wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Chap 4: Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Kepelbagaian

Total questions: 20

Worksheet time: 5hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa tetapi hidup sebagai komuniti yang berasingan seperti Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka terpisah dari aspek kepercayaan, kebudayaan, pemikiran, adat, pekerjaan dan tempat tinggal.

a)

Masyarakat madani

b)

Masyarakat kepelbagaian

c)

Masyarakat plural

d)

Masyarakat Malaysia

2.

Proses dimana setiap etnik menyedari norma dan nilai yng dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup masing-masing.


a)

Segregasi

b)

Akomodasi

c)

Akulturasi

d)

Amalgamasi

3.

Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain. Walaubagaimanapun, ia tidak menyebabkan masyarakat itu hilang identiti asal mereka. Contoh, bangsa malaysia memakai tali leher ke tempat kerja sedangkan itu budaya barat.

a)

Asimilasi

b)

Segregasi

c)

Akulturasi

d)

Akomodasi

4.

Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk kelompok budaya dan identiti yang sama. Kemudian, etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang dominan. Contoh: Masyarakat Melayu di selatan Thai yang lebih cenderung menerima budaya thailand dan perkahwinan antara masyarakat melayu dengan masyarakat Cina di Kelantan melahirkan ramai orang cina yang fasih bercakap dialek kelantan dan menerima budaya di Kelantan.

a)

Asimilasi

b)

Amalgamasi

c)

Akomodasi

d)

Akulturasi

5.

Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baru. Ia biasanya berlaku kerana perkahwinan campur antara etnik. Contoh: Orang melayu berkahwin dengan orang Eropah ataupun orang cina berkahwin dengan orang India. Wajah Pan Asian merupakan ras yang popular di rantau Asia dan Malaysia.

a)

Akulturasi

b)

Asimilasi

c)

Segregasi

d)

Amalgamasi

6.

Tahap hubungan antara etnik di tanah melayu yang bersifat terpisah. Pemisahan ini dapat dilihat terutama pada zaman pemerintahan British.

a)

Segregasi

b)

Pluralistik

c)

Akulturasi

d)

Akomodasi

7.

Pemberian ang pau oleh masyarakat melayu yang asalnya merupakan budaya masyarakat Cina.

a)

Amalgamasi

b)

Akomodasi

c)

Akulturasi

d)

Segregasi

8.

Orang melayu, cina dan india hidup terpisah kerana orang Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani, maka mereka hidup di kampung-kampung dan pesisir pantai. Orang cina bekerja sebagai peniaga dan pelombong, ramai tinggal di kawasan bandar. Orang india bekerja sebagai penoreh getah, tinggal di estet dan ladang-ladang.

a)

Amalgamasi

b)

Segregasi

c)

Akomodasi

d)

Akulturasi

9.

Ahmad (bangsa Melayu) berkahwin dengan Mei Mei (bangsa Cina). Mei Mei memeluk agama islam tanpa paksaan sesiapa. Perkahwinan mereka direstui oleh keluarga kedua belah pihak.

a)

Pluralistik

b)

Akomodasi

c)

Asimilasi

d)

Amalgamsi

10.

Masyarakat Malaysia seperti orang Melayu, Cina, India dan Sikh menikmati nasi lemak, tosai, roti canai, rojak, tau fu fa dan sebagainya bersama-sama di sebuah restoran di tepi jalan.

a)

Amalgamasi

b)

Segregasi

c)

Akulturasi

d)

Akomodasi

11.

Pakaian tradisional melayu seperti baju melayu telah dipakai oleh etnik bukan melayu.

a)

Akulturasi

b)

Amalgamasi

c)

Asimilasi

d)

Segregasi

12.

Konsep yang sesuai untuk kaum peranakan Baba dan Nyonya di Melaka ialah

a)

Asimilasi

b)

Amalgamasi

c)

Akulturasi

d)

Segregasi

13.

Orang melayu bersekolah di sekolah melayu, orang cina bersekolah di sekolah cina dan orang india bersekolah di sekolah tamil. Setiap sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

a)

Asimilasi

b)

Akomodasi

c)

Segregasi

d)

Amalgamasi

14.

Masyarakat di Sungai Lembing, Kuantan terdiri dari bangsa Melayu, Cina dan India. Mereka hidup dengan harmoni dengan memahami perbezaan budaya, agama dan kepercayaan masing-masing.

a)

Amalgamasi

b)

Asimilasi

c)

Segregasi

d)

Akomodasi

15.

"Geo-fisikal Tanah Melayu sebuah semenanjung yang dikelilingi Laut China Selatan dan Selat Melaka sebagai laluan tempat pertemuan dan pergaulan dua peradaban besar dunia, China dan India, melalui kegiatan perdagangan. Kenyataan yang berkaitan ialah __________

a)

Persekitaran geo-fisikae

b)

masyarakat dan demografi

c)

ekonomi dan pasaran

d)

falsafah dan pemikiran

16.

Dalam tamadun China,konsep ini mempercayai bahawa yang berlaku atau wujud dalam alam ini adalah akibat daripada interaksi antara dua kuasa berlawanan serta berikut. Ini merupakan _________

a)

Dao

b)

Li

c)

yin dan yang

d)

Karma

17.

Manakah antara berikut tidak berkaitan dengan konsep-konsep dalam mempelajari hubungat etnik di Malaysia?

a)

Akomodasi

b)

Akulturasi

c)

Asimilasi

d)

Asobiyah

18.

Pada era X, kerajaan telah menjalankan strategi penyusunan semula masyarakat untuk menyelesaikan kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi dalam kalangan kaum dan menggalakkan kemajuan ekonomi semua golongan masyarakat agar jurang perbezaan antara masyarakat dapat dihapuskan. Era X menunjukkan ______

a)

Pra kolonial

b)

kolonial

c)

pasca kolonial

d)

globalisasi

19.

__________merupakan satu proses menyatupadukan satu kumpulan manusia yang terdiri dari pelbagai latar belakang bagi membentuk satu budaya hidup yang sama.

a)

interaksi

b)

integrasi

c)

saling berinteraksi

d)

interaksi persendirian

20.

Wilayah Alam Melayu yang telah menemukan peradaban India, Cina, Timur Tengah dan alam Melayu dengan sistem etika masing-masing yang berlaku di ______

a)

Selat Melaka

b)

Selat Tebrau

c)

Laut Merah

d)

Laut China Selatan