wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2023 SEJ TRIAL SARAWAK (BINTULU)

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Bendahara merupakan pembesar yang mempunyai peranan penting dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan tersebut?

a)

Ketua turus angkatan tentera

b)

Menguruskan perbendaharaan

c)

Mengawasi kutipan cukai di pelabuhan

d)

Mengetuai pelantikan jawatan hububalang

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang bertulis.

**Hukum Kanun Melaka

**Undang-undang Laut Melaka

Apakah kepentingan undang-undang bertulis tersebut?

a)

Menyebarkan agama

b)

Mengukuhkan kerajaan

c)

Menyebarkan pengaruh

d)

Mengukuhkan kuasa raja

3.

Apakah tujuan pergerakan nasionalisme di China?   

 

a)

Mengukuhkan peradaban

b)

Menghapuskan pemberontakan

c)

Mengekalkan pemerintahan berpusat

d)

Memperbaiki sosioekonomi penduduk

4.

British telah memperkenalkan dasar desentralisasi di Tanah Melayu.

Apakah kesan dasar tersebut terhadap negara?

 

a)

Memajukan sistem pendidikan

b)

Mengeksploitasi bahan mentah

c)

Meningkatkan peluang pekerjaan

d)

Mengembalikan kuasa sultan

5.

Perang Dunia Kedua tercetus pada

Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?

I Kegagakan Liga Bangsa-bangsa

II Perkembangan kuasa imperialis baharu

III Penyekatan ekonomi terhadap kuasa Jerman

IV Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Jepun di Tanah Melayu.

**Gerakan anti-Jepun yang semakin meningkat mendorong kuasa Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA.

Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Tanah Melayu?

 

a)

Mengerakkan kerjasama rakyat

b)

Memperoleh tuntutan kemerdekaan

c)

Menimbulkan ketegangan kaum

d)

Meningkatkan serangan gerila

7.

Mengapakah perkhidmatan British Military Administration (BMA) ditamatkan oleh British?

 

a)

Ketegangan hubungan antara pelbagai kaum

b)

Kemasukan pengaruh komunis ke Tanah Melayu

c)

Kekurangan sokongan daripada penduduk pribumi

d)

Ketidakupayaan menangani masalah di Tanah Melayu

8.

Sebagai rakyat patriotik, mengapakah anda menentang Malayan Union?

 

a)

Memulihkan perpaduan kaum

b)

Membawa masuk golongan imigran

c)

Membentuk perjajahan secara mutlak

d)

Membantut kemajuan ekonomi negara

9.

Apakah cadangan PUTERA-AMCJA sebagai alternatif menggantikan Perjanjian Persekutuan 1948?

 

a)

Perlembagaan Rakyat

b)

Perlembagaan Malaysia

c)

Perlembagaan Bersama

d)

Perlembagaan Gabungan

10.

Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?

a)

Pelbagai kumpulan etnik digabungkan

b)

Dilantik sebagai rakyat peribumi

c)

Diiktiraf sebagai penduduk asal

d)

Status quo mereka terancam

11.

Mengapakah mereka bertindak demikian?

I Menamatkan Malayan Union

II Menentang pentadbiran Jepun

III Menubuhkan kerajaan republik

IV Melumpuhkan ekonomi negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Bagaimanakah kerajaan mengawal pergerakan penduduk di bawah Undang-undang Darurat?

I Penggunaan kad pengenalan

II Sistem pendaftaran kebangsaan

III Penubuhan pasukan perisikan

IV Menyerang kubu komunis

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Senarai berikut merupakan sekolah yang terdapat di Tanah Melayu.

** Sekolah Melayu

** Sekolah Cina

** Sekolah India

** Sekolah Inggeris

Apakah sistem persekolahan tersebut?

a)

Sekolah umum

b)

Sekolah rendah

c)

Sekolah vernakular

d)

Sekolah kebangsaan

14.

Apakah kepentingan Sistem Ahli terhadap usaha ke arah kemerdekaan?

a)

Melancarkan proses pilihan raya

b)

Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran

c)

Memastikan orang Melayu terlibat dalam pentadbiran

d)

Memastikan setiap portfolio diketuai oleh Ahli yang dilantik oleh British

15.

Mengapakah Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan?

a)

Meluluskan lambang parti calon

b)

Menentukan kawasan pilihan raya

c)

Mengendalikan kempen pilihan raya

d)

Menjalankan pendaftaran parti politik

16.

Maklumat berikut merujuk kepada ucapan perasmian Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1955.

“Ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah Majlis ini dan sebuah peristiwa penting dalam perjuangan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.”

Apakah majlis yang dimaksudkan dalam ucapan tersebut?

a)

Majlis Raja-raja Melayu

b)

Majlis pelantikan Ketua Menteri

c)

Majlis Pilihan Raya Persekutuan

d)

Majlis Perundangan Persekutuan

17.

Tunku Abdul Rahman dan wakil raja-raja Melayu telah mengadakan satu misi rundingan di London berkaitan kemerdekaan.

Pada pendapat anda, apakah semangat yang dimiliki oleh anggota rombongan tersebut?

a)

Berani

b)

Amanah

c)

Patritotik

d)

Toleransi

18.

Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

a)

Pemilihan wakil rakyat

b)

Pengisytiharan tarikh kemerdekaan

c)

Parti perikatan berjaya dalam Pilihan Raya

d)

Memohon kemerdekaan penuh pada tahun hadapan

19.

Kemerdekaan negara tercapai kerana sumbangan tokoh-tokoh nasionalis negara.

Bagaimanakah generasi hari ini menghargai jasa mereka?

 

a)

Menuntut pelbagai kemahiran

b)

Mematuhi perundangan negara

c)

Membangunkan ekonomi negara

d)

Menyanjungi pengorbanan mereka

20.

Apakah persamaan peranan kedua-dua institusi berikut?

** Parlimen

** Dewan Undangan Negeri

a)

Menggubal perundangan

b)

Menjalinkan pentadbiran

c)

Menentukan dasar kerajaan

d)

Menentukan hala tuju negara

21.

Berikut adalah perkataan bahasa Arab yang merujuk kepada kedaulatan.

** Daulah

Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Menjadi negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kerajaan yang terikat oleh undang-undang

d)

Memiliki kebebasan peringkat antarabangsa

22.

Pemerintah dan rakyat memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Pernyataan manakah yang menerangkan peranan tersebut?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

23.

Maklumat berikut adalah model yang digunakan oleh Suruhanjaya Reid dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

** Model Westminster

Apakah ciri penting model tersebut?

a)

Berasaskan model negara Britain

b)

Digubal oleh pertubuhan Komanwel

c)

Berlandaskan Demokrasi Berparlimen

d)

Membentuk sistem Kerajaan Persekutuan

24.

Berikut merupakan pindaan Perlembagaan 1965 berkaitan dengan pemisahan Singapura.

** Imigresen

** Kewangan

** Hubungan Luar

** X

Apakah X?

a)

Kesihatan

b)

Pendidikan

c)

Pertahanan

d)

Mahkamah

25.

Apakah kepentingan cap mohor tersebut?

a)

Mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat

b)

Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri

c)

Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu

d)

Meluluskan undang-undang yang digubal Parlimen

26.

Bagaimanakah keahlian Dewan Rakyat dipilih?

a)

Dilantik oleh Majlis Raja-Raja

b)

Dipilih rakyat melalui pilihan raya

c)

Diluluskan oleh Perlembagaan Persekutuan

d)

Diperkenalkan oleh Yang di-Pertuan Agong

27.

Mengapakah pembahagian kuasa dilakukan?

a)

Menjaga hak asasi rakyat

b)

Melicinkan sistem pemerintahan

c)

Mengukuhkan sistem kebudayaan

d)

Memantapkan pertahanan negara

28.

Program Perumahan Rakyat (PPR) telah dilaksanakan pada tahun 1997.

Apakah kebaikan perlaksanaan program tersebut?  

I Membangunkan kawasan luar bandar

II Membuka kawasan baharu untuk perumahan

III Menyelesaikan masalah kekurangan rumah

IV Menghapuskan masalah kemiskinan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Maklumat berikut merujuk kepada idea gagasan Malaysia.

**Penyatuan wilayah penguasaan British

**Membentuk satu sistem pentadbiran dan ekonomi

           

Mengapakah langkah tersebut diambil?

a)

Memudahkan pentadbiran British

b)

Meneruskan imperialism Barat

c)

Melaksanakan dekolonisasi

d)

Menamatkan perang dunia

30.

Senarai berikut merupakan dasar konfrontasi yang telah dilakukan Indonesia ke atas Gagasan Malaysia.

 **Pendaratan tentera Indonesia di Tebedu, Sarawak

**Peristiwa berbalas tembakan tentera Malaysia dan Indonesia

             

Bagaimanakah tindakan Malaysia menangani isu serangan tersebut?

a)

Menuntut campur tangan Brunei

b)

Melaksanakan sekatan ekonomi

c)

Mengadakan rundingan damai

d)

Membuat aduan kepada PBB

31.

Apakah cabaran dalaman negara selepas pembentukan Malaysia?

a)

Kekurangan bahan mentah

b)

Kepelbagaian kaum dan etnik

c)

Kekurangan pemimpin berwibawa

d)

Ketidakseimbangan sosioekonomi

32.

Kerajaan melaksanakan pelbagai program dalam usaha mengatasi isu pembangunan dan ekonomi.

**Kadar pengangguran meningkat

**Peluang pekerjaan yang terhad

Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut selepas merdeka?

a)

Menubuhkan pusat latihan vokasional

b)

Melaksanakan sistem pertanian pintar

c)

Mencari pasaran baharu bagi bijih timah

d)

Menubuhkan kawasan perindustrian baharu

33.

Antara berikut, yang manakah merupakan ideologi yang diusahakan oleh kerajaan untuk perpaduan rakyat?

a)

Pilihan Raya

b)

Tugu Negara

c)

Rukun Negara

d)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

34.

Bagaimanakah Rukun Negara dapat membentuk masyarakat yang adil?

a)

Mengamalkan pelbagai adat

b)

Menguasai sains dan teknologi

c)

Masyarakat bebas daripada penindasan

d)

Membentuk masyarakat yang suka bersaing

35.

Rancangan Buku Hijau dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.

Apakah perkara yang diberi tumpuan dalam pelaksanaan dasar tersebut?

a)

Meneroka kawasan hutan untuk pertanian

b)

Memajukan teknologi di kawasan luar bandar

c)

Memantapkan kegiatan ekonomi perindustrian

d)

Menjalankan perkebunan secara berkelompok

36.

Maklumat berikut merupakan salah satu strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

**Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar

**Pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar

  

Bagaimanakah kerajaan melaksanakan strategi tersebut?

a)

Memperkenalkan program kitar semula

b)

Memulakan program agropelancongan

c)

Menumpukan penggunaan teknologi hijau

d)

Menggalakkan penggunaan teknologi pintar

37.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai hubungan erat dengan pelbagai kerajaan di rantau dan luar Alam Melayu pada abad ke-15.

Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan luar pada ketika itu?

I Mengekalkan penguasaan perdagangan di Selat Melaka

II Memperoleh perakuan tentang kedaulatan Melaka

III Membantu menguasai tanah jajahan yang luas

IV Melancarkan sistem pemerintahan kerajaan Melaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Maklumat berikut adalah perubahan dasar luar Malaysia pada tahun 1970-an.

**Dasar Berkecuali

Apakah perkara yang membuktikan perubahan dasar Malaysia tersebut?

a)

Menandatangani Perjanjian Pertahanan Malaysia-British

b)

Menjadi perantara menyelesaikan konflik antara Iran-Iraq

c)

Mengisytiharkan deklarasi ZOPFAN bersama negara ASEAN

d)

Menjalinkan hubungan dengan negara luar tanpa mengira ideologi

39.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh negara kita dalam pasaran antarabangsa?

a)

Kebergantungan pinjaman luar

b)

Dominasi ekonomi negara maju

c)

Ketidakstabilan nilai mata wang

d)

Tarif dan cukai yang murah

40.

 Apakah kepentingan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara?

a)

Memelihara keamanan sejagat

b)

Menghormati prinsip negara Komanwel

c)

Meningkatkan kerjasama sosioekonomi 

d)

Melindungi hak asasi manusia