wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT T1 - Percubaan UASA [Set 1]

Total questions: 20

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan satu teknik pembinaan objek.

Apakah teknik pembinaan objek yang melibatkan proses kerat, tebuk dan cungkil keluar seperti yang ditunjukkan dalam rajah? (Bab 1, m.s 16)

a)

Peleraian

b)

Penyatuan

c)

Pembuangan

d)

Pembenaman

2.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri produk yang dihasilkan secara invensi? (Bab 1, m.s. 23)

I. Produk yang menggunakan teknologi terkini

II. Produk yang belum pernah wujud sebelumnya

III. Produk yang dihasilkan berdasarkan kajian dan eksperimen

IV. Produk yang ditambah baik supaya berdaya saing di pasaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Apakah aspek yang terdapat dalam pengurusan projek reka bentuk yang baik?

I. Merancang aktiviti projek

II. Menentukan bilangan produk

III. Berkomunikasi dengan pelanggan

IV. Mengehadkan penggunaan sumber

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Penjadualan dilakukan pada peringkat merangka perancangan projek. Apakah tujuan penjadualan dibuat? (Bab 2, m.s 36)

I. Mengelakkan pembaziran berlaku

II. Mengawal sumber tenaga pekerja

III. Meningkatkan kerugian masa dan kos

IV. Meningkatkan kepercayaan pelanggan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Mengapakah projek brief perlu diadakan? (Bab 3, m.s. 49)

a)

Untuk menerangkan ciri-ciri projek kepada pereka bentuk

b)

Untuk membangunkan produk mengikut ciri-ciri projek brief

c)

Untuk menukarkan idea reka bentuk daripada pengurus projek kepada bentuk lakaran bebas

d)

Untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan mengenai produk yang ingin dibangunkan

6.

Maklumat berikut menerangkan kriteria dalam jadual maklumat projek brief.

-Bersaiz sederhana

-Bentuk asas geometri

Apakah kriteria pertimbangan utama tersebut? (Bab 3, m.s. 55)

a)

Fungsi

b)

Stail atau gaya

c)

Persembahan

d)

Tujuan pasaran

7.

Antara berikut, lakaran manakah yang membantu pelanggan memahami konsep rekaan yang ingin disampaikan oleh pereka? (Bab 4, m.s. 73)

a)

Lakaran teknikal

b)

Lakaran penerokaan

c)

Lakaran persembahan

d)

Lakaran perkembangan idea

8.

Rajah menunjukkan teknik rendering pada lakaran.

Apakah tujuan teknik rendering digunakan pada lakaran produk? (Bab 4, m.s 88)

a)

Untuk menunjukkan gambaran sebenar objek

b)

Untuk menonjolkan inovasi yang ada pada lakaran

c)

Untuk membuang permukaan objek yang terlindung

d)

Untuk menjadikan permukaan rata kelihatan melengkung.

9.

Antara berikut, mengapakah aktiviti penanaman secara fertigasi dilakukan? (Bab 5, m.s 105)

I. Untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman

II. Untuk menggalakkan penggunaan baja kimia secara berlebihan

III. Membolehkan baja diberikan kepada tanaman dengan lebih berkesan

IV. Membolehkan pengawalan serangga perosak tanamab dilakukan dengan mudah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Rajah menunjukkan salah satu jenis bentuk badan.

Antara reka bentuk fesyen yang berikut, yang manakah sesuai dengan bentuk badan dalam rajah di atas? (Bab 5, m.s 145)

I. Seluar palazzo

II. Blaus berkolar luas

III. Pakaian berwarna kuning

IV. Pakaian dengan corak garis melintang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Padankan contoh dengan fungsi elemen garisan yang betul. (Bab 1, m.s 4)

a)

Menunjukkan perhubungan antara elemen.

1.

Gear serong

b)

Membahagikan dua ruang kawasan.

2.

Pelan lantai

c)

Mewakili ketegangan antara dua titik.

3.

Tali gitar

d)

Menunjukkan pergerakan arah atau aliran.

4.

Papan tanda

12.
  1. Pilih BETUL pada etika reka bentuk yang betul dan SALAH bagi yang salah. (Bab 1, m.s 20)
    1. Menghasilkan produk tanpa meniru hasil kerja orang lain.​ (a)  

  2. 2. Menghasilkan inovasi dalam penghasilan produk. ​ (b)  

  3. 3. Produk yang dihasilkan tidak bermanfaat kepada pengguna. ​ (c)  

  4. 4. Menggunakan sumber yang boleh dikitar semula. ​ ​ (d)  

Choose from the below words
Betul
Salah
13.
  1. Pilih BETUL bagi teknik penjanaan idea reka bentuk yang ditunjukkan pada rajah dan SALAH bagi yang salah. (Bab 2, m.s 33)
    1. Menukarkan saiz objek.​ ​ (a)  

  2. 2. Menterbalikkan kedudukan. ​ (b)  

  3. 3. Menterbalikkan fungsi alat dan batu yang digunakan. ​ (c)  

  4. 4. Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran. ​ ​ (d)  

Choose from the below words
Betul
Salah
14.
  1. Pilih BETUL bagi komponen utama pengurusan projek reka bentuk yang betul dan SALAH bagi yang salah. (Bab 2, m.s 32)
    1. Skop kerja.​ ​ (a)  

  2. 2. Kos projek. ​ (b)  

  3. 3. Jadual masa. ​ (c)  

  4. 4. Tempoh masa. ​ ​ (d)  

Choose from the below words
Betul
Salah
15.

Susunkan langkah 1-5 dalam perancangan projek brief. Langkah 6 diberikan. (Bab 3, m.s 52-59)

Langkah 6- Menyediakan pelan atau lukisan reka bentuk produk.

a)

Menyediakan senarai semak ciri-ciri pertimbangan utama.

b)

Melengkapkan borang projek brief.

c)

Menyaring maklumat dalam projek brief.

d)

Mengaplikasikan projek brief dalam bentuk jadual dan lakaran.

e)

Menghasilkan mock-up atau model.

1)
2)
3)
4)
5)
16.

Kelaskan pernyataan yang betul dan salah mengenai faktor penilaian mock-up. (Bab 3, m.s 61)

Categorize the following

Mematuhi kriteria projek brief.

Memenuhi kehendak pelanggan.

Mematuhi ketepatan rupa bentuk.

Memenuhi kehendak pereka bentuk.

BETUL
SALAH
17.

Padankan jenis lakaran dengan pernyataan yang sesuai. (Bab 4, m.s 73-74)

a)

Teknik melakar dengan menggunakan alatan dan aplikasi terkini

1.

Lakaran digital

b)

Lakaran yg mengandungi perincian dimensi yg dapat membantu pereka

2.

Lakaran teknikal

c)

Lakaran dihasilkan untuk membuat perbandingan dengan produk sedia ada.

3.

Lakaran penerokaan

d)

Lakaran objek bermula daripada idea pertama hingga ke objek sebenar.

4.

Lakaran perkembangan idea

18.

Kelaskan pernyataan yang betul dan salah mengenai kriteria pemilihan lakaran terbaik. (Bab 4, m.s 94)

Categorize the following

Mempunyai tandatangan pereka.

Menarik perhatian pelanggan

Maklumat lakaran yang lengkap.

BETUL
SALAH
19.

Padankan kaedah hidroponik dengan pernyataannya yang sesuai. (Bab 5, m.s 104)

a)

Menggunakan bekas takungan yang tidak telus cahaya, tidak serap panas & tidak berkarat

1.

Teknik takung

b)

Larutan baja disalurkan dalam palung yang mengandungi akar tanaman yg ditanam

2.

Teknik aliran cetek

c)

Saiz palung yg digunakan lebih lebar & lebih tinggi serta paras air pada akar lebih banyak

3.

Teknik aliran dalam

d)

Pengaliran larutan baja pada tanaman dikawal oleh alat pengatur masa

4.

Teknik pasang surut

20.

Padankan alatan yang digunakan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen dengan contoh yang sesuai. (Bab 5, m.s 140-141)

a)

Jarum peniti dan roda surih

1.

Alatan menanda

b)

Mesin jahit dan jidal

2.

Alatan menjahit

c)

Pita pengukur & pembaris

3.

Alatan mengukur

d)

Kacip & penetas

4.

Alatan memotong