad hilang kerana dicuri.

9.

Baginda bermusafir keluar dari Mekah sebanyak dua kali, iaitu :

a)

pertama bersama Abu Talib ketika berusia 10 tahun dan kedua ketika berusia 20 tahun sebagai peniaga harta dagangan Khadijah.

b)

pertama bersama Abu Talib ketika berusia 11 tahun dan kedua ketika berusia 22 tahun sebagai peniaga harta dagangan Khadijah.

c)

pertama bersama Abu Talib ketika berusia 12 tahun dan kedua ketika berusia 24 tahun sebagai peniaga harta dagangan Khadijah.

d)

pertama bersama Abu Talib ketika berusia 10 tahun dan kedua ketika berusia 25 tahun sebagai peniaga harta dagangan Khadijah.

10.

Apakah nama tempat yang menjadi kebiasaan Nabi SAW berkhalwah?

a)

Gua Thur

b)

Jabal Rahmah

c)

Gua Hira'

d)

Ka'bah

11.

Keperitan sebagai anak yatim atau kesusahan hidup semasa kecil menjadikan seseorang individu :

a)

berlumba-berlumba untuk mencari kesenangan hidup.

b)

sensitif dengan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia.

c)

menjauhkan diri daripada golongan yang kesusahan.

12.

Dalam urusan sara hidup, seseorang pendakwah perlu bergantung kepada sumbangan orang ramai sepenuhnya.

Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

13.

Bilakah wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW?

a)

Apabila Nabi Muhammad berusia genap 25 tahun.

b)

Apabila Nabi Muhammad berusia genap 30 tahun.

c)

Apabila Nabi Muhammad berusia genap 35 tahun.

d)

Apabila Nabi Muhammad berusia genap 40 tahun.

14.

Semasa penurunan wahyu pertama melalui Malaikat Jibril, surah yang dibacakan kepada Rasulullah adalah :

a)

surah al-Muzammil

b)

surah al-'Alaq

c)

surah al-Fatihah

d)

surah al-Muddaththir

15.

Orang pertama yang beriman dengan Baginda SAW dan memeluk Islam ialah :

a)

Khadijah

b)

Saidina Ali

c)

Zaid bin Harithah

d)

Saidina Abu Bakar

16.

Berapa lamakah tempoh dakwah Nabi SAW secara rahsia?

a)

1 tahun

b)

2 tahun

c)

3 tahun

d)

4 tahun

17.

Rasulullah SAW bersama orang-orang mukmin berhimpun secara sulit di :

a)

rumah Rasullah

b)

rumah Abu Bakar

c)

rumah Ali

d)

rumah al-Arqam

18.

Para sahabat RA berhijrah ke Habsyah pada kali pertama adalah seramai :

a)

10 lelaki dan 2 wanita

b)

11 lelaki dan 3 wanita

c)

12 lelaki dan 4 wanita

d)

13 lelaki dan 5 wanita

19.

Abu Talib dan Khadijah meninggal dunia pada tahun :

a)

ke-10 kerasulan

b)

ke-20 kerasulan

c)

ke-30 kerasulan

d)

ke-40 kerasulan

20.

Berlakunya persitiwa Isra' dan Mi'raj sebagai salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah