wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Semester 3 STPM - Retorik

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Hasni tidak mahu melanjutkan pelajaran di luar negara. Baginya, ilmu boleh dituntut di mana-mana sahaja. Selain itu, dia mahu menjimatkan kos.


Petikan di atas mengandungi ciri retorik

a)

pemerian

b)

penceritaan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

2.

Yang manakah persamaan yang wujud antara retorik pemujukan dengan retorik penghujahan?

a)

Mempengaruhi sasaran

b)

Teknik pengaruh dilakukan

c)

Menggunakan unsur perasaan

d)

Mengubah fikiran pelanggan dengan bukti

3.
  • Pernyataan umum
  • Pernyataan khusus


Ciri-ciri di atas TIDAK berkaitan dengan

a)

teknik induksi

b)

teknik analogi

c)

teknik deduksi

d)

teknik eklektik

4.
  • Bermula dengan huraian
  • Diikuti contoh
  • Diakhiri dengan rumusan


Apakah teknik penyampaian idea di atas?

a)

Induksi

b)

Analogi

c)

Deduksi

d)

Eklektik

5.
  • Mementingkan kehalusan berbahasa
  • Menyelitkan unsur psikologi
  • Mengubah dan mempengaruhi pemikiran pembaca


Pernyataan di atas menepati ciri retorik

a)

penghujahan

b)

penceritaan

c)

pemujukan

d)

pemerian

6.

Yang manakah ciri retorik pemerian?


I Mementingkan kehalusan bahasa

II Memasukkan unsur emosi dan pendapat

III Memerihalkan keadaan yang sebenarnya

IV Sesuai digunakan untuk melukis latar cerita

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Yang manakah benar tentang retorik?


I Kesatuan fikiran yang utuh

II Penggunaan bahasa yang menarik

III Penyampaian idea secara berkesan

IV Bahasanya bersifat tersurat dan tersirat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Program yang manakah sesuai menggunakan retorik pendedahan dan pemerian?

a)

Bengkel menulis buku teks sekolah

b)

Kempen menambahkan ahli persatuan

c)

Berkisah tentang pengalaman di England

d)

Menyatakan pendapat tentang politik semasa

9.

Yang manakah ciri teknik analogi?

a)

Pernyataan umum mendahului pernyataan khusus

b)

Pernyataan khusus mendahului pernyataan umum

c)

Membandingkan dua hal yang ada persamaan tertentu secara kiasan

d)

Menggabungkan dua teknik supaya khalayak dapat melihat perbandingannya

10.
  • Gaya bahasanya menarik
  • Boleh bersifat fakta atau fiksyen
  • Mempunyai permulaan, perkembangan dan penyelesaian


Pernyataan di atas adalah tentang

a)

retorik pemujukan

b)

retorik penceritaan

c)

retorik pendedahan

d)

retorik penghujahan

11.

Yang manakah ciri yang utama bagi retorik pemujukan?

a)

Fakta diulang-ulangkan kepada sasaran

b)

Menunjukkan bukti tentang kesahihan dakwaan

c)

Mempunyai matlamat untuk mempengaruhi khalayak

d)

Mempengaruhi khalayak dengan menggunakan dalil dan bukti

12.

Buku itu menyingkap, memaparkan dan menghuraikan hal sebenar yang terjadi pada zaman keganasan komunis di negara kita.


Dalam penulisan buku di atas, penulis menggunakan

a)

retorik pemerian

b)

retorik pemujukan

c)

retorik pendedahan

d)

retorik penghujahan

13.

Yang berikut ialah ciri-ciri retorik pendedahan, KECUALI

a)

menyangkal pendapat orang lain

b)

memberiktan takrif tentang konsep

c)

menjelaskan kebaikan dan keburukan

d)

menerangkan cara-cara menghuraikan sesuatu

14.

Retorik penceritaan mempunyai ciri-ciri yang berikut, KECUALI


I ada pendahuluan, perkembangan, pengakhiran

II memberikan takrif untuk menjelaskan sesuatu istilah

III gagasan disokong dengan hujah dan alasan yang kukuh

IV penyampaiannya biasanya bebas daripada manipulasi bahasa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Dalam sesuatu wacana, retorik pendedahan dapat dikenal pasti daripada


I pentakrifan

II propaganda

III jalinan cerita

IV pencerakinan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Yang manakah mempunyai padanan yang betul antara retorik dengan cirinya?

a)

Pemerian = untuk mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan khalayak

b)

Pemujukan = menunjukkan kebenaran pendapat tentang sesuatu melalui bukti atau fakta yang konkrit

c)

Pendedahan = memaparkan sesuatu hal yang sebelum ini tidak diketahui atau belum difahami khalayak

d)

Penghujahan = menyampaikan sesuatu perkara yang sebagaimana kewujudannya yang sebenar atau bersifat realistik

17.

Pasangan retorik yang manakah mempunyai persamaan dari aspek tujuan penggunaannya?

a)

Penceritaan - pemujukan

b)

Pemujukan - penghujahan

c)

Pendedahan - penghujahan

d)

Pemerian - penceritaan

18.

Teknik analogi sesuai sekali digunakan semasa penyampaian

a)

kajian sains

b)

ceramah agama

c)

taklimat pembelajaran

d)

ulasan pertandingan sukan

19.
  • Menggunakan diksi yang indah
  • Terdapat ayat yang bersifat inversi
  • Peristiwa disusun mengikut keperluan


Pernyataan di atas sesuai untuk retorik

a)

pemujukan

b)

penceritaan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

20.

Retorik merupakan bidang kajian bahasa tentang

a)

kesatuan fikiran yang utuh

b)

penggunaan bahasa mengikut situasi

c)

kaedah penyampaian yang menarik dan berkesan

d)

penggunaan bahasa berdasarkan konteks budaya masyarakat