wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2023 TRIAL SEJ SBP

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

1. Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya meluaskan pengaruh ke kerajaan berikut.

• Rokan

• Pahang

• Inderagiri

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh kerajaan tersebut?

a)

A Pertuanan

b)

B Peperangan

c)

C Perkahwinan

d)

D. Persahabatan

2.

2. Apakah tugas pembesar peringkat jajahan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A Ketua turus angkatan tentera

b)

B Mengurus perbendaharaan

c)

C Pemangku sultan

d)

D Mengutip cukai

3.

3 Karya berikut dihasilkan oleh ahli falsafah Inggeris iaitu John Locke.

Two Treatises of Government

Apakah kandungan karya tersebut?

a)

A Cara memilih kerajaan

b)

B Kaedah pembinaan negara

c)

C Prinsip raja berperlembagaan

d)

D Proses menggubal undang-undang

4.

Mengapakah tokoh berikut menubuhkan Parti Rakyat di Thailand?

a)

A Menentang raja berkuasa mutlak

b)

B Melaksanakan birokrasi Barat

c)

C Memperjuangkan pemodenan

d)

D Mengadakan permuafakatan

5.

5. Jadual berikut berkaitan dengan kejayaan gerakan Revolusi China pimpinan Dr. Sun Yat Sen.

1911 Menewaskan kerajaan Manchuria

Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Tanah Melayu?

a)

A Menjamin keselamatan

b)

B Mengukuhkan hubungan luar

c)

C Memantapkan sistem pemerintahan tempatan

d)

D Meningkatkan kesedaran menentang penjajah

6.

6. Persidangan berikut berlaku pada tahun 1927 di Tanah Melayu.

Persidangan India Se-Malaya

Mengapakah persidangan tersebut diadakan?

a)

A Mengukuhkan ekonomi setempat

b)

B Membincangkan isu masyarakat

c)

C Meningkatkan perpaduan kaum

d)

D Menggalakkan pendidikan tinggi

7.

7. Jerman tidak berpuas hati terhadap Perjanjian Versailles. Mengapakah Jerman bertindak sedemikian?

a)

A Membayar pampasan perang

b)

B Mengehadkan peluasan kuasa

c)

C Memisahkan sempadan negara

d)

D Menghalang kerjasama antarabangsa

8.

8. Gambar berikut menunjukkan pelatih sebuah institut yang ditubuhkan oleh Jepun di Tanah Melayu. Apakah nama institut tersebut?

a)

A Kamikaze

b)

B Kempeitai

c)

C Kita Boruneo

d)

D Koa Kunrenjo

9.

9. Maklumat berikut berkaitan reaksi orang Melayu terhadap Bintang Tiga di Tanah Melayu.

Membentuk Gerakan Fi-Sabilillah Mengapakah orang Melayu membentuk gerakan tersebut?

a)

A Mengatasi pemberontakan kaum

b)

B Mempertahankan maruah bangsa

c)

C Mengukuhkan keselamatan rakyat

d)

D Memulihkan ekonomi penduduk tempatan

10.

10. Kongres Melayu menunjukkan kesungguhan orang Melayu menolak Malayan Union dengan sokongan Raja-raja Melayu. Apakah bukti sokongan tersebut?

a)

A Memberi bantuan kewangan

b)

B Meluluskan penubuhan kongres

c)

C Memastikan sokongan British

d)

D Mendapatkan bantuan luar

11.

11. Senarai berikut menunjukkan pertubuhan yang menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.

Kesetiaan Muda Matu

• Pergerakan Pemuda Melayu

• Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak Apakah bentuk penentangan tersebut?

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

e)

III dan IV

12.

12. Apakah peranan utama Raja-raja Melayu setelah Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

A Menjadi tonggak utama kerajaan

b)

B Memupuk perpaduan antara kaum

c)

C Mendukung perjuangan maruah bangsa

d)

D Menuntut kemerdekaan daripada British

13.

13. Menjelang bulan Disember 1947 hingga Mei 1948, PKM telah berjaya menguasai 335 kesatuan sekerja. Apakah kesatuan sekerja tersebut?

a)

A Comintern

b)

B Kuomintang

c)

C Angkatan Pemuda Insaf

d)

C Pan-Malayan Federation of Trade Unions

14.

14. Apakah parti yang diwakili oleh tokoh berikut semasa Rundingan Baling?

a)

A Parti Komunis Malaya

b)

B Pusat Tenaga Rakyat

c)

C Malayan Chinese Association

d)

D All Malayan Council of Joint Action

15.

15. Maklumat berikut berkaitan isu yang perlu diselesaikan oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).

Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan.

Apakah agensi yang ditubuhkan untuk menyelesaikan isu tersebut?

a)

A Perbadanan Nasional Berhad

b)

B Majlis Tindakan Ekonomi Negara

c)

C Perbadanan Pembangunan Bandar

d)

D Lembaga Pembangunan Industri Desa

16.

16. Gerakan politik berikut terlibat dalam kerjasama ke arah kemerdekaan.

• Persidangan Kebangsaan

• Konvensyen Kebangsaan

Apakah persamaan gerakan politik tersebut?

a)

A Menerima satu kewarganegaraan

b)

B Membentuk Dewan Perundangan

c)

C Mengadakan pilihan raya Persekutuan

d)

D Menyokong penubuhan Majlis Raja-Raja

17.

17. Maklumat berikut berkaitan Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Kuasa pegawai British kini beransur-ansur dipindahkan kepada rakyat tempatan. Namun begitu, masih terdapat pegawai British yang bertugas selepas penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Apakah tugas pegawai British tersebut?

a)

A Penyelia pentadbiran

b)

B Penasihat keselamatan

c)

C Penyelia infrastruktur

d)

D Penasihat perundangan

18.

18. Maklumat berikut berkaitan dengan reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

4 hingga 7 Mei 1957===> Mengadakan kongres untuk membincangkan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah parti yang menyertai kongres tersebut?

a)

A Parti Komunis Malaya

b)

B Parti Perikatan

c)

C Parti Rakyat

d)

D Parti Buruh

19.

19. Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman mendapatkan bantuan Britain selepas negara kita mencapai kemerdekaan?

a)

A Mengeratkan dengan negara luar

b)

B Mendapatkan latihan pertahanan dari luar

c)

C Melakukan pertukaran idea dan teknologi

d)

D Menandatangani Anglo Malayan Defence Agreement

20.

20. Gambar berikut merupakan lambang kebangsaan negara. Apakah kepentingan lambang tersebut?

a)

A Jati diri rakyat

b)

B Sikap keterbukaan

c)

C Kebebasan bersuara

d)

D Kewibawaan pemerintah

21.

21 Kedaulatan boleh ditakrifkan mengikut beberapa sudut pandangan.

Bahasa Inggeris -- Sovereignty

Berdasarkan takrifan dari sudut bahasa, apakah yang boleh dimaksudkan kedaulatan dari perkataan bahasa Inggeris?

a)

A Kuasa penuh negara

b)

B Kuasa negara merdeka

c)

C Kuasa tertinggi pemerintah

d)

D Kuasa penuh pemerintahan

22.

22 Senarai berikut berkaitan dengan pelaksanaan dasar sosial bagi memperkukuhkan kesejahteraan negara.

• Bahasa Kebangsaan • Rukun Negara

Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui dasar tersebut?

a)

A Pengukuhan politik

b)

B Pemantapan ekonomi

c)

C Pemupukan perpaduan

d)

D Pembasmian kemiskinan

23.

23 Pasangan manakah yang betul berkaitan badan dan penggubalan undang-undang sebelum merdeka.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

24.

24 Rajah berikut menunjukkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanakah kedudukan baginda di negeri-negeri tersebut?

a)

A Penasihat Majlis Tertinggi

b)

B Penaung Menteri Besar

c)

C Ketua angkatan tentera

d)

D Ketua agama Islam

25.

25 Apakah yang menghalang perluasan kuasa British di negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?

a)

A Perpaduan rakyat

b)

B Pemimpin agama

c)

C Penyatuan kaum

d)

D Pemerintahan beraja

26.

26 Maklumat berikut berkaitan peranan Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja berperanan sebagai pengimbang dalam sistem demokrasi di negara kita.

Bagaimanakah Majlis Raja-Raja melaksanakan peranan tersebut?

a)

A Mengesah pelantikan anggota Jemaah Menteri

b)

B Memberi nasihat berkaitan pelantikan jawatan penting

c)

C Mempunyai kuasa budi bicara dalam pembentukan kerajaan

d)

D Memperkenan semua undang-undang yang diluluskan Parlimen

27.

27 Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa yang lebih banyak berbanding peringkat lain?

a)

A Mengawal kuasa Ahli Dewan Undangan Negeri

b)

B Mengelak permasalahan dalam negeri

c)

C Mewujudkan kerajaan yang kuat

d)

D Memastikan adat terpelihara

28.

28 Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berusaha untuk membolehkan golongan pertengahan memiliki rumah kediaman.

Bagaimanakah kedua-dua kerajaan mencapai matlamat tersebut?

a)

A Menyekat pembinaan rumah-rumah mewah

b)

B Melarang warga asing membeli rumah di Malaysia

c)

C Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik

d)

D Menyediakan pinjaman perumahan tanpa faedah

29.

29 Mengapakah British mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara?

a)

A Memupuk perpaduan

b)

B Memudahkan pentadbiran

c)

C Memajukan taraf hidup rakyat

d)

D Menghapuskan persaingan kuasa barat

30.

30 Maklumat berikut berkaitan reaksi pembentukan Malaysia.

Dr. Subandrio Menteri Luar Indonesia bertindak mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia pada 20 Januari 1963.

Apakah alasan yang membawa kepada tindakan tersebut?

a)

A Mendakwa Sabah miliknya

b)

B Mengancam kedudukan Indonesia

c)

C Mengurangkan pengaruh orang Melayu

d)

D Menggagalkan gagasan Melayu Raya

31.

31 Sarawak telah mengalami krisis perlembagaan pada bulan Jun 1966. Bagaimanakah kerajaan bertindak untuk menghadapi krisis ini?

a)

A Mengisytiharkan darurat

b)

B Meminda perlembagaan

c)

C Mengadakan pilihan raya

d)

D Memberi khidmat nasihat

32.

32 Rajah berikut berkaitan isu pembangunan ekonomi pada awal pembentukan Malaysia.

Apakah X ?

a)

A Menggalakkan perniagaan dalam talian

b)

B Menubuhkan pusat latihan vokasional

c)

C Mempelbagai kegiatan ekonomi

d)

D Mendapat bantuan Bank Dunia

33.

33 Maklumat berikut berkaitan dasar pentadbiran British.

• Mengutamakan sektor ekonomi perlombongan dan perladangan

• Melaksanakan sistem pendidikan vernakular

Apakah kesan kepada bangsa Malaysia pasca medeka?

a)

A Keberhutangan tinggi

b)

B Kecekapan pentadbiran

c)

C Taraf hidup rakyat meningkat

d)

D Kerenggangan hubungan kaum

34.

34 Pernyataan di bawah menunjukkan prinsip kelima Rukun Negara.

Kesopanan dan Kesusilaan

Bagaimanakah prinsip tersebut dapat direalisasikan dalam kalangan rakyat Malaysia?

a)

A Memupuk nilai-nilai murni

b)

B Mematuhi undang-undang

c)

C Menghormati lambang negara

d)

D Mengukuhkan kuasa politik

35.

35 Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein pada 20 Disember 1974. Mengapakah Rancangan Buku Hijau diperkenalkan?

a)

A Menambah pengeluaran bahan makanan

b)

B Mempercepatkan pembangunan wilayah

c)

C Menggalakkan kemasukan pelabur asing

d)

D Memajukan pelbagai jenis perindustrian

36.

36 Maklumat berikut berkaitan dengan langkah penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Meningkatkan saham kaum bumiputera sekurang-kurangya mencapai 30% dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden.

Tindakan tersebut direalisasikan melalui

a)

A kerjasama agensi

b)

B pemberian tender

c)

C usaha penswastaan

d)

D latihan intensif

37.

37 Pernyataan berikut berkaitan Kementerian Luar Negeri.

Apakah X?

a)

A Parlimen

b)

B Wisma Putra

c)

C Istana Negara

d)

D Jabatan Perdana Menteri

38.

38 Berikut merupakan deklarasi yang dikemukakan Malaysia dalam ASEAN.

Deklarasi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) diumumkan di Kuala Lumpur pada tahun 1971.

Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia akur pada deklarasi tersebut?

a)

A Menjalin hubungan dengan China

b)

B Menentang Dasar Aparteid Afrika Selatan

c)

C Menghalang pengeksploitasian benua Antartika

d)

D Menandatangani perjanjian pertahanan dengan Britain

39.

39 Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi kawasan transit bagi aktiviti pemerdagangan orang ke negara lain?

a)

A Kedudukan strategik

b)

B Kepelbagaian kaum

c)

C Kelonggaran undang-undang

d)

D Ketidakstabilan politik negara

40.

40 Apakah bentuk bantuan yang disalurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantu rakyat Syria menghadapi krisis di negaranya?

I Ketenteraan

II Kepimpinan

III Pendidikan

IV Perubatan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV