WorksheetsBUNYI KONSONAN
Total questions: 22
Worksheet time: 14mins
Bidang fonologi adalah kajian bahasa berkaitan perkara di berikut, kecuali
fonetik
alat pertuturan
fonemik
kelantangan suara
Apakah bunyi bahasa?
Bunyi-bunyi yang bermakna yang terdapat dalam pertuturan sesuatu bahasa
Apa-apa sahaja bunyi yang dilafazkan oleh mulut
Bunyi suara haiwan-haiwan
Bunyi yang tidak difahami oleh pendengar
Yang manakah terdiri daripada pasangan minimal?
pagi, sapi
sabun, sukun
kaya, paya
sabut, biskut
Perkataan yang berakhir dengan konsonan letupan dua bibir tak bersuara
lambat
mantap
panas
kentut
Dua atau lebih konsonan yang hadir secara berturutan dalam sesuatu suku kata. Yang perkataan yang berkaitan dengan pernyataan ini?
Straw, restu
rendah, bank
kursus, nyaman
ekspres, kolostrum
Yang manakah kumpulan konsonan yang kesemuanya pita suara bergetar semasa menghasilkannya?
[p], [t], [g]
[b], [k], [m]
[d], [k], [l]
[g], [l], [n]
Ayat yang manakah yang menggunakan perkataan yang mengandungi konsonan pinjaman pada akhir perkataan itu?
Pada zahirnya dia gembira, namun sebenarnya dia berduka
Pejabat Pendaftar Pertubuhan mengarahkan agar mesyuarat diadakan semula
Dengan sekali lafaz sahaja, dia disahkan menjadi suami kepada artis terkenal itu
Syarikat di Temerloh terpaksa ditutup oleh sebab mengalami masalah kewangan
Yang manakah perkataan yang mempunyai konsonan pinjaman yang semasa penghasilannya pita suara tidak bergetar?
khazanah
menziarahi
vandalisme
kemusykilan
Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi konsonan pinjaman geseran bibir-gigi tak bersuara?
I [fikir]
II [orbit]
III [wakaf]
IV [vitamin]
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Semasa menghasilkan bunyi konsonan ini, gigi atas diletakkan pada bibir bawah. Udara keluar melalui rongga mulut melalui sempitan pada bibir-gigi, lelangit lembut dinaikkan dan pita suara tidak bergetar. Nyatakan konsonan yang dihasilkan.
geseran gusi-lelangit keras tak bersuara
konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara
geseran bibir-gigi tak bersuara
geseran gusi bersuara
Dalam perkataan ghaib, maghrib dan tabligh terdapat konsonan geseran
geseran gusi tak bersuara
geseran gusi bersuara
geseran rongga tekak
geseran lelangit lembut bersuara
Yang manakah konsonan geseran pinjaman?
/s/
/Ɣ/
/t/
/h/
- mubaligh dan tabligh
Nyatakan konsonan geseran yang terdapat dalam perkataan tersebut.
geseran gusi tak bersuara
geseran glotis
geseran bibir-gigi tak bersuara
geseran lelangit lembut bersuara
14 Persamaan penghasilan bunyi konsonan [ p ], [ t ] dan [ k ] ialah ketiga-tiganya dihasilkan
I tanpa menggetarkan pita suara
II dalam keadaan rongga hidung terbuka
III dengan cara sebutan iaitu secara letupan
IV dengan sekatan dibuat pada titik artikulasi yang sama
A I dan Ii
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
* Kedua-dua bibir dirapatkan untuk menyekat laluan udara.
*Sekatan udara dilepaskan serta-merta
*Pita suara bergetar
Apakah konsonan yang dihasilkan.
letupan gusi bersuara
letupan dua bibir bersuara
letupan lelangit lembut bersuara
letupan gusi tak bersuara
* Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut
*Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung
*Pita suara bergetar
* Udara dilepaskan serta-merta
Apakah konsonan yang dihasilkan.
letupan glotis
letupan dua bibir bersuara
letupan lelangit lembut bersuara
letupan gusi bersuara
Bunyi konsonan ini terhasil dengan melibatkan dua bibir. Konsonan ini terdapat pada perkataan
bawal , luput
daun, tamat
kagum, gagah
kakak, taruh
* sihat * tamat * tarikh
Konsonan letupan yang terdapat dalam perkataan di atas ialah
letupan dua bibir tak bersuara
letupan gusi tak bersuara
letupan lelangit lembut tak bersuara
letupan glotis
Konsonan letupan gusi terdapat pada perkataan berikut, kecuali
tedung
datang
pedang
bawang
Yang manakah alat artikulasi yang dipanggil artikulator?
I - Lidah
II - Gigi atas
III - Lelangit keras
IV - Lelangit lembut
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah alat artikulasi yang terlibat dengan penghasilan bunyi [m], [b], [p] dan [w]?
Bibir
Lidah
Gigi-gusi
Lelangit keras
Bunyi konsonan sengau terhasil apabila
udara keluar melalui rongga hidung
udara keluar melalui rongga mulut
udara dilepaskan dengan tiba-tiba
udara menggetarkan pita suara
