wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEMERINTAHAN RAJA MUTLAK DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud sistem pemerintahan beraja mutlak? (m.s. 106)

a)

Cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh Perdana Menteri

b)

Cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh Parlimen

c)

Cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh rakyat

d)

Cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh Kabinet

2.

Dinasti pertama di England yang mengamalkan pemerintahan monarki mutlak ialah _________ (m.s. 111)

a)

Dinasti Romanov

b)

Dinasti Stuart

c)

Dinasti Tudor

d)

Dinasti Avis

3.

Baginda merupakan pengasas Dinasti Tudor di England. Siapakah baginda? (m.s. 111)

a)

Raja Charles I

b)

Raja Henry VII

c)

Raja Louis IX

d)

Raja James II

4.

Walaupun England mengamalkan pemerintahan beraja mutlak, raja-raja Dinasti Tudor masih berpegang kepada piagam politik di England iaitu ______ (m.s. 111)

a)

Piagam England

b)

Pengisytiharan Hak

c)

Piagam Atlantik

d)

Magna Carta

5.

Dinasti Tudor menjalankan pemerintahan secara monarki mutlak. (m.s. 111)

a)

Betul

b)

Salah

6.

Sistem pemerintahan mutlak yang diamalkan oleh Dinasti Tudor melahirkan kestabilan politik? (m.s. 111)

a)

Betul

b)

Salah

7.

Raja-raja daripada Dinasti Tudor berjaya mengawal Parlimen England yang terdiri daripada _________ (m.s. 112)

a)

Dewan Negara dan Dewan Rakyat

b)

Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat

c)

Dewan Senat dan Dewan Rakyat

d)

Dewan Perwakilan dan Dewan Rakyat

8.

Dewan Bangsawan (House of Lords) dianggotai oleh (m.s. 112)

a)

tuan tanah yang kaya

b)

golongan pahlawan

c)

golongan puritan

d)

golongan kebanyakan

9.

Golongan ini mempertikaikan kedudukan dan pengaruh golongan bangsawan dan mulaa mendominasi Dewan Rakyat. Siapakah golongan tersebut? (m.s. 113)

a)

Golongan Bangsawan

b)

Golongan borjuis

c)

Golongan kebanyakan

d)

Golongan kerabat diraja

10.

Siapakah golongan puritan? (m.s. 113)

a)

Golongan yang menentang pemerintahan beraja di England

b)

Golongan kelas pertengahan di England

c)

Golongan yang mahu mengekalkan kebesaran Gereja

d)

Golongan yang mahu membersihkan amalan agama daripada pengaruh gereja Katolik Rom

11.

Golongan yang ingin mengekalkan kebesaran gereja dikenali sebagai _________ (m.s. 113)

a)

puritan

b)

anglican

c)

High Church Party

d)

Protestant

12.

Selepas pemerintahan Dinasti Tudor, muncul pemerintahan Dinasti Stuart. Siapakah yang telah memulakan pemerintahan Dinasti Stuart di England / (m.s. 113)

a)

Raja Henry VII

b)

Raja James I

c)

Raja Charles I

d)

Raja James II

13.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh Raja James I di England apabila Parlimen telah mengehadkan kuasa baginda? (m.s. 114

a)

Baginda bertindak membunuh ahli Parlimen

b)

Baginda bertindak menaikkan cukai terhadap rakyat

c)

Baginda bertindak mengadakan hubungan dengan musuh England

d)

Baginda bertindak menjual harta keluarga

14.

Tindakan Raja Charles I memaksa rakyat memberikan sagu hati telah mendorong parlimen memaksa baginda menandatangani _________ (m.s. 114)

a)

Magna Carta

b)

Pengisytiharan Hak

c)

Perjanjian Versailles

d)

Perundingan Damai

15.

Perang Saudara di England melibatkan __________ (m.s. 114)

a)

raja dengan kerabat diraja

b)

raja dengan gereja Anglican

c)

raja dengan Parlimen

d)

raja dengan golongan bangsawan

16.

Siapakah pihak yang menang dalam Perang Saudara? (m.s. 114)

a)

Gereja Anglican

b)

Golongan bangsawan

c)

Parlimen

d)

Raja Charles I

17.

Perang Saudara yang berlaku antara tahun 1642 hingga 1649 telah memberi kemenangan kepada pihak parlimen di bawah pimpinan ______ (m.s.114)

a)

Hugh Julio

b)

Oliver Cromwell

c)

Richard Marc

d)

Louis Colbert

18.

Pada zaman pemerintahan Raja Charles II, parlimen meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Habeas Corpus Act iaitu _______ (m.s. 115)

a)

Akta yang mengawal kuasa raja

b)

Peraturan yang diperkenalkan oleh Parlimen bagi memulihkan kuasa mutlak raja

c)

Undang-undang yang mementingkan hak asasi manusia

d)

Akta yang melindungi hak golongan hamba di England

19.

Revolusi yang telah membawa kepada kemunculan sistem pemerintahan raja berperlembagaan di England ialah ____ (m.s. 115)

a)

Revolusi England

b)

Revolusi Bolshevik

c)

Revolusi Cemerlang

d)

Revolusi Perindustrian

20.

Berikut adalah yang benar tentang Pengisytiharan Hak di England KECUALI (m.s. 115)

a)

Parlimen mesti mengadakan persidangan dari semasa ke semasa

b)

Rakyat berhak untuk menghadapkan raja ke muka pengadilan

c)

Orang yang berbangsa Katolik Rom boleh menjadi raja England

d)

Parlimen boleh mengenakan cukai