wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERCUBAAN SPM 2023 | PERLIS

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Senarai berikut merupakan ciri negara bangsa dalam kerajaan Alam Melayu.

  • - Raja

  • - X

  • - Wilayah Pengaruh

  • - Rakyat

Apakah x?

a)

Daulat

b)

Pembesar

c)

Undang-undang

d)

Lambang kebesaran

2.

Gambar berikut berkaitan logo 1M1S.

Mengapakah dasar 1M1S diperkenalkan?

a)

Semangat cinta negara

b)

Semangat kenegerian

c)

Semangat sukarelawan

d)

Semangat setia kawan

3.

Antara berikut yang manakah strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mencapai perpaduan kaum?

I Membasmi kemiskinan

II Membuka industri baharu

III Menawar peluang pekerjaan

IV Menyusun semula penduduk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Mengapakah gerakan antiminyak kelapa sawit Malaysia dilancarkan oleh negara maju?

a)

Menyekat pengeluaran negara pengeksport

b)

Menjadi punca pencemaran alam sekitar

c)

Menyaingi penjualan minyak kacang soya

d)

Mendominasi penanaman secara ladang

5.

Malaysia telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara pada tahun 2009. Apakah tujuan pelancaran dasar tersebut?

a)

Menangani masalah jerebu

b)

Mengawal perubahan iklim

c)

Memelihara warisan sejarah

d)

Menjamin keperluan makanan

6.

Rancangan Colombo diperkenalkan dalam Komanwel pada tahun 1951. Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?

a)

Menyediakan kemudahan kredit

b)

Menguruskan persidangan tahunan

c)

Mewujudkan kerjasama pertahanan

d)

Menyelesaikan masalah kemiskinan

7.

Prinsip berikut berkaitan pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa.

“Hidup bersama secara aman”

Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia berpendirian tersebut?

a)

Mendukung Piagam PBB

b)

Meneroka benua Antartika

c)

Menyertai komuniti ASEAN

d)

Menuntut Kepulauan Spratly

8.

Garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan telah diadakan pada tahun 1970.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan tersebut?

a)

Majlis Perundingan Negara (MAPEN)

b)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

c)

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

d)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

9.

Mengapakah Revolusi Keagungan berlaku di England pada tahun 1688?

a)

menghapuskan pemerintah beraja

b)

menegakkan kedaulatan parlimen

c)

menamatkan kuasa bangsawan

d)

mengukuhkan perpaduan rakyat

10.

Apakah peranan Maharaja Meiji dalam gerakan nasionalisme di Jepun pada tahun 1868?

a)

meluaskan sempadan

b)

memodenkan negara

c)

menamatkan kuasa bangsawan

d)

mengukuhkan perpaduan rakyat

11.

Rajah berikut berkaitan sistem pemerintahan di Tanah Melayu pada tahun 1946.

Apakah x?

a)

negeri -negeri Melayu Bersekutu

b)

Persekutuan Tanah Melayu

c)

Gagasan Malayan Union

d)

Negeri-negeri Selat

12.

Bagaimanakah Raja-raja melayu menentang Malayan Union?

i Menghantar surat bantahan

ii membawa kes ke mahkamah

iii menubuhkan persatuan Melayu

iv menggunakan akhbar tempatan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

13.

Peristiwa berikut berkaitan protes tanpa keganasan yang dianjurkan oleh PUTERA-AMCJA.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

penutupan kedai oleh peniaga

b)

perhimpunan haram di bandar

c)

persidangan menyokong raja

d)

penentangan secara radikal

14.

Bagaimanakah perpaduan antara kaum dapat diwujudkan dalam Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948?

a)

pembentukan Majlis Raja-Raja Melayu

b)

Penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu

c)

Pengenalan Majlis Perundangan Persekutuan

d)

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

15.

Maklumat berikut tentang sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan di Tanah Melayu.

Apakah kebaikan program tersebut terhadap kerajaan?

a)

memutuskan hubungan dengan komunis

b)

mengelakkan penduduk menyokong komunis

c)

membezakan orang awam dengan komunis

d)

menawarkan pengampunan kepada komunis

16.

Perang Saraf ialah rancangan yang dilakukan untuk menghapuskan komunis.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan perang saraf?

i menawarkan hadiah wang tunai

ii mengadakan perintah berkurung

iii mengukuhkan pasukan tentera

iv melonggarkan syarat kerakyatan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

17.

Gambar berikut ialah seorang tokoh Sistem Ahli iaitu E.E.C Thuraisingham.

Apakah portfolio beliau?

a)

ahli pelajaran

b)

ahli kesihatan

c)

ahli hasil bumi

d)

ahli kerja raya

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan kebangsaan.

Apakah x?

a)

Ordinan Pelajaran 1952

b)

Lapora Fenn-Wu 1951

c)

Laporan Woodhead Sarawak 1955

d)

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956

19.

Pilihan raya majlis perbandaran yang pertama telah diadakan pada tahun 1951.

Apakah kawasan pilihan raya tersebut?

a)

Ipoh, Perak

b)

Kuantan, Pahang

c)

Johor Bahru, Johor

d)

George Town, Pulau Pinang

20.

Apakah peranan kabinet pertama yang dibentuk selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

Membincangkan hal ehwal luar negara

b)

Mengurangkan kuasa pentadbiran British

c)

Mewujudkan hubungan muhibah antara kaum

d)

Mengadakan perkongsian dalam pentadbiran

21.

Apakah intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Pelaksanaan pilihan raya umum

b)

Kerajaan persekutuan yang kukuh

c)

Persempadanan antara negeri

d)

Kedudukan agama Islam

22.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu antara Raja-raja Melayu dengan pihak British telah menjadi asas kemerdekaan negara.

Apakah nilai yang ditunjukkan melalui peristiwa tersebut?

a)

Permuafakatan

b)

Sedia berkorban

c)

Tanggungjawab

d)

Taat setia

23.

Maklumat berikut berkaitan persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.

Apakah yang boleh dirumuskan dengan situasi tersebut?

a)

Berbangga menyambut kemerdekaan

b)

Bergembira menyambut kemerdekaan

c)

Bersatu hati menyambut kemerdekaan

d)

Bersyukur menyambut kemerdekaan

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara.

Apakah persamaan kedua-dua rancangan tersebut?

a)

Penyediaan kemudahan asas

b)

Peluang pekerjaan bertambah

c)

Pembukaan tanah pertanian baru

d)

Pembinaan perumahan kos rendah

25.

Apakah faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939-1945?

a)

krisis rantau Balkan

b)

pakatan ketenteraan

c)

persaingan kuasa imperialis

d)

kemunculan ideologi baru

26.

Bintang Tiga menguasai Tanah Melayu lebih kurang 14 hari. Bagaimanakah penguasaan tersebut dilakukan?

i membuat kad catuan makanan

ii membentuk kampung baharu

iii membunuh pegawai daerah

iv menguasai balai polis

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

27.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan takrif kedaulatan?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Gambar sampul surat berikut berkaitan keunikan rakyat Malaysia.

Bagaimanakah keunikan tersebut mengukuhkan negara kita?

a)

Perkongsian cara hidup yang sama

b)

Pengamalan adat resam yang berbeza

c)

Kebebasan mutlak dalam bermasyarakat

d)

Keharmonian dalam kalangan berbilang kaum

29.

Undang-undang Inggeris berikut telah diperkenalkan di negara kita.

Di manakah undang-undang tersebut diperkenalkan?

a)

Negeri-negeri Borneo

b)

Negeri-negeri Selat

c)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

30.

Gambar berikut ialah cap Mohor Besar Raja-Raja.

Apakah kepentingan cap mohor tersebut?

a)

Mengesahkan kerajaan yang dipilih rakyat

b)

Mengesahkan pelantikan kabinet pertama

c)

Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu

d)

Melambangkan undang-undang pemerintahan

31.

Apakah strategi yang berjaya mengekalkan keamanan dan keselamatan di bahagian tengah Sarawak.

a)

ESSCOM

b)

RASCOM

c)

SALCRA

d)

PRIMA

32.

Apakah fungsi Majlis Tanah Negara?

a)

Menguruskan kawasan petempatan

b)

Mengawal kegiatan pertanian

c)

Menyediakan bekalan benih

d)

Meneroka tanah baru

33.

Maklumat berikut berkaitan cabaran untuk memajukan sistem pendidikan selepas pembentukan Malaysia.

Bagaimanakah kerajaan Malaysia mengatasi cabaran tersebut?

a)

Melatih tenaga guru baru

b)

Memperkenalkan buku baru

c)

Memperkenalkan silibus baru

d)

Menyeragamkan kurikulum baru

34.

Apakah matlamat penubuhan Kolej Sultan Abdul Halim?

a)

Meningkatkan tenaga kerja mahir

b)

Mengukuhkan perpaduan kaum

c)

Menyeragamkan sistem pendidikan

d)

Memperkasakan Bahasa Melayu

35.

Apakah cabaran dalaman yang dihadapi Malaysia selepas pembentukan Malaysia?

a)

Meningkatkan hasil pendapatan

b)

Mewujudkan pemimpin berwibawa

c)

Mengukuhkan perpaduan kaum

d)

Memantapkan pentadbiran negeri

36.

Mengapakah Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia?

a)

Mengancam kedudukan

b)

Menggugat kedaulatan

c)

Menjejaskan keselamatan

d)

Mencetuskan pemberontakan

37.

Mengapakah penyatuan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963 penting?

a)

Mengelakkan pencerobohan sempadan

b)

Mengatasi kejatuhan ekonomi

c)

Menyatukan pelbagai kaum

d)

Menyelesaikan masalah komunis

38.

Apakah yang dimaksudkan dengan Durbar?

a)

Persidangan umum antara Raja Melayu dengan British

b)

Persidangan umum antara Raja Melayu semua negeri

c)

Persidangan umum Raja Melayu dengan Parti Perikatan

d)

Persidangan umum Raja Melayu dengan pembesar Melayu

39.

Apakah majlis yang menggubal undang-undang di negeri Melayu pada tahun 1877?

a)

Maljis Negeri

b)

Majlis Tertinggi

c)

Majlis Persekutuan

d)

Majlis Undangan Negeri

40.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang sistematik. Apakah sistem pentadbiran tersebut?

a)

pembesar Empat Lipatan

b)

Pemerintahan tempatan

c)

Raja Berpelembagaan

d)

Pentadbira