Font size
WorksheetsUjian Pengesanan 1
Total questions: 90
Worksheet time: 47mins
Antara perkataan di bawah yang manakah Kata Pemeri?
dengan
ialah
dalam
antara
Pilih ayat yang betul penggunaan Kata Pemeri di bawah.
Antaranya ialah meningkatkan ilmu dalam kalangan murid.
Antaranya ialah usaha meningkatkan ilmu dalam kalangan murid.
Antaranya adalah meningkatkan ilmu dalam kalangan murid.
Antaranya adalah ilmu ditingkatkan di kalangan murid.
Pilih dua Kata Nafi yang terdapat dalam Bahasa Melayu
Belum
Tidak
Nanti
Bukan
Pilih ayat yang salah menggunakan Kata Nafi Tidak.
Dia tidak datang bekerja hari ini kerana hari Ahad.
Pejabatnya tidak jauh dari sini.
Dia tidak datang dari Ipoh semalam.
Pemuda itu tidak membawa bekal ke pejabat.
Yang manakah Kata Tanya?
Kenapa
Bila
Bagaimana
Apabila
Yang manakah antara ayat di bawah ayat Tanya Songsang?
Mengapakah hasil pertanian di kawasan itu lebih tinggi berbanding hasil pertanian di kawasan kami?
Mereka berpindah tempat duduk mengapa?
Bagaimanakah penduduk di daerah itu mendapat bekalan air?
Kanak-kanak itu selalu menangis kenapa?
Yang manakah frasa adjektif yang berfungsi sebagai Penanda darjah penghabisan.
"ter"
"sungguh"
"paling"
"sekali"
Yang manakah ayat yang tepat menggunakan kata penguat
Dialah wanita yang paling tercantik di kampung itu.
Tali yang panjang sekali itu telah digunakan ayah untuk mengikat perahu.
Antara murid yang paling terjujur sekali itu telah mendapat pujian guru besar mereka.
Kura-kura binatang yang terakhir sekali sampai di garisan penamat dalam perlumbaan itu.
Berapakah jenis kata adjektif yang terdapat dalam bahasa Melayu
8
9
10
7
Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.
Pemandu lori pasir itu ditahan oleh polis kerana memandu melebihi had laju.
Polis menahan pemandu lori pasir itu kerana memandu melebihi had laju.
Kerana memandu melebihi had laju, pemandu lori pasir itu ditahan oleh polis.
Polis ditahan oleh pemandu lori pasir itu kerana memandu melebihi had laju
Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.
Pertandingan melukis potret pemimpin negara telah disertai oleh ramai murid.
Telah disertai oleh ramai murid pertandingan melukis potret pemimpin negara.
Ramai murid telah menyertai pertandingan melukis potret pemimpin negara.
Polis ditahan oleh pemandu lori pasir itu kerana memandu melebihi had laju
Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.
Sayur-sayuran yang segar ini saya beli di pasar tani pada pagi tadi.
Saya membeli sayur-sayuran yang segar ini di pasar tani pada pagi tadi.
Di pasar tani pada pagi tadi, saya membeli sayur-sayuran yang segar ini.
Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.
Buku cerita ini mesti kamu pulangkan kepada Siti minggu depan.
Kamu mesti pulangkan buku cerita ini kepada Siti minggu depan.
Kamu mesti memulangkan buku cerita ini kepada Siti minggu depan.
Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.
Novel ini belum habis saya baca kerana terlalu tebal.
Kerana terlalu tebal, saya belum habis baca novel ini.
Saya belum habis membaca novel ini kerana terlalu tebal.
Saya belum habis baca novel ini kerana terlalu tebal.
Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.
Buku tersebut telah dikarang oleh Pengarah Kesihatan Malaysia.
Telah dikarang buku tersebut oleh Pengarah Kesihatan Malaysia.
Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengarang buku tersebut.
Saya belum habis baca novel ini kerana terlalu tebal.
Tukar AYAT MAJMUK di bawah menjadi AYAT TUNGGAL tanpa mengubah maksud asalnya. Sila pilih dua jawapan.
Air merupakan bahan paling banyak di bumi malah merupakan keperluan utama kehidupan.
Air merupakan bahan paling banyak.
Air merupakan bahan paling banyak di bumi.
Air merupakan keperluan utama kehidupan.
Tukar AYAT MAJMUK di bawah menjadi AYAT TUNGGAL tanpa mengubah maksud asalnya. Sila pilih empat jawapan.
Tanpa air segala hidupan sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan mungkin tidak wujud.
Tanpa air segala hidupan mungkin tidak wujud.
Tanpa air manusia tidak wujud.
Tanpa air haiwan tidak wujud.
Tanpa air tumbuhan tidak wujud.
Tanpa air segala hidupan sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan mungkin tidak wujud.
Tukar cakap ajuk (ayat dialog) di bawah kepada cakap pindah (ayat penyata)
Azri : Ramai betul orang bertanding memancing ikan di tasik itu.
Hadi: Banyak ke ikan yang ditangkap?
"Ramai betul orang bertanding memancing ikan di tasik itu," beritahu Azri kepada Hadi.
Azri memberitahu rakannya, Hadi bahawa ramai orang yang menyertai pertandingan memancing di tasik.
Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.
Pasukan sepak takraw wanita kita telah memenangi perlawanan separuh akhir.
AYAT PENYATA
AYAT TUNGGAL
AYAT MAJMUK
AYAT SERUAN
Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.
"Amboi, cantiknya kasut baharu kamu!" puji Imran.
AYAT PENYATA
AYAT TUNGGAL
AYAT MAJMUK
AYAT SERUAN
Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.
Jangan kita ingkar arahan yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 ini.
AYAT TANYA
AYAT TUNGGAL
AYAT PERINTAH
AYAT SERUAN
Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.
Orang ramai dinasihatkan memakai penutup hidung dan mulut serta kerap mencuci tangan untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan Covid-19.
AYAT MAJMUK
AYAT TUNGGAL
AYAT PERINTAH
AYAT SERUAN
Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.
" Bilakah sekolah akan dibuka semula?" tanya Khairina kepada Cikgu Rozita.
AYAT MAJMUK
AYAT TUNGGAL
AYAT TANYA
AYAT SERUAN
Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.
Warna baju kebaya Shafiqah sangat merah.
AYAT MAJMUK
AYAT TUNGGAL
AYAT TANYA
AYAT SERUAN
Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. Peribahasa yang sesuai ialah __________________.
alah biasa tegal biasa
bagai tikus membaiki labu
alang-alang mandi biar basah
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Pak Abu menjual se__________ pisang yang baru dipetiknya dari kebun pagi tadi kepada Hamdan.
tandan
buah
bekas
batang
Apakah yang akan dilakukan oleh Sultan Ahmad Shah apabila sudah berada di atas singgahsana?
bertitah
bersantap
berangkat
bersemayam
Suasana di pasar malam itu .... dengan suara penjual dan pengunjung yang pelbagai ragam.
Kusut – masai
hingar – bingar
kelam – kabut
ulang – alik
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan .... atau penyambut.
Imbuhan
subjek
objek
klausa
Yang manakah merupakan kata adjektif jenis cara ?
Pantas
gopoh
lewat
bengkok
...., akan aku hapuskan penderhaka itu!
aduh
Cis
Eh
Oh
Antara berikut merupakan kata sendi nama kecuali...
dari
serta
ialah
oleh
“..... biarkan makanan di atas meja itu tidak bertutup,” kata ibu.
jangan
tolong
minta
harap
Nyatakan kesalahan kata atau istilah pada ayat berikut,
Mak Esah risau kerana anaknya masih sudah sampai ke kampung lagi.
risau
masih
sudah
lagi
Bagi saya, masakan ibulah yang .... sedap.
agak
paling
sekali
benar
Yang manakah merupakan ayat permintaan?
Tolong cuci pakaian di dalam baldi itu.
Silalah makan hidangan ini.
Jangan conteng dinding tandas.
Bawa pasu ini ke sana.
Apakah maksud peribahasa “lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang” ?
Walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga.
Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya
Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkanya.
Perbezaan zaman yang berubah mengikuti peredaran masa.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi berikut,
Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
Bagai telur di hujung tanduk
Menang jadi arang, kalah jadi abu
Nasi sudah menjadi bubur
Biduk lalu kiambang bertaut
Tentukan jenis pola ayat berikut,
Mangsa kemalangan itu memerlukan bantuan kecemasan.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Tentukan pola ayat berikut,
Buah mangga itu belum cukup masak lagi.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Apakah subjek bagi ayat berikut,
Pada hari Jumaat yang lalu, ibu bapa saya melancong ke Pulau Pinang.
Pada hari Jumaat
Pada hari Jumaat yang lalu
Ibu bapa saya
melancong ke Pulau Pinang
Apakah predikat bagi ayat berikut,
Di kaki gunung gempa bumi itu berlaku.
Gempa bumi itu
Di kaki gunung
Berlaku
Berlaku di kaki gunung
Antara berikut, yang manakah merupakan ayat pasif?
Bilik itu dikemas oleh Sufi.
Harimau mengejar mangsanya.
Mahkamah menjatuhi pembunuh itu hukuman mati.
Zaidi menyusun kerusi.
Berikut merupakan kata akronim kecuali,
Puisidra
Jengkaut
Hartanah
Jejarum
BAHAGIAN A - MORFOLOGI
Yang manakah kumpulan kata yang kesemuanya kata nama ?
A. Denai, kudrat, tenang
B. Sendiri, luas, kawasan
C. Damai, kekabu, pendiam
D. Kekasih, semangat, belantara
Yang manakah kumpulan kata yang kesemuanya kata nama ?
I. Keruping, jejentik, kebersihan
II. Pengintip, gementar, penemuan
III. Telunjuk, tandatangan, tambahan
IV. Kebaratan, nyaman, antarabangsa
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Ayat yang manakah yang mempunyai kata kerja dengan dua objek ?
A. Model cilik itu berbajukan kertas yang kalis air.
B. Nenek memasakkan kami gulai ayam kampung semalam.
C. Puan Laila membeli set meja makan baharu untuk hari raya nanti.
D. Kini, kebanyakan orang kampung tidak lagi menanam sayur di belakang rumah.
Yang manakah ayat yang kata adjektifnya membawa maksud ukuran
A. Buku tebal itu mahal harganya.
B. Muka ibu dan kakak sama-sama bujur.
C. Hubungan Ali dan abangnya rapat sekali.
D. Masa untuk menyiapkan kerja itu sudah hampir.
Yang manakah ayat yang menggunakan kata hubung gabungan ?
A. Bagi menyelesaikan masalah itu, kami perlu bersatu.
B. Sementara menunggu ibu diperiksa doktor, saya menelefon rakan saya.
C. Lantaran tidak mempunyai pekerjaan tetap, dia terpaksa berjimat cermat.
D. Walaupun cuaca tidak terlalu panas, remaja itu tetap berendam di dalam kolam.
Semasa musim perayaan, banyak kes kemalangan jalan raya dilaporkan di negara ini.
Subjek bagi ayat di atas ialah
A. semasa musim perayaan
B. banyak kes kemalangan jalan raya
C. banyak kes kemalangan jalan raya dilaporkan
D. semasa musim perayaan banyak kes kemalangan jalan raya dilaporkan
PILIH EJAAN YANG BETUL
KOMISYEN
KOMIRSEN
KOMESEN
KOMISEN
PILIH EJAAN YANG BETUL
KONTINGEN
KONTINJEN
KORTINJEN
KONTIJEN
PILIH EJAAN YANG BETUL
KORUM
KUORUM
KOUROM
KOURUM
PILIH EJAAN YANG BETUL
LAGENDA
LAJENDA
LEGENDA
LEJENDA
PILIH EJAAN YANG BETUL
LOJIK
LOGIK
LUGIK
LUJIK
PILIH EJAAN YANG BETUL
LOSEN
LOSYEN
LOSHEN
LUSYEN
PILIH EJAAN YANG BETUL
MERBAHAYA
BERBAHAYA
TERBAHAYA
MEMBAHAYA
PILIH EJAAN YANG BETUL
CATAT
CATIT
CANTAT
CANTIT
PILIH EJAAN YANG BETUL
CAP
COP
CUP
COOP
PILIH EJAAN YANG BETUL
BAUCER
BOCER
BOUCER
BAUCAR
PILIH EJAAN YANG BETUL
PENGEMBALA
PANGEMBALA
PENGGEMBALA
PERNGEMBALA
PILIH EJAAN YANG BETUL
PENSIL
PENGSIL
PENSEL
PENGSEL
PILIH EJAAN YANG BETUL
SILATURRAHIM
SIRATURRAHIM
SILLATURRAHIM
SILATURAHIM
PILIH EJAAN YANG BETUL
SPESIES
SPESIS
SPEASIS
SPESEIS
PILIH EJAAN YANG BETUL
STONKIN
STOKIN
STONKING
STOKING
PILIH EJAAN YANG BETUL
SUNNAH
SUNAH
SONAH
SUNOH
PILIH EJAAN YANG BETUL
AGEN
AJEN
PILIH EJAAN YANG BETUL
ANALISA
ANNALISA
ANALISIS
ANNALISIS
PILIH EJAAN YANG BETUL
ATLIT
ATLET
ATLEET
ATLIIT
PILIH EJAAN YANG BETUL
BUMIPUTRA
BUMIPURA
BUMIPUTERA
BUMITERA
Berikut merupakan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu kecuali...
Ayat tanya
Ayat songsang
Ayat perintah
Ayat seruan
Yang manakan antara berikut, benar berkaitan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu
Siapakah nama saudara? - Ayat seruan
Aduh, sakitnya kaki saya! - Ayat tanya
Sila datang ke rumah saya. - Ayat penyata
Tengoklah barang-barang ini. - Ayat perintah
Saya akan ke Kuala Lumpur petang nanti. Tolong kemaskan baju saya sekarang.
2 ayat tersebut merupakan ayat ...
Penyata & Tanya
Perintah & Penyata
Tanya & Perintah
Penyata & Perintah
Pola ayat dalam bahasa Melayu ada ...
3
4
5
6
Tandakan ayat yang betul dengan pola yang dinyatakan.
Bapa mereka sedang berehat. (FN+FK)
Anak itu sungguh sihat. (FN+FN)
Pejabat saya di Bagan Datuk. (FN+FA)
Sekolah itu sekolah saya. (FN+FS)
Tandakan pasangan ayat yang benar....
Encik Sahrin guru sekolah (FN+FN)
Sungai itu mengalir deras. (FN+FK)
Anak itu sungguh sihat. (FN+FA)
Rumahnya di tepi sungai. (FN+FS)
Ali sedang tidur di ruang tamu.
Ayat ini boleh dipasifkan?
Ya
Tidak
Berikut merupakan ayat pasif kecuali...
Rumah itu dibeli olehnya.
Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
Dia tersepak tunggul itu.
Bola itu tersepak olehnya.
Saya terus menggalas beg itu tanpa berfikir panjang.
Ayat pasif yang terhasil ialah ...
Tanpa berfikir panjang, saya terus menggalas beg itu.
Beg itu saya terus galas tanpa berfikir panjang.
Beg itu terus saya galas tanpa berfikir panjang.
Saya galas beg itu terus tanpa berfikir panjang.
Berikut ialah ayat susunan biasa kecuali...
Ali menjala ikan di sungai.
Ibu memasak kuih di dapur.
Semalam dia ke kedai untuk membeli ikan.
Aiman yang keletihan tidur hingga lewat petang.
Pelajar yang cemerlang itu telah ditawarkan biasiswa untuk belajar di luar negara.
Telah ditawarkan biasiswa pelajar yang cemerlang itu untuk belajar di luar negara.
Biasiswa telah ditawarkan kepada pelajar yang cemerlang itu untuk belajar di luar negara.
Untuk belajar di luar negara, biasiswa ditawarkan kepada pelajar itu supaya cemerlang
Untuk belajar di luar negara, pelajar yang cemerlang itu ditawarkan biasiswa.
Telah menjalani latihan selama seminggu di luar negara pemain bola sepak itu.
Pemain bola sepak itu telah menjalani latihan selama seminggu di luar negara.
Di luar negara, pemain bola sepak itu menjalani latihan selama seminggu
Selama seminggu di luar negara pemain bola sepak itu telah menjalani latihan
Pemain bola sepak itu selama seminggu di luar negara telah menjalani latihan.
Ayat majmuk terbahagi kepada ....... jenis.
dua
tiga
empat
lima
Tandakan jenis ayat majmuk pancangan relatif
Dia memberitahu saya, neneknya telah sihat semalam.
Ali dan Abu menyertai Pertandingan Pidato Peringkat Antarabangsa semalam.
Ikan yang cantik itu telah saya beli.
Ali dan Abu yang terkenal di sekolah itu dipanggil oleh Tuan Pengetua.
Kata hubung dalam ayat majmuk komplemen ialah
bahawa ... untuk
bahawa ... yang
bahawa ... dan
bahawa...atau
ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
bermaksud...
Kerjasama dan kesepakatan dalam hidup
Petanda yang kurang baik
kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Kedudukan yang tidak kukuh dan selamat
Sikap mementingkan diri sendiri....
ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Bagai melepaskan batok di tangga
Bagai kaduk naik junjung
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Kehidupan Umirah makin sempit sejak kematian ibu bapanya lagipun tiada siapa yang mempedulikan nasibnya.
Peribahasa yang sesuai ialah...
Sudah jatuh ditimpa tangga
Seperti melukut ditepi gantang
Biar jatuh jangan tertiarap
seperti garam di lautan
Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor
peribahasa di atas hampir sama maksud dengan ...
biar jatuh, jangan tertiarap
ibarat aur ditarik songsang
menang jadi arang, kalah jadi abu
seperti mencurah garam di lautan
Hidup ini........................... kerana ada masa kita untung ada masa kita rugi
ada pasang surutnya
ada udang di sebalik batu
ibarat batu dengan permata
ibarat tikus jatuh ke beras
