wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT T2 BAB 2.6 Rekabentuk Makanan [Bah A]

Total questions: 17

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan reka bentuk makanan?


I Penghasilan mesin dan alatan baharu

II Meningkatkan pengeluaran makanan

III Kebebasan memilih kepada pengguna

IV Kebebasan meletakkan harga oleh pengusaha

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

2.

Ahmad merupakan seorang pemotong daging.


Antara berikut pisau manakah yang paling sering digunakannya?

a)

Pisau paring

b)

Pisau penyisih

c)

Pisau bergerigi

d)

Pisau bulan sabit

3.

Rajah 1 menunjukkan hidangan pencuci mulut.


Apakah alatan yang digunakan untuk membentuk hidangan tersebut?

a)

Penerap

b)

Pisau ukir

c)

Pisau turning

d)

Parisian Scoop

4.

Maklumat berikut menerangkan dua kaedah pembuatan roti.


Apakah kelebihan kaedah Y berbanding kaedah X?

a)

Menjimatkan wang

b)

Harga jualan roti lebih tinggi

c)

Menjimatkan masa dan tenaga

d)

Tidak menggunakan ruang yang banyak

5.

Maklumat berikut menerangkan tentang fungsi suatu alatan menghias.


Membolehkan udara bergerak bebas di bawah makanan supaya makanan tidak berpeluh dengan wap panas.


Apakah alatan tersebut?

a)

Redai

b)

Pengukus

c)

Beg aising

d)

Meja pemutar kek

6.

Antara berikut apakah faktor yang perlu dipertimbangkan dalam proses mereka bentuk pembungkus makanan?


I Fungsi makanan

II Sasaran pasaran dan demografi

III Penggunaan warna yang menarik

IV Cara hidup sesebuah masyarakat

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

7.

Rajah 2 menunjukkan pembungkusan sejenis bijirin sarapan.


Apakah prinsip reka bentuk yang digunakan pada pembungkusan berikut?

a)

Penekanan

b)

Pergerakan

c)

Pengulangan

d)

Pembahagian

8.

Mengapakah reka bentuk makanan yang menarik penting bagi kanak-kanak?

a)

Mempelajari nilai estetika melalui makanan

b)

Memberi ketenangan kepada kanak-kanak

c)

Memperkenalkan makanan pelbagai kaum

d)

Merangsang selera makan kanak-kanak

9.

Rajah 3 menunjukkan maklumat yang perlu ada pada lakaran reka bentuk makanan.


Apakah Z?

a)

Ilustrasi

b)

Dimensi

c)

Tipografi

d)

Peralatan yang digunakan

10.

Antara berikut apakah kepentingan pembungkusan makanan?


I Mengekalkan kualiti makanan

II Mengelakkan pencemaran alam

III Meminimumkan pembaziran produk

IV Menjadikan makanan lebih berkhasiat

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

11.

Apakah aspek yang perlu dipertimbangkan pada tahap terakhir penilaian reka bentuk makanan?


I Keaslian

II Ergonomik

III Nilai komersial

IV Penggunaan bahan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

12.

Mengapakah rupa adalah antara elemen reka bentuk terpenting ketika menghasilkan lakaran makanan?

a)

Mempengaruhi emosi pengguna

b)

Memudahkan pengguna membuat pilihan

c)

Menunjukkan aras kelazatan sesuatu makanan

d)

Merupakan elemen pertama pandangan mata manusia

13.

Apakah maksud reka bentuk makanan?

a)

Pengetahuan tentang penghasilan idea sejenis makanan secara terancang

b)

Mekanisme untuk memelihara kualiti makanan dan mengelak pembaziran

c)

Lukisan draf mengenai makanan yang dihasilkan menggunakan teknik lakaran bebas

d)

Aktiviti merealisasikan idea kepada bentuk makanan yang melibatkan inovasi dan kreativiti

14.

Rajah 4 menunjukkan pembungkusan sejenis makanan.


Berdasarkan maklumat pada pembungkusan tersebut, apakah ramuan yang digunakan dalam kuantiti yang paling sedikit?

a)

Garam

b)

Ubi kentang

c)

Minyak sayuran

d)

Monosodium glutamat

15.

Apakah aspek yang menentukan nilai dalam elemen reka bentuk?

a)

Tona warna

b)

Struktur permukaan

c)

Dimensi sesuatu objek

d)

Kawasan kosong di sekeliling objek

16.

Apakah tekstur yang terdapat pada kuih pau tradisional?


I Licin

II Kasar

III Manis

IV Lembut

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

17.

Maklumat berikut menerangkan salah satu kepentingan reka bentuk makanan.


Nilai inovatif dan kreativiti reka bentuk makanan perlu dititikberatkan dupaya tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama.


Apakah kepentingan yang diterangkan dalam petikan tersebut?

a)

Melindungi etika sosial

b)

Menzahirkan nilai estetika

c)

Kepelbagaian etika budaya

d)

Kebebasan memilih kepada pengguna