wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM SEMESTER 1 -BAHASA MELAYU KUNO

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya digunakan dalam bahasa Melayu kuno?

a)

Dangan, bhulan

b)

Merlari, niminumna

c)

Niparwuat, marlapas

d)

Sabanakna, mangujari

2.

Yang berikut ialah bahan bukti kewujudan bahasa Melayu kuno, kecuali


I batu bersurat Gandasuli

II batu bersurat Karang Brahi

III batu nisan Sultan Malikul Saleh

IV batu nisan Minye Tujuh di Acheh

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

Yang manakah batu bersurat yang ditemukan di Palembang?

a)

Batu bersurat Gandasuli

b)

Batu bersurat Kota Kapur

c)

Batu bersurat Karang Brahi

d)

Batu bersurat Kedukan Bukit

4.
  • Dijumpai di daerah Hulu Jambi pada tahun 1904
  • Bertarikh 614 tahun Saka (692 Masihi)
  • Tulisannya jenis Palava


Tiga pernyataan di atas berkaitan dengan

a)

batu bersurat di Kota Kapur

b)

batu bersurat di Bangkahulu

c)

batu bersurat di Karang Brahi

d)

batu bersurat di Kedukan Bukit

5.

perkara - buatannya - enau


Dalam bahasa Melayu kuno, perkataan-perkataan di atas bermaksud

a)

parakara - wuatanna - henau

b)

prakara - wuatanna - hanau

c)

prakara - wuahna - enau

d)

pekarra - wuatna - anau

6.

Yang manakah ciri-ciri bahasa Melayu kuno?


I Tidak wujud vokal depan luas

II Bunyi [b] dalam bahasa Melayu moden ialah [w]

III Awalan ni- berubah menjadi di- dalam bahasa Melayu moden

IV Imbuhan mar- berubah menjadi ber- dalam bahasa Melayu moden

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Yang manakah batu bersurat yang menggunakan tulisan yang berasal dari bahagian utara India?

a)

Gandasuli

b)

Kota Kapur

c)

Talang Tuwo

d)

Karang Brahi

8.

Kumpulan imbuhan yang kesemuanya terdapat dalam bahasa Melayu kuno ialah

a)

mar-, at-, swa-

b)

ni-, -wan, swa-

c)

dwi-, mar-, pra-

d)

nipar-, mar-, ni-

9.

Yang manakah tulisan yang digunakan pada zaman bahasa Melayu kuno?


I Jawi

II Kawi

III Rumi

IV Nagiri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

10.

Yang manakah bukan ciri bahasa Melayu kuno?

a)

Menggunakan awalan nipar-

b)

Awalan di- menggantikan awalan ni-

c)

Tidak menggunakan bunyi vokal tengah

d)

Terdapat konsonan rangkap yang berunsur hembusan

11.

Bahasa Melayu kuno ditemukan bercampur dengan

a)

bahasa Arab

b)

bahasa Parsi

c)

bahasa Jawa

d)

bahasa Sanskrit

12.

Bahasa Melayu kuno mempunyai kaitan yang rapat dengan

a)

agama Islam

b)

bahasa Arab

c)

pengaruh India

d)

pengembara Cina

13.

Bahasa Melayu kuno digunakan antara abad ke...

a)

abad ke-6 hingga abad ke-9

b)

abad ke-7 hingga abad ke-11

c)

abad ke-7 hingga abad ke-13

d)

abad ke-9 hingga abad ke- 13

14.

Bukti bahasa Melayu kuno ialah menerima pengaruh ..

a)

bahasa tagalog

b)

bahasa hindu-buddha

c)

bahasa sanskrit

d)

bahasa melayu jawa

15.

Tulisan Palava yang digunakan dalam bahasa Melayu Kuno berasal dari ...

a)

China-selatan

b)

India-selatan

c)

Hindu-selatan

d)

India-utara

16.

sebelum kemasukan tulisan Palava, bahasa Melayu kuno menggunakan tulisan ...

a)

rencong dan kawi

b)

jawa kuno dan kawi

c)

pallava dan kawi

d)

sula dan kawi

17.

Berikut merupakan contoh perkataan yang menerima pengaruh bahasa Sanskrit dari segi ejaan kecuali ...

a)

dangan

b)

bhakti

c)

haur

d)

kamu

18.

Pernyataan di bawah mendukung pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno kecuali ..

a)

bahasa Melayu kuno kekurangan kosa kata untuk mengungkapkan konsep-konsep baharu.

b)

pengaruh agama Hindu-Buddha

c)

bahasa Sanskrit merupakan bahasa bangsawan dan mempunyai status serta tamadun tinggi..

d)

bahasa Sanskrit digunakan sebagai bahasa pentadbiran semasa zaman kerajaan Sriwijaya

19.

zaman bahasa Melayu kuno, terdapat batu bersurat yang tidak menggunakan tulisan dari India selatan..

a)

batu bersurat bertarikh 683M

b)

batu bersurat bertarikh 684M

c)

batu bersurat bertarikh 832M

d)

batu bersurat bertarikh 692M

20.

Aksara yang manakah yang TIDAK terdapat dalam bahasa Melayu kuno?

a)

a

b)

dh

c)

w

d)

e pepet