wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kelas Tambahan E=MC2ers

Total questions: 15

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Kuantiti manakah adalah kuantiti asas?

a)

Kuasa

b)

Tenaga

c)

Arus

d)

Beza keupayaan

2.

Pemandu dan penumpang sebuah kereta dinasihatkan untuk memakai tapi pinggang keledar. Tali pinggang keledar menghalang mereka daripada terhumban ke hadapan dan mencederakan mereka.

Tujuan pemakaian tali pinggang keledar adalah untuk mengurangkan kesan negatif bagi...

a)

daya

b)

inersia

c)

jisim

d)

berat

3.

Rajah ini menunjukkan graf P melawan V.

Antara berikut, hubungan manakah yang betul?

a)

P berkurang secara linear dengan V

b)

V bertambah secara linear dengan P

c)

P berkadar songsang dengan V

d)

P berkadar langsung dengan V

4.

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah betul tentang pelepasan gas panas melalui ekzos roket semasa roket memecut ke atas?

a)

Pengurangan jisim bahan api akibat pembakaran menyebabkan pecutan roket ke atas bertambah

b)

Jumlah momentum dalam sistem adalah sifar

c)

Tenaga yang terhasil daripada pembakaran bahan api menyebabkan daya tujah roket bertambah

d)

Pecutan roket ke atas sama dengan pecutan graviti roket

5.

Seorang nenek duduk di atas kerusi goyang. Ayunan kerusi goyang akan berkurang dan akhirnya berhenti.

Konsep manakah yang menerangkan situasi ini?

a)

Resonans

b)

Pelembapan

c)

Pantulan gelombang

d)

Pembiasan gelombang

6.

Rajah ini menunjukkan garisan kuning di sebuah stesen kereta api. Penumpang dilarang berdiri di atas garisan kuning kerana boleh menyebabkan kemalangan.

Antara prinsip yang berikut, yang manakah menerangkan larangan tersebut?

a)

Prinsip Bernoulli

b)

Prinsip Pascal

c)

Prinsip Archimedes

d)

Prinsip Keabadian Momentum

7.

Dua objek yang berada dalam keseimbangan terma mempunyai

a)

jisim yang sama

b)

kuantiti tenaga haba yang sama

c)

muatan haba yang sama

d)

suhu yang sama

8.

Tekanan atmosfera boleh diukur dengan menggunakan

a)

barometer

b)

tolok Bourdon

c)

hidrometer

d)

oximeter

9.

Dua objek yang dijatuhkan dari ketinggian yang sama dalam vakum.

Apakah yang berlaku kepada pecutan kedua-dua objek?

a)

Kedua-dua objek mempunyai pecutan sifar.

b)

Kedua-dua objek mempunyai pecutan yang sama.

c)

Pecutan bola ping pong lebih kecil dari bulu ayam.

d)

Pecutan bola ping pong lebih besar dari bulu ayam.

10.

Rajah menunjukkan arus diaruhkan apabila magnet bergerak ke arah gegelung.

Magnitud arus bertambah apabila...

a)

gerakan relatif dikurangkan

b)

bilangan lilitan gegelung dikurangkan

c)

magnitud kekuatan magnet dikurangkan

d)

rintangan gegelung dawai dikurangkan

11.

Transformer ini mempunyai kecekapan 80%.

Jika ia menghasilkan kuasa output 100 W, berapakah arus yang mengalir dalam gegelung primer?

a)

6.25 A

b)

5.15 A

c)

4.00 A

d)

3.75 A

12.

Apakah kutub bagi X dan Y jika wayar kuprum itu bergerak pada arah yang ditunjukkan?

a)

X : SELATAN

Y : SELATAN

b)

X : UTARA

Y : SELATAN

c)

X : SELATAN

Y : UTARA

d)

X : UTARA

Y : UTARA

13.

Pernyataan manakah yang betul?

a)

Suhu daratan menjadi lebih rendah daripada suhu air laut.

b)

Kelajuan udara sejuk lebih tinggi daripada kelajuan udara panas.

c)

Muatan haba tentu air laut lebih tinggi daripada muatan haba tentu daratan.

d)

Ketumpatan udara di atas permukaan daratan lebih tinggi daripada ketumpatan udara di atas permukaan air laut.

14.

Rajah ini menunjukkan sebuah transformer yang digunakan untuk menghidupkan sebiji mentol.

Pernyataan manakah yang benar tentang transformer itu?

a)

Jenis : Transformer Injak Naik

Voltan merentasi mentol : 480 V

b)

Jenis : Transformer Injak Naik

Voltan merentasi mentol : 960 V

c)

Jenis : Transformer Injak Turun

Voltan merentasi mentol : 50 V

d)

Jenis : Transformer Injak Turun

Voltan merentasi mentol : 60 V

15.

Rajah menunjukkan bentuk kanopi bagi sebuah trak yang bergerak pada laju yang tinggi.

Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah mengalami tekanan paling rendah?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D