wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2023 SEJ TRIAL KULAI SET 1

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan wilayah taklukan?

a)

Kawasan pemerintahan raja berdaulat

b)

Wilayah yang diperoleh melalui peperangan

c)

Wilayah yang menerima ketuanan secara rela

d)

Kawasan yang diperintah melalui wakil sultan

2.

Maklumat berikut berkaitan Undang-undang Laut Melaka.

** Fasal 9 : seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran

Apakah hukuman yang dikenakan jika malim lalai sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan kapal?

a)

Dipenjarakan

b)

Bayar ganti rugi

c)

Hukuman bunuh

d)

Pelucutan jawatan

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Barat pada abad ke-18.

** 1789 -->> Revolusi Perancis Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Kemunculan Republik Perancis

b)

Pengukuhan kuasa golongan raja

c)

Pengekalan kuasa golongan bangsawan

d)

Kemunculan sistem Raja Berperlembagaan

4.

Bagaimanakah tokoh berikut berperanan dalam membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan masyarakat di negara kita pada awal abad ke-20?

● Abdul Rahim Kajai

● Muhammad Rakawi Yusuf

● Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)

a)

Mewujudkan persatuan

b)

Membentuk parti politik

c)

Mengasas gerakan revolusi

d)

Menghasilkan penulisan kreatif

5.

Bagaimanakah tentera Bersekutu berjaya memperdayakan tentera Jerman pada tahun 1944 melalui operasi kod “D-Day”?

I Memasang poster propaganda

II Mengelirukan tempat pendaratan

III Memasuki Jerman dari arah barat

IV Mengadakan kempen pengampunan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Dua batalion Rejimen Askar Melayu terlibat dalam usaha mempertahankan tanah air ketika serangan tentera Jepun.

Apakah perkara yang mencetuskan penentangan tersebut?

a)

Dasar pentadbiran Jepun

b)

Dasar Jepun terhadap agama

c)

Tuntutan peluang pendidikan

d)

Pemerintahan yang kejam

7.

Bantahan rakyat terhadap Malayan Union dilaksanakan melalui akhbar, cendekiawan, persatuan Melayu, kongres dan perhimpunan besar-besaran.

Apakah akhbar yang menyuarakan bantahan tersebut?

a)

Warta Malaya

b)

Utusan Melayu

c)

The Malay Mail

d)

Fajar Sarawak

8.

Apakah X?

a)

Vyner Brooke mengetepikan wasiat Charles Brooke

b)

James Brooke menjual Sarawak kepada British

c)

Charles Brooke menentang penyerahan

d)

Vyner Brooke mengingkari perjanjian

9.

Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Pesekutuan Tanah Melayu 1948.

Apakah faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

I Ketidakpuasan hati terhadap British

II Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO

III Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union

IV Kegagalan British mentadbir Malayan Union di Tanah Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Apakah faedah yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kedudukan istimewa dilindungi

b)

Kebebasan raja berpolitik

c)

Menentukan kerakyatan

d)

Menguasai pentadbiran

11.

Maklumat berikut merujuk kepada ancaman Parti Komunis Malaya.

● Menyerang lombong bijih timah

● Merosakkan pokok getah

● Membakar rumah kongsi

Mengapakah komunis bertindak demikian?

a)

Mengukuhkan ideologi

b)

Melumpuhkan ekonomi

c)

Mendapatkan sokongan

d)

Menunjukkan kekuatan

12.

Pada tahun 1948, pihak British telah menubuhkan pasukan Special Constables.

Apakah tanggungjawab Special Constables?

a)

Menjalankan tugas perisikan

b)

Membuat rondaan di pinggir hutan

c)

Mempertahankan kawasan kampung

d)

Mengawal ladang dan lombong

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan Sistem Ahli. Ciri-ciri Sistem Ahli ialah

● Satu sistem kabinet bayangan

● Bertanggungjawab menjaga portfolio

● X

Apakah X ?

a)

Ahli dipilih melalui pilihan raya

b)

Ahli terdiri daripada pegawai Inggeris

c)

Ahli diletakkan di bawah kuasa Sultan.

d)

Ahli dilantik oleh Persuruhjaya Tinggi British

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan cadangan Laporan Woodhead tentang pendidikan di Sarawak dan Sabah?

a)

Mengutamakan bahasa Inggeris

b)

Mendirikan sekolah pelbagai etnik

c)

Mewajibkan penggunaan bahasa Melayu

d)

Membina sekolah di kawasan luar bandar

15.

Apakah tujuan pilihan raya tersebut dilaksanakan?

a)

Menubuhkan Sistem Kabinet bayangan

b)

Memilih Ketua Menteri Persekutuan

c)

Merintis jalan ke arah kemerdekaan

d)

Membentuk Persekutuan Tanah Melayu

16.

Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.

Apakah peranan kabinet tersebut?

I Meminta Kuasa Veto Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan

II Membincangkan isu keselamatan dalam dan luar negara

III Menamatkan sistem pemerintahan demokrasi

IV Mengurangkan kuasa pentadbiran British

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk bagi membincangkan dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Apakah gerak kerja suruhanjaya tersebut?

a)

Mengkaji pentadbiran Negeri-negeri Melayu

b)

Meminta cadangan daripada Raja-raja Melayu

c)

Mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu

d)

Menerima nasihat perundangan dari Britain

18.

Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957 merupakan satu perkara penting kepada penduduk Tanah Melayu?

a)

Mengukuhkan peranan pembesar Melayu

b)

Menamatkan pemerintahan monarki

c)

Memantapkan sistem perundangan negeri

d)

Membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

19.

Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu.

● Jawatankuasa Persediaan Fizikal

● Jawantankuasa Sambutan

Mengapakah persediaan sambutan kemerdekaan tersebut penting?

a)

Mendukung warisan bangsa

b)

Menonjolkan identiti negara

c)

Mematuhi prinsip kenegaraan

d)

Melambangkan kemajuan negara

20.

Antara berikut, yang manakah adalah maklumat berkaitan dengan pingat yang diterima oleh Tunku Abdul Rahman selepas selesai ucapannya di Padang Kelab Selangor?

I Bendera Persekutuan

II Gambar Tunku Abdul Rahman

III Peta Semenanjung Tanah Melayu

IV Tandatangan Yang di- Pertuan Agong

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Apakah maksud kedaulatan dalam Bahasa Melayu?

a)

Kuasa kerajaan

b)

Kebebasan negara

c)

Keagungan pemimpin

d)

Kekuasaan tertinggi negara

22.

Sebagai rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat, bagaimanakah perpaduan kaum dapat dikekalkan?

a)

Menyertai pasukan keselamatan

b)

Menjadi calon pilihan raya umum

c)

Menghayati prinsip Rukun Negara

d)

Menyalur maklumat pencerobohan

23.

Pernyataan berikut berkaitan dengan Majlis Negeri Perak

** Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak 1877 telah dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf.

Apakah peranan Majlis Negeri Perak?

a)

Membincangkan kedudukan orang Melayu

b)

Menggubal undang-undang negeri Perak

c)

Menasihati Gabenor

d)

Menasihati sultan

24.

Mengapakah berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963?

a)

Menjalankan pilihan raya umum

b)

Mengukuhkan sistem beraja

c)

Pembentukan Malaysia

d)

Pemisahan Singapura

25.

Bagaimanakah pemerintahan beraja diperkukuhkan selepas kemerdekaan negara?

a)

Dibentuk Majlis Sultan-Sultan

b)

Diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan

c)

Mendapat kuasa mutlak dalam pemerintahan

d)

Menasihati Perdana Menteri dalam urusan negara

26.

Mengapakah setiap rakyat perlu menunaikan tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya?

a)

Proses memilih wakil rakyat

b)

Penggubalan undang-undang

c)

Penyatuan negara diperkukuh

d)

Perpaduan dapat kaum dibentuk

27.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa yang khusus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Apakah kuasa tersebut?

I Pendidikan

II Kebudayaan

III Perundangan

IV Pemerintahan

a)

I dan II

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Apakah X?

a)

Menyediakan rumah mampu milik

b)

Membina perumahan di luar bandar

c)

Mengatasi masalah harga perumahan

d)

Mempelbagaikan jenis perumahan

29.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman menggalakkan penyatuan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura?

a)

Meningkatkan dasar sosial

b)

Meningkatan taraf hidup rakyat

c)

Membendung ancaman komunis

d)

Mengukuhkan penguasaan politik

30.

Maklumat berikut merujuk kepada peristiwa yang berlaku di Indonesia.

** 30 September 1965 -->> Jeneral Suharto menjadi Presiden Indonesia

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Dasar konfrontasi tamat

b)

Pengaruh komunis kukuh

c)

Dasar ekonomi negara terjejas

d)

Pemerintahan republik dibentuk

31.

Apakah langkah yang diambil bagi menangani ancaman komunis tersebut?

a)

Melarang penduduk keluar dari rumah

b)

Mengisytiharkan program pengampunan

c)

Melancarkan Operasi Hammer Sarawak

d)

Mengadakan Perjanjian Kerjasama Sempadan

32.

Maklumat di bawah mengenai isu pembangunan dan ekonomi yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia.

● Peluang pekerjaan yang terhad

● Kadar pengangguran meningkat

Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut ?

a)

Menubuhkan pusat latihan vokasional dan teknikal

b)

Menggerakkan aktiviti perkilangan

c)

Mendapatkan bantuan Bank Dunia

d)

Mengurangkan kadar kelahiran

33.

Bagaimanakah Kajian Aminuddin Baki boleh merealisasikan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan tersebut?

I Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah

II Memperkenalkan sekolah aneka jurusan

III Mewujudkan sekolah kebangsaan

IV Bahasa Melayu bahasa pengantar di sekolah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dn III

d)

III dan IV

34.

Berikut adalah prinsip Rukun Negara yang ketiga.

** Keluhuran Perlembagaan

Bagaimanakah rakyat boleh menghayati prinsip di atas ?

a)

Menerima kemuliaan perlembagaan

b)

Membentuk keperibadian yang baik

c)

Mengamalkan konsep perpaduan kaum

d)

Mengamalkan agama dalam kehidupan

35.

Apakah kepentingan penubuhan agensi kerajaan tersebut?

a)

Membuka tanah baharu

b)

Mempelbagaikan hasil industri

c)

Meningkatkan pengeluaran getah

d)

Membuka peluang pekerjaan di bandar

36.

Apakah usaha kerajaan untuk mencapai pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) agar bumiputera dapat bersaing dalam perniagaan moden?

a)

Memperkenalkan subjek perniagaan kepada bumiputera

b)

Memberikan pendedahan dengan teknologi terbaharu

c)

Mewujudkan sekatan perdagangan produk luar negara

d)

Membentuk kawasan industri khusus bumiputera

37.

Sekiranya anda merupakan pemimpin negara, apakah perkara yang mempengaruhi penggubalan dasar luar negara?

I Hubungan perdagangan

II Amalan demokrasi

III Persekitaran luar

IV Ikatan sejarah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Malaysia menentang dasar Aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.

Mengapakah Malaysia bertindak sedemikian?

a)

Menghapuskan dominasi ekonomi

b)

Memperjuangkan hak asasi manusia

c)

Menolak pencerobohan wilayah

d)

Menghentikan perang saudara

39.

Bagaimanakah pendekatan Malaysia untuk menangani tohmahan tersebut?

a)

Menganjurkan beberapa persidangan

b)

Melaksanakan rundingan damai

c)

Memberi bantuan kemanusiaan

d)

Mengetengahkan nilai kesederhanaan

40.

Mengapakah Malaysia mengambil pelbagai tindakan untuk membantu rakyat Palestin daripada kekejaman rejim Zionis Israel?

a)

Melaksanakan sistem kewangan Islam di Palestin

b)

Menuntut pembelaan dan keadilan rakyat Palestin

c)

Mengukuhkan hubungan diplomasi dengan Palestin

d)

Mengurangkan pengangguran di Palestin