NEW
Font size
Worksheets2023 Ulangkaji T4 (SET 8)
Total questions: 40
Worksheet time: 55mins
Senarai berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah X? [T4B1M6-7]
Raja
Kerajaan
Pemerintahan
Sistem pentadbiran
Sultan Melaka telah memberikan kuasa pentadbiran kepada Pembesar Berempat.
Apakah kuasa pentadbiran yang diterima oleh pembesar tersebut? [T4B1M8]
Wilayah
Kampung
Bandar
Daerah
Jadual berikut berkaitan dengan revolusi di Eropah.
1789 - Revolusi Perancis
Bagaimanakah revolusi tersebut ditamatkan? [T4B2M25]
Menjatuhkan kerabat diraja
Menggempur penjara Bastile
Menukar sistem pemerintahan
Memperkenalkan sistem demokrasi
Apakah peranan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dalam pergerakan nasionalisme tanah air? [T4B2M33]
Mengasaskan pertubuhan politik
Menubuhkan sekolah kebangsaan
Melancarkan penentangan bersenjata
Melahirkan idea melalui penulisan dan akhbar
Gerakan Fasisme di bawah pimpinan Benito Mussolini memberi penekanan kepada nasionalisme melampau.
Mengapakah gerakan tersebut bertindak demikian? [T4B3M58]
Meningkatkan imej negara
Mengadakan sekatan ekonomi
Memperkukuhkan sistem pertahanan
Memajukan perdagangan antarabangsa
Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan menentang pendudukan Jepun.
Gerakan anti-Jepun yang semakin meningkat mendorong pentadbiran Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA.
Apakah kesan daripada tindakan di atas? [T4B3M75]
Mewujudkan perpaduan rakyat
Melemahkan kuasa pembesar Melayu
Menimbulkan ketegangan kaum
Mencetukan rusuhan kaum
Rancangan Malayan Union yang diisytiharkan dalam Warta Kerajaan dikenali sebagai Kertas Putih 6724.
Apakah yang terkandung dalam Kertas Putih tersebut? [T4B4M96]
Pemulihan ekonomi Tanah Melayu
Penubuhan sebuah pentadbiran mutlak
Rancangan meningkatkan pelaburan asing
British mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu
Mengapakah kerajaan British ingin mendapatkan Sarawak daripada keluarga Brooke? [T4B4M107]
Memulihkan ekonomi Sarawak
Mendapat desakan kerajan British
Memerlukan sumber tenaga kerja
Melicinkan sistem pentadbiran
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai pada 21 Januari 1948 di Kuala Lumpur.
Apakah ciri-ciri perjanjian tersebut? [T4B5M134-135]
I. Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan
II. Singapura kekal sebagai tanah jajahan British
III. Sultan membincangkan soal agama Islam sahaja
IV. Gabenor Jeneral dilantik di setiap negeri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948? [T4B5M136-137]
Menjejaskan hubungan antara kaum
Hak istimewa orang Melayu terhakis
Syarat kewarganegaraan diperketatkan
Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu
Gambar menunjukkan kereta api yang disabotaj oleh komunis.
Mengapakah komunis berbuat sedemikan? [T4B6M148]
Membunuh rakyat Tanah Melayu
Mengancam keselamatan rakyat
Melumpuhkan ekonomi British
Memutuskan jalan kereta api
Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada 1950.
Apakah tujuan Rancangan Briggs? [T4B6M157]
Mengawal pergerakan Parti Komunis Malaya
Memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen
Menggalakkan rakyat Tanah Melayu bersatu
Mengetatkan undang-undang senjata api
Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan ciri-ciri Sistem Ahli? [T4B7M179]
I. Terdiri daripada jemaah menteri
II. Dilantik oleh Gabenor British
III. Ahli bertaraf Menteri
IV. Satu sistem kabinet bayangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berikut merupakan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan melalui penubuhan jawatankuasa pelajaran di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
Apakah jawatankuasa tersebut? [T4B7M180]
Laporan Barnes 1951
Laporan Fenn-Wu 1951
Ordinan Pelajaran 1952
Penyata Pelajaran 1956
Muthu ialah warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955.
Apakah syarat yang perlu Muthu penuhi? [T4B8M200]
Berkhidmat sebagai perkhidmatan awam
Berpengetahuan dalam bahasa Melayu
Mempunyai kewangan yang kukuh
Menjadi anggota Sistem Ahli
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Mengapakah pembentukan kabinet tersebut penting kepada Persekutuan Tanah Melayu? [T4B8M206-207]
Mencadangkan kandungan perlembagaan
Membincangkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi
Membincangkan isu keselamatan dalam dan luar negeri
Mengurangkan kuasa pentadbiran British di Tanah Melayu
Pada 8 Mac 1956, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan atau Suruhanjaya Reid.
Apakah tugas suruhanjaya tersebut? [T4B9M220]
Memantau perjalanan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
Menerajui bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union
Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
Berikut adalah intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Setiap orang yang dilahirkan dalam Persekutuan pada atau selepas hari merdeka akan menjadi wargenegara.
Bagaimanakah kewarganegaraan diberikan mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? [T4B9M224]
Melalui penguatkuasaan undang-undang
Memohon untuk mengekalkan warganegara
Melalui penguatkuasaan kerakyatan Jus Soli
Memohon sebagai Rakyat Raja dan Rakyat British
Bangunan di sekitar bandar dan jalan raya telah dihiasi dengan bendera dan lampu berwarna-warni oleh Jawatankuasa Sambutan semasa malam kemerdekaan.
Mengapakah jawatankuasa tersebut ditubuhkan? [T4B10M237]
Mengenal pasti tempat pemasyhuran
Menonjolkan identiti negara merdeka
Memeriahkan sambutan kemerdekaan
Memastikan kawasan sambutan terang
Gambar berikut merakamkan peristiwa bersejarah di Stadium Merdeka.
Apakah kesan peristiwa tersebut kepada sejarah negara kita? [T4B10M240]
I. Pembentukan negara bangsa
II. Kelahiran negara yang merdeka
III. Muncul sebuah negara berdaulat
IV. Berakhirnya pentadbiran British
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah berikut berkaitan dengan kerajaan Alam Melayu.
Apakah X ?
Sistem pembesar
Wilayah pengaruh
Amalan keagamaan
Lambang kebesaran
Konsep waadat yang mengaitkan pemerintah dan rakyat wujud dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah kepentingan konsep tersebut? [T4B1M12]
Menghargai sumbangan rakyat
Menggerakkan jentera kerajaan
Mengelakkan rakyat menderhaka
Mengukuhkan kedudukan pemerintah
Mengapakah rakyat Amerika melancarkan Revolusi Amerika pada tahun 1776? [T4B2M25]
Menentang penjajahan asing
Membebaskan tahanan politik
Memperjuangkan hasrat umum
Menamatkan pemerintahan beraja
Bagaimanakah British menyekat perkembangan idea kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua? [T4B3M52]
I. Menyekat aktiviti berkumpulan
II. Menubuhkan Biro Siasatan Politik
III. Mengawal kebebasan bersuara
IV. Menguatkuasakan perintah darurat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Perang Dunia Pertama telah tercetus di Eropah pada tahun 1914 hingga tahun 1918.
Mengapakah perang tersebut berlaku? [T4B3M54]
Kemunculan ideologi baharu
Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
Wilayah Jerman diceroboh
Bakal raja Austria dibunuh
Situasi berikut telah berlaku semasa pendudukan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu.
"Pendudukan Jepun membawa kepada kemelesetan ekonomi dengan kadar inflasi yang tinggi serta harga barangan yang melambung tinggi."
Apakah tindakan Jepun untuk menanganinya? [T4B3M71]
Memperkenalkan ekonomi kawalan
Memperkenalkan kad catuan makanan
Mencetak banyak wang pokok pisang
Mengimport makanan
Jadual berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun.
Apakah tujuan pengenalan sistem pentadbiran tersebut? [T4B4M94]
Mengembalikan kuasa raja
Melatih rakyat menjadi tentera
Menyatukan pentadbiran negeri
Memulihkan kepercayaan rakyat
Mengapakah Syarikat Borneo Utara British (SBUB) bertindak menyerahkan Sabah kepada kerajaan British? [T4B4M115]
Desakan British
Menjalin kerjasama
Memberi keuntungan
Kekurangan dana
Maklumat berikut berkaitan dengan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Cadangan Raja-raja Melayu
- Desakan daripada orang Melayu
- X
Apakah X? [T4B5M133]
Sokongan pentadbir British
Desakan golongan Melayu radikal
Mematuhi tuntutan Piagam Atlantik
Saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Jawatankuasa berikut dibentuk selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
"Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee)"
Apakah peranan jawatankuasa tersebut? [T4B5M137]
Merangka kontrak sosial pelbagai kaum
Membentuk parti politik berasaskan kaum
Mewujudkan kerjasama pemimpin pelbagai kaum
Menentukan kepentingan sah kaum bukan Melayu
Apakah yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh berikut? [T4B6M146]
- Karl Marx
- Friedrich Engels
Sekularisme
Komunisme
Kapitalisme
Sosialisme
Jadual berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun.
Apakah tugas pasukan tersebut? [T4B6M155]
Menjejak persembunyian pengganas
Menyekat bekalan makanan dan ubatan
Mempertahankan bandar dan kampung
Membuat rondaan di pinggir hutan
Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu? [T4B7M178]
Melaksanakan pilihan raya umum
Menentukan syarat kewarganegaraan
Melatih penduduk tempatan mentadbir
Memantapkan perlembagaan persekutuan
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah mengemukakan teras pembentukan sistem Pendidikan Kebangsaan.
Apakah hasrat jawatankuasa tersebut? [T4B7M183]
Memupuk perpaduan kaum
Mengasaskan idea kemerdekaan
Membasmi kemiskinan rakyat
Menjaga keamanan negara
Maklumat berikut berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Pertama di negara kita.
Apakah kepentingan pilihan raya tersebut? [T4B8M205]
Menamatkan darurat
Mengukuhkan institusi raja
Merintis kemerdekaan negara
Melindungi kepentingan ekonomi
Gambar berikut berkaitan anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
Apakah peranan kabinet tersebut? [T4B8M206]
I. Membincangkan soal kewangan
II. Memantapkan pemerintahan beraja
III. Merangka sistem pendidikan kebangsaan
IV. Mengurangkan kuasa pentadbiran British
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah berikut berkaitan dengan perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada tahun 1956.
Mengapakah anggota rombongan menggunakan pengangkutan yang berbeza? [T4B9M217]
Menyusun anggota kabinet kerajaan
Menjimatkan kos anggota rombongan
Membincangkan pelantikan Jemaah menteri
Menyusun strategi rundingan dengan British
Apakah inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? [T4B9M224]
British mengawal sistem kewangan
Pengekalan jawatan Pesuruhjaya Tinggi
Pemansuhan prinsip pengasingan kuasa
Pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen
Mengapakah peristiwa pemasyhuran kemerdekaan amat penting kepada Persekutuan Tanah Melayu? [T4B10M232]
Pengukuhan kuasa pemerintahan
Mengukuhkan perpaduan kaum
Bebas daripada penjajahan asing
Pengamalan amalan demokrasi
Gambar berikut menunjukkan Buku Merah yang dilancarkan pada tahun 1961 dalam Rancangan Malaya Kedua.
Mengapakah rancangan di atas diperkenalkan? [T4B10M244]
Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan
Memantau kecekapan pengurusan syarikat
Mengurangkan beban kewangan kerajaan
Mengawal kemasukan buruh luar
