Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata berimbuhan apitan 4 Sukses

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang merupakan watak utama dalam ................................. teater bangsawan.

a)

pementasan

b)

permainan

c)

pelarian

d)

pergaulan

2.

Encik Chan memuji ................................. yang ditunjukkan oleh anaknya itu.

a)

kejujuran

b)

kewangan

c)

kemanisan

d)

kebimbangan

3.

Azim makan nasi ................................. ayam goreng sahaja.

a)

berintikan

b)

berlaukkan

c)

beralaskan

d)

bertemankan

4.

Kami menerima undangan untuk ................................. persembahan silap mata yang akan diadakan di Dewan Tunku Bainun.

a)

mendatangi

b)

menziarahi

c)

menyaksikan

d)

mempersembahkan

5.

Murid-murid ................................. oleh guru besar supaya tidak membawa barangan berharga ke sekolah.

a)

dipulangkan

b)

digunakan

c)

disayangi

d)

dinasihati

6.

Kishan dan Chan Ho akan menyertai ................................. sempena Hari Kebangsaan.

a)

pesisiran

b)

pemberian

c)

perbarisan

d)

pertubuhan

7.

Peragawati itu ................................. busana tradisional yang dihasilkan semasa zaman kesultanan Melayu Johor.

a)

merumitkan

b)

melalaikan

c)

meneruskan

d)

meragakan

8.

Damia pergi ke perpustakaan sekolah untuk ................................. buku yang dipinjamnya.

a)

memulangkan

b)

menyorokkan

c)

memberikan

d)

mempunyai

9.

Shamala menyimpan hadiah ................................. guru kelasnya di dalam beg.

a)

penulisan

b)

perbarisan

c)

pemberian

d)

pertandingan

10.

Cikgu Melati berasa bangga kerana ................................. murid yang jujur dan amanah.

a)

melewati

b)

mempunyai

c)

memberikan

d)

mengemaskan

11.

Beg duit itu sudah ................................. kepada pemiliknya semalam.

a)

dibawakan

b)

dibersihkan

c)

disimpankan

d)

dipulangkan

12.

Sandra membantu ibunya ................................. barang-barang di dalam bilik stor.

a)

mengemaskan

b)

mempunyai

c)

membacakan

d)

menjalani

13.

Hujan yang tidak berhenti dari semalam menyebabkan ................................. mereka ditenggelami air.

a)

kediaman

b)

kedudukan

c)

kesenian

d)

kewajipan

14.

Sikapnya yang berbudi bahasa dan merendah diri itu menyebabkannya ................................. oleh guru-guru.

a)

disayangi

b)

dikemaskan

c)

dilihati

d)

dibacakan

15.

Fahim ................................. sebahagian mi goreng yang dibawa kepada rakannya yang terlupa membawa wang belanja.

a)

mengemaskan

b)

memberikan

c)

memaklumkan

d)

menandakan

16.

Loceng berbunyi ................................. waktu rehat.

a)

memberikan

b)

memulangkan

c)

menandakan

d)

menghilangkan

17.

Fahmi ................................. kepada guru bertugas tentang wang Lajis yang hilang.

a)

memaklumkan

b)

menolakkan

c)

mengisikan

d)

menjalankan

18.

Ustaz Syihan memimpin bacaan doa semasa majlis ................................. sekolah pada pagi itu.

a)

perhimpunan

b)

pertahanan

c)

pertandingan

d)

pertubuhan

19.

Kapten Alfian merupakan juruterbang di syarikat ................................. yang terkemuka di dunia.

a)

persembahan

b)

penulisan

c)

pemerhatian

d)

penerbangan

20.

Puan Ratna ................................. hasratnya kepada suaminya untuk bercuti ke luar negara.

a)

menyatakan

b)

meluluskan

c)

memutuskan

d)

menyediakan