wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM T5 CS KJ

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai. Tuliskan jawapan kamu di ruangan jawapan di bawah soalan ini.


Azraf memotong daging (a)   menggunakan sebilah pisau yang tajam.

2.

Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan __________ pagi esok.

a)

dari

b)

sejak

c)

hingga

d)

daripada

3.

Kelawar keluar mencari makanan __________ waktu malam.

a)

di

b)

pada

c)

hingga

d)

daripada

4.

Skim pinjaman buku teks disediakan __________ semua pelajar di sekolah rendah dan menengah.

a)

demi

b)

bagi

c)

akan

d)

pada

5.

Apakah nama bagi bahagian rumah kayu yang ditunjukkan di dalam gambar ini?

a)

Tupai-tupai

b)

Kuda-kuda

c)

Para-para

d)

Kisi-kisi

6.

Para-para guru dikehendaki bekerja dari rumah semasa PKPB ini.


Adakah ayat di atas ini betul penggunaan kata gandanya?

a)

Ya, betul

b)

Tidak, salah

7.

Kata majmuk merujuk kepada gabungan dua kata dasar bagi membentuk satu kata yang baharu. contohnya : kaca mata , buku lima.

a)

Betul

b)

Salah

c)

Tidak pasti

8.

Manakah yang berikut merujuk kepada kata majmuk?

a)

balai raya

b)

huru hara

c)

kerjasama

d)

tandatangan

9.

Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.

a)

rumah sakit

b)

rumah terbuka

c)

rumah besar

d)

rumah tumpangan

10.

Alif mendapat keputusan yang baik dalam _________ Sains dan Matematik.

a)

mata pendidikan

b)

mata pelajaran

c)

mata ilmu

d)

mata bestari

11.

Justin yang suka berlumba basikal itu telah terjatuh ke __________ longkang di tepi jalan.

a)

tepi

b)

dalam

c)

sisi

d)

sebelah

12.

Kakak memakai se______ anting-anting emas.

a)

bentuk

b)

biji

c)

pasang

d)

butir

13.

__________ hujan turun dengan lebat, Salmah tetap tidak mahu membawa payung.

a)

Sambil

b)

Walaupun

c)

Kerana

d)

Sejak

14.

Pei San terpegun melihat kampung datuknya yang ________ nian.

a)

ceria

b)

comel

c)

molek

d)

indah

15.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai.

Kelas pemulihan di sekolah itu adalah untuk murid-murid yang tidak tahu membaca dan menulis.

a)

perigi buta

b)

buta hati

c)

buta huruf

d)

membabi buta

16.

Terdapat banyak ______________ yang membiak di dalam air yang bertakung.

a)

dedaun

b)

lelebah

c)

sesawang

d)

jejentik

17.

Terdapat _______________ yang menjual pelbagai barangan keperluan harian di pasar malam.

a)

para-para

b)

gerai-gerai

c)

kedai-kedai

d)

pondok-pondok

18.

Amelin ____________ oleh kakaknya semasa dia melayari Internet untuk mencari maklumat.

a)

teman

b)

ditemani

c)

berteman

d)

menemani

19.

Murid-murid perlu mendapat kebenaran ibu bapa ________ penjaga sebelum mengikuti lawatan sekolah.

a)

dan

b)

serta

c)

atau

d)

dengan

20.

Azlina memakai baju yang __________ semasa makan angin di Cameron Highlands.

a)

tebal

b)

singkat

c)

sempit

d)

longgar

21.

"Baiklah, tuan hamba. _________ pergi menghadap sultan sekarang juga," kata Awang Mahmud kepada Awang Sulung.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Kalian

22.

____________ makan kuih-muih yang dibuat oleh ibu saya.

a)

Tolong

b)

Jangan

c)

Jemput

d)

Usah

23.

Murid-murid Tahun Lima Merah sedang berlatih memukul _______ untuk persembahan pada Hari Guru nanti.

a)

gitar

b)

gendang

c)

piano

d)

biola

24.

Para penumpang di dalam pesawat dilayan dengan baik oleh _________________.

a)

seniwati

b)

peragawati

c)

olahragawati

d)

pramugari

25.

“Maafkan saya, siapakah nama________?” tanya Encik Lim kepada seorang gadis yang mengetuk pintu.

a)

encik

b)

saudara

c)

saudari

d)

puan