NEW
Font size
WorksheetsKUIZ SEKOLAH RUKUN NEGARA POLITEKNIK MUADZAM
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Berikut adalah peristiwa yang berkaitan dengan kewujudan Rukun Negara kecuali?
Pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1963
Penubuhan MAGERAN
Pembentukan Majlis Perundingan Negara (MAPEN)
Peristiwa 13 Mei 1963
Bilakah MAGERAN ditubuhkan?
31 Ogos 1957
16 September 1969
31 Ogos 1970
16 Mei 1969
Siapakah Pengerusi MAGERAN?
Tun Abdul Razak Hussein
Tun Hussein Onn
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Peranan Majlis Perundingan Negara (MAPEN)?
Mencari jalan untuk menyelesaikan masalah pelbagai kaum
Meneliti isu-isu perpaduan negara
Mengambil alih pentadbiran negara bagi mengekalkan keamanan
Bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia
Rukun Negara bercita-cita untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik, progresif dan bersatu padu serta bersikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak. Pada tahun berapakah Rukun Negara diisytiharkan?
16 September 1967
16 September 1971
31 Ogos 1957
31 Ogos 1970
Apakah objektif pertama Rukun Negara?
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
Membina negara maju
Memelihara satu cara hidup Demokratik
Kepercayaan kepada Tuhan
Objektif Rukun Negara adalah seperti berikut kecuali
Memelihara satu cara hidup demokratik
Membina sebuah masyarakat yang progresif
Mewujudkan suatu kebudayaan kebangsaan
Mencipta satu masyarakat yang adil dan saksama
Apakah makna prinsip Rukun Negara yang ke empat?
Kerajaan dan rakyat keseluruhannya terikat dengan undang-undang dan wajib mematuhinya
Membentuk seseorang individu yang berdisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang bersopan santun dan bertatasusila
Menjadi ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara
Memberi perlindungan kepada setiap rakyat akan hak keistimewaan mereka sebagai warganegara
Berikut adalah susunan yang tepat Prinsip-prinsip Rukun Negara :
i. Kepercayaan Kepada Tuhan
ii. Kedaulatan Undang-Undang
iii. Kesopanan Dan Kesusilaan
iv. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
v. Keluhuran Perlembagaan
i, iv, iii, ii, v
iv, ii, iii, i, v
i, iv, v, iii, ii
i, iv, v, ii, iii
"Ali sering memburuk-burukkan rakannya di media sosial". Perbuatan Ali ini boleh dikaitkan dengan ...........?
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesopanan dan Kesusilaan
