Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA BERENTAK

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

 Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.

a)

kacau-bilau

b)

bengkang-bengkok

c)

huru-hara

d)

batu-batan

2.

Kaki Bali _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.

a)

calar-balar

b)

lekuk-lekak

c)

bolak-balik

d)

punah-ranah

3.

Badan  saya terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.

a)

comot-momot

b)

kusut-masai

c)

segar-bugar

d)

tawar-hambar

4.

Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik  ________ di pantai itu.

a)

kacau-bilau

b)

riuh-rendah

c)

mundar-mandir

d)

mandi-manda

5.

Sifat  ________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.

a)

remeh-temeh

b)

ramah-tamah

c)

kelam-kabut

d)

keluh-kesah

6.

Rambut Wenday  _______ setelah bangun daripada tidur.

a)

kusut-masai

b)

compang-camping

c)

robak-rabik

d)

huru-hara

7.

Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.

a)

lambat-laun

b)

porak-peranda

c)

serta-merta

d)

riuh-rendah

8.

Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu _______.

a)

serba-serbi

b)

gembar-gembur

c)

kering-kontang

d)

remuk-redam

9.

Rumah Nenek Zaharah _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.

a)

tunggang-langgang

b)

punah-ranah

c)

kacau-bilau

d)

riuh-rendah

10.

Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _____ yang istimewa.

a)

sayur-mayur

b)

rempah-ratus

c)

lauk-pauk

d)

saki-baki

11.

Majlis itu dihadiri oleh semua rakan dan _____ terdekat Puan Dalila.

a)

saudara-mara

b)

kuih-muih

c)

corat-coret

d)

limpah-ruah

12.

Keadaan ______ di Mesir menyebabkan semua pelajar Malaysia yang menuntut di sana pulang ke tanah air.

a)

tunggang-langgang

b)

kacau-bilai

c)

riuh-rendah

d)

hiruk-pikuk

13.

Hati Mei Ling _______ apabila mendapati komputer ribanya hilang.

a)

gundah-gulana

b)

kusut-masai

c)

porak-peranda

d)

kacau-bilau

14.

 _______ ayng terhidang di atas meja itu sungguh menyelerakan.

a)

Rempah-ratus

b)

Lauk-pauk

c)

Saki-baki

d)

Batu-batan

15.

Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.

a)

comot-momot

b)

kusut-masai

c)

kumat-kamit

d)

simpang-siur

16.

Lori yang ________ di kawasan perumahan saya telah mengakibatkan kerosakan jalan yang teruk.

a)

lalu-lalang

b)

simpang-siur

c)

mundar-mandir

d)

bengkang-bengkok

17.

Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______ tradisional.

a)

sayur-mayur

b)

tanah-tanih

c)

rempah-ratus

d)

kuih-muih

18.

Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan Puan Tina akan dilakukan secara ______.

a)

riuh-rendah

b)

hiruk-pikuk

c)

kacau-bilau

d)

gotong-royong

19.

Rumah saya menjadi _________ apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

a)

gelap-gelita

b)

terang-benderang

c)

kacau-bilau

d)

hiruk-pikuk

20.

Puan Salina memerhati dua orang anaknya yang sedang bermain ________.

a)

tanah-tanih

b)

jongkang-jongket

c)

riuh-rendah

d)

sorak-sorai

21.

Pokok padi itu ________apabila ditiup angin.

a)

bengkang-bengkok

b)

lenggang-lenggok

c)

simpang-siur

d)

liang-liuk

22.

Nasi itu _______ kerana  api dapur terlalu besar.

a)

hancur-lebur

b)

hangir-pengit

c)

gelap-gelita

d)

haru-biru

23.

enjaja tanpa lesen itu lari _______ apabila diserbu oleh pihak berkuasa.

a)

simpang-siur

b)

kucar-kacir

c)

lintang-pukang

d)

huru-hara

24.

_________ para penyokong menaikkan lagi semangat pemain-pemain bola sepak untuk menjaringkan gol.

a)

jerah-jerih

b)

sorak-porai

c)

riuh-rendah

d)

hiruk-pikuk

25.

Jason berasa curiga melihat seorang pemuda yang berjalan ________ di hadapan rumah jirannya.

a)

mundar-mandir

b)

lenggang-lenggok

c)

simpang-siur

d)

lambat-laun

26.

 Sesiapa yang dapat menjawab ________ itu akan diberi hadiah oleh Cikgu Rahman.

a)

lekak-lekuk

b)

teka-teki

c)

selang-seli

d)

kotak-katik

27.

Cikgu Nadia menegur pakaian Anand yang ________.

a)

kacau-bilau

b)

punah-ranah

c)

serba-serbi

d)

kusut-masai

28.

Khemah itu akan disewa oleh penduduk kampung setiap kali ________ diadakan.

a)

kering-kontang

b)

sorak-sorai

c)

kenduri-kendara

d)

beli-belah

29.

Bintang yang berkerdipan pada waktu malam menjadikan langit _______.

a)

gelap-gelita

b)

terang-benderang

c)

warna-warni

d)

senang-lenang

30.

Salah satu tanda keracunan makanan ialah pesakit akan mengalami ________.

a)

cirit-birit

b)

calar-balar

c)

huru-hara

d)

hiruk-pikuk