Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UASA SEJARAH T3 SET 1

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah bahasa Melayu digelar sebagai bahasa lingua franca di Alam Melayu?

a)

Menjadi bahasa perantara kerabat diraja

b)

Menjadi bahasa rasmi dalam pentadbiran

c)

Menjadi bahasa dalam sistem pendidikan

d)

Menjadi bahasa pertuturan antara pedagang

2.

Pada tahun 1763, Belanda menyerang Selangor.

Apakah sebab serangan tersebut?

a)

Penguasaan Selat Melaka

b)

Perebutan hasil bijih timah

c)

Pembahagian wilayah Kuala Perak

d)

Persaingan monopoli lada hitam

3.

Apakah DUA sebab British berminat untuk mendapatkan Seberang Perai?

a)

Mengawal kuasa sultan

b)

Menjadi benteng pertahanan

c)

Memerlukan tanah pertanian

d)

Menyebarkan agama Kristian

4.

Mengapakah kerabat diraja Kedah menentang Sultan Muhammad Jiwa?

a)

Mengatur strategi untuk merampas kuasa

b)

Menolak pelantikan Tunku Abdullah sebagai Raja Muda

c)

Menentang kerjasama sultan dengan British

d)

Membentuk kerajaan baharu dengan orang Bugis

5.

Apakah tindakan yang diambil oleh British untuk menguasai Singapura?

a)

Memanipulasi isu pewarisan takhta

b)

Menggunakan masalah ancaman Siam

c)

Mengadakan hubungan baik dengan Belanda

d)

Memaksa Kesultanan Johor menandatangani perjanjian

6.

Bagaimanakah Ngah Ibrahim memajukan perdagangan bijih timah di Kelian Pauh dan

Kelian Baru?

a)

Menarik pelaburan Eropah

b)

Menggunakan kapal korek

c)

Membawa masuk pelombong Cina

d)

Membuka lombong baharu

7.

Pada tahun 1909, British telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan di negeri-negeri

Melayu.

Apakah tujuan penubuhan majlis tersebut?

a)

Menjadi penasihat sultan

b)

Menjaga keamanan negeri

c)

Meluluskan undang-undang

d)

Menguruskan pentadbiran wilayah

8.

Strategi perjanjian digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa ke Negeri-negeri Melayu Utara.

Apakah perjanjian terawal yang ditandatangani ke arah merealisasikan hasrat tersebut?

a)

Perjanjian Sulit

b)

Perjanjian Burney

c)

Perjanjian Bangkok

d)

Perjanjian Sempadan

9.

Mengapakah kuasa raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu lebih besar berbanding kuasa

raja di Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

a)

Mengekalkan takhta

b)

Mengawal adat dan agama

c)

Mempunyai kuasa autonomi

d)

Mengekalkan pentadbiran tradisonal

10.

Apakah peranan golongan matto’a terhadap masyarakat tempatan di Sabah?

a)

Melindungi adat

b)

Menguasai daerah

c)

Memimpin kaum Bajau

d)

Mengetuai pentadbiran Kadazandusun

11.

Mengapakah pihak SBUB menyerapkan institusi peribumi ke dalam

sistem pentadbirannya?

a)

Menyanjung pemimpin tempatan

b)

Meningkatkan kekayaan SBUB

c)

Memperluas jajahan takluk Sabah

d)

Menjaga kepentingannya sebagai penjajah

12.

Apakah matlamat British memperkenalkan sistem ekonomi moden di Tanah Melayu?

a)

Menggalakkan pelaburan

b)

Memajukan pengangkutan

c)

Mementingkan keuntungan

d)

Memperbanyak pekerjaan

13.

Apakah DUA sumbangan H.N. Ridley terhadap sektor pertanian di negeri-negeri Melayu?

a)

Memperkenalkan mesin memproses getah

b)

Memperkenalkan teknik torehan sistem ibedem

c)

Memperkenalkan teknik membungkus anak pokok getah

d)

Memperkenalkan cara mengawal kesuburan pokok getah

14.

Apakah kesan kemajuan sistem pengangkutan jalan raya dan kereta api terhadap Tanah Melayu?

a)

Pembinaan pusat pentadbiran

b)

Penguasaan ekonomi penjajah

c)

Pengenalan tanaman komersial

d)

Penghijrahan penduduk tempatan

15.

Penentangan masyarakat tempatan telah berlaku pada awal kedatangan British ke Tanah Melayu. Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

a)

Mendapatkan kemerdekaan negara

b)

Menjamin perpaduan pelbagai kaum

c)

Membuktikan taat setia kepada sultan

d)

Mengekalkan sistem pentadbiran tradisional

16.

Mengapakah Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah R.C. Woods, peguam dari Pulau Pinang?

a)

Menubuhkan Jabatan Kehakiman

b)

Membatalkan hak pemungut cukai

c)

Memansuhkan Perjanjian Pangkor

d)

Menggubal undang-undang negeri

17.

Mengapakah pertahanan Rentap di Bukit Sadok sukar ditembusi oleh tentera James

Brooke?

a)

Penggunaan senjata moden

b)

Kedudukan kubu di kaki bukit

c)

Halangan daripada kayu belian

d)

Memiliki bilangan tentera yang ramai

18.

Apakah DUA semangat yang ingin dizahirkan melalui logo Rejimen Askar Melayu pertama?

a)

Kedaulatan undang-undang

b)

Memupuk sikap bersatu padu

c)

Menegakkan kesucian agama Islam

d)

Keberanian untuk mempertahankan negara

19.

Apakah tujuan kerajaan Johor dan Terengganu menggubal Undang-Undang Tubuh?

a)

Membangunkan negeri

b)

Melaksanakan birokrasi Barat

c)

Memperkukuh kuasa pemerintahan

d)

Mengamalkan sistem demokrasi

20.

Peranan pemerintah tempatan dan pembesar negeri telah berjaya melambatkan perluasan

kuasa British di negara kita.

Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada pernyataan

tersebut?

a)

Berhati-hati dan berwaspada

b)

Bekerjasama dengan penjajah

c)

Menghormati perjanjian

d)

Mementingkan permuafakatan