Font size
WorksheetsSeMISS TUAI SEJARAH T4 SET 2
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Rakyat akan meminum air tadahan Inskripsi Telaga Batu dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah kerajaan Srivijaya.
Apakah tujuan upacara tersebut dilakukan?
Meluaskan pengaruh
Mengangkat sumpah
Menunjukkan kesetiaan
Melambangkan pemerintahan
Rajah berikut sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang tersusun dan berhierarki.
Apakah dua peranan pembesar di peringkat jajahan?
Mengutip cukai
Menjaga keamanan
Mengurus perbendaharaan
Mengawal aktiviti perdagangan
Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka berjaya meluaskan pengaruh merangkumi keseluruhan Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera?
Naungan
Diplomatik
Keagamaan
Perdagangan
Tulah dipercayai kecelakaan yang boleh menimpa seseorang rakyat.
Mengapakah seseorang itu boleh ditimpa tulah?
Menipu dalam perdagangan
Membunuh rakyat raja
Melakukan perbuatan zina
Menderhaka kepada raja
Raja-raja Thailand membentuk imej negara Thailand sebagai negara yang bersahabat dengan Barat.
Mengapakah mereka bertindak sedemikian?
Mempertahankan kedaulatan
Melindungi keluarga diraja
Menghalang kebangkitan rakyat
Menguasai negara jiran
Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di negara kita.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Kemunculan ramai golongan intelek
Kepelbagaian sukatan mata pelajaran
Kemasukan kaum imigran tidak terkawal
Kehilangan golongan bangsawan
Maklumat berikut berkaitan corak perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu.
Apakah persamaan isu dalam karya tersebut?
Membela nasib bangsa
Pengukuhan hukum adat
Mengangkat martabat wanita
Pembaharuan pendidikan vernakular
Gambar berikut adalah tokoh nasionalis di Tanah Melayu pada abad ke-20.
Bagaimanakah Za'ba menyebarkan idea nasionalisme?
Menerbitkan akhbar
Menulis karya kreatif
Membentuk parti politik
Membangunkan madrasah
Perang Dunia Pertama turut memberikan kesan kepada Tanah Melayu.
Bagaimanakah British mengambil peluang di sebalik perang tersebut?
Memajukan sistem perhubungan
Menguasai bidang pendidikan
Memanipulasi sumber ekonomi
Membahagikan kuasa pembesar
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919.
Apakah dua isi kandungan perjanjian tersebut?
Mengehadkan saiz angkatan tentera
Menamatkan sekatan ekonomi
Mewujudkan negara baharu
Menyerahkan tanah jajahan
Mengapakah Jepun ingin menguasai Singapura ketika Perang Dunia Kedua?
Membentuk Persekutuan Borneo
Menyekat kemaraan tentera bersekutu
Meningkatkan perdagangan di Selat Melaka
Memudahkan penguasaan minyak di Sumatera
Gambar berikut berkaitan novel karya Ahmad Murad Nasaruddin.
Apakah mesej yang disampaikan melalui novel tersebut?
Kekejaman tentera Jepun
Penindasan golongan wanita
Perjuangan antipenjajah Barat
Kemunduran masyarakat tempatan
Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan British Military Administration (BMA).
Perkara manakah yang terkandung dalam Perlembagaan Malayan Union pada 1 April 1946?
Taraf naungan
Dasar Dekolonisasi
Raja Berperlembagaan
Syarat kewarganegaraan
Petikan akhbar berikut menunjukkan bentuk penentangan Raja-Raja Melayu terhadap British.
Mengapakah mereka bertindak sedemikian?
Menentang Malayan Union
Menolak pelantikan Residen
Menyokong Kongres Melayu
Menghantar surat bantahan
Mengapakah penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada British ditentang oleh penduduk tempatan?
Hak istimewa peribumi terhapus
Peluang dalam pentadbiran terhad
Kuasa Dinasti Brooke bertambah kukuh
Bertentangan dengan Perlembagaan 1941
Peta berikut menunjukkan keseluruhan negeri Sabah yang telah diserahkan kepada British.
Apakah faktor penyerahan tersebut?
Permintaan penduduk tempatan
Masalah kewangan SBUB meruncing
Dasar British dalam pentadbiran tempatan
Organisasi pentadbiran dapat dimantapkan
Mengapakah pihak British menyokong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Menjamin kestabilan politik
Mengatasi ancaman ekonomi
Mengurangkan beban kewangan
Mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu
Rajah berikut menjelaskan latar belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Apakah cadangan Jawatankuasa Kerja?
Menubuhkan Dewan Parlimen
Menyatukan golongan radikal
Memulihkan kedaulatan Raja-raja Melayu
Menjaga kepentingan ekonomi British
Antara berikut, yang manakah dua perkara berkaitan dengan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Hak semua kaum terjamin
Majlis Raja-Raja dibentuk
Pembentukan sebuah persekutuan
Kedudukan agama Islam diiktiraf
Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Antara berikut, yang manakah dua bidang kuasa majlis tersebut?
Hal ehwal luar
Ketenteraman awam
Pelantikan pemerintah
Syarat kewarganegaraan
Bagaimanakah dua cara ideologi komunis disebarkan di Tanah Melayu?
Menyusup masuk dalam Kesatuan Sekerja
Melalui hubungan antara kerajaan
Interaksi antara kumpulan pedagang
Pembukaan cawangan Parti Kuomintang
Gambar berikut adalah tindakan yang dilakukan oleh pengganas komunis di Tanah Melayu.
Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?
Memiliknegarakan sektor perusahaan
Menyusun semula sistem pemilikan
Menentang amalan buruh paksa
Melumpuhkan ekonomi British
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.
17 Jun 1948 => Undang-Undang Darurat diisytiharkan
Apakah peristiwa yang menyebabkan undang-undang tersebut diisytiharkan?
Pembukaan cawangan Parti Kuomintang
Pembunuhan pengurus ladang Eropah
Perubahan dasar pentadbiran British
Penentangan Kesatuan Sekerja
Pada zaman darurat, pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan di Tanah Melayu.
Apakah kesan situasi tersebut?
Pertambahan buruh asing
Peningkatan harga barang
Pengawalan barangan import
Pengeluaran tanaman dagangan
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dianggotai oleh tokoh berikut.
Apakah dua peranan mereka dalam jawatankuasa tersebut?
Membincangkan kemerdekaan negara
Mendapat latihan menerajui pentadbiran
Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
Mewujudkan keadaan harmoni antara kaum
Mengapakah pembentukan Sistem Ahli penting di Tanah Melayu?
Pengekalan sistem pentadbiran tradisional
Persediaan ke arah berkerajaan sendiri
Pengukuhan kuasa politik bumiputera
Penjimatan perbelanjaan kerajaan
Maklumat berikut berkaitan dengan Penyata Razak 1956.
- Sistem pendidikan yang sama
- Kurikulum yang sama
- Bahasa pengantar bahasa Melayu
Apakah kepentingan penyata tersebut?
Membentuk identiti negara
Membangunkan ekonomi negara
Mengukuhkan perpaduan antara kaum
Mengatasi masalah kemiskinan luar bandar
Maklumat berikut berkaitan usaha ke arah mencapai kemerdekaan.
- Persidangan Kebangsaan
- Konvensyen Kebangsaan Penubuhan Parti Perikatan
Bagaimanakah usaha tersebut dapat dijayakan?
Mengadakan Pilihan Raya Persekutuan
Mewujudkan dasar pendidikan kebangsaan
Mengadakan kerjasama politik
Memperkenalkan Sistem Ahli
Mengapakah Kerajaan Persekutuan membentuk Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Persekutuan?
Meluluskan undang-undang pilihan raya
Mengkaji tentang pilihan raya
Menentukan sempadan pilihan raya
Menjalankan pendaftaran pilihan raya
Pernyataan berikut berkaitan dengan pilihan raya peringkat negeri.
Apakah kesan keputusan kemenangan tersebut?
Pelaksanaan pilihan raya adalah telus
Kerjasama kaum mendapat sokongan
Calon berwibawa menjadi pilihan utama
Rakyat menyokong terhadap kemerdekaan
Apakah kesan penubuhan majlis berikut terhadap negara?
Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Institusi raja diperkukuhkan
British memberikan kemerdekaan
Kuasa mentadbir di tangan rakyat tempatan
Tanah Melayu bebas daripada ancaman komunis
Gambar berikut merupakan Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955.
Bagaimanakah kabinet tersebut berperanan dalam perkembangan sejarah kemerdekaan tanah air?
Mengukuhkan kuasa Raja-raja
Mengkaji semula syarat kerakyatan
Menetapkan hala tuju kerajaan negeri
Mengurangkan kuasa pentadbiran British
Maklumat berikut berkaitan misi rundingan di London pada tahun 1956.
- Empat orang wakil Raja-raja Melayu
- Empat orang wakil Parti Perikatan
Apakah tujuan rundingan tersebut?
Mengurus hal berkaitan pilihan raya
Menggubal perlembagaan Tanah Melayu
Berbincang tentang pembentukan kabinet baru
Berunding tentang kemerdekaan Tanah Melayu
Tokoh berikut adalah anggota Suruhanjaya Reid.
Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
Merangka Perlembagaan Persekutuan
Mengkaji kemasukan Sarawak dan Sabah
Menyertai rombongan kemerdekaan ke London
Raja-raja Melayu telah mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Cadangan yang manakah terkandung dalam memorandum tersebut?
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara
Ketua Menteri mengetuai pentadbiran kerajaan
Undang-undang tempatan dikuatkuasakan
Syarat kewarganegaraan dikaji semula
Dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, mengapakah rakyat keturunan Melayu diberi kedudukan istimewa?.
Memelihara agama lslam
Merupakan penduduk asal
Memiliki bilangan majoriti
Mewarisi Kesultanan Melaka
Tokoh berikut telah memberikan sumbangan yang besar terhadap negara masing-masing.
- Mahatma Gandhi
- Nelson Mandela
Apakah matlamat perjuangan tokoh tersebut?
Menyatukan rakyat
Menamatkan penindasan
Membentuk negara bangsa
Menentang institusi beraja
Gambar berikut berkaitan dengan persediaan fizikal sempena pemasyhuran kemerdekaan.
Apakah nilai yang boleh digambarkan melalui persediaan tersebut?
Berilmu
Kerajinan
Berwaspada
Kesungguhan
Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961.
Mengapakah rancangan tersebut penting?
Merekod pengurusan kewangan negara
Memantau pelaksanaan rancangan pembangunan
Mengandungi program pembangunan negara
Mengawal mutu perkhidmatan kerajaan
Bagaimanakah kerajaan berperanan dalam menangani isu antarabangsa di peringkat awal kemerdekaan?
Menyusun strategi ketenteraan
Menggalakkan penglibatan swasta
Menyelaras perundangan serantau
Memperkukuh hubungan luar negara
